Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#TunggangUji: Yamaha NVX 155 – Skuter Lincah, Mantap dengan CVT Menyeronokkan
Roda2

#TunggangUji: Yamaha NVX 155 – Skuter Lincah, Mantap dengan CVT Menyeronokkan

ZYBy ZY14/11/20186 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASTI ramai kalangan pembaca pernah dengar nama Suzuki VS125 dan Gilera Runner, antara jenama pencetus revolusi skuter yang menjadi kegilaan anak muda seluruh negara sekitar lebih sedekad lalu. Namun, sukar bagi Generasi Z atau golongan yang lahir awal milenium membayangkan skuter automatik sebagai pilihan pertama motosikal mereka.

Memang tidak menghairankan kerana lambakan model kapcai prestasi tinggi dengan transmisi manual klac tangan seperti Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R mampu memberikan elemen kuasa, pengendalian dan gaya sporty mirip jentera sportbike serta harga mampu milik. Ini membuatkan motosikal segmen skuter automatik ditinggalkan sebagai pilihan kaum wanita atau golongan dewasa matang.

BACA >>> Yamaha NVX Edisi GP (2018) di Pasaran 21 September Ini – RM10,606 (Bukan Harga Kedai)

Mungkin itulah sebab utama Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) melancarkan sebuah lagi model skuter terbaharu, NVX 155, pada Julai lalu dalam usaha mencetuskan semula minat anak muda terhadap motosikal automatik. Menampilkan kombinasi dua elemen utama skuter Yamaha yang pernah dilancarkan dahulu, Ego Avantiz dan N-Max,  NVX 155 seakan padanan sempurna yang menawarkan prestasi mantap dan pengendalian lincah seiring gaya agresif.

Apabila diberikan peluang menunggang uji, memang saya lenjan sepuasnya untuk melihat sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut. Apakah berbaloi dibeli?

KUASA DAN PENGENDALIAN

NVX 155 menggunakan enjin sama seperti N-Max, tetapi di atas kertas, prestasi enjin silinder tunggal SOHC 4-lejang 155cc adalah lebih hampir kepada saudaranya, Y15ZR dengan output kuasa maksimum 11kW (14.8hp) dan tork 13.8Nm, berserta berat kering tanpa bahan api 118kg, sekali gus memberikan bayangan pengalaman tunggangan yang hampir serupa antara kedua-dua jentera berbeza segmen itu.

Namun, andaian saya meleset kerana ketika sesi menunggang uji dilakukan sekitar bandar raya Shah Alam yang terkenal dengan julukan ibu kota roundabout dan lampu isyarat itu, jelas menyerlahkan kelebihan transmisi automatik CVT yang digunakan. Tanpa perlu pedulikan tentang klac dan menukar gear, sebaik saja lampu isyarat hijau, saya cuma perlu pulas dan skuter ini terus meluncur deras hingga tanpa sedar meter sudah melebihi 90kmj sebelum terpaksa pula berhenti di lampu isyarat seterusnya. Hehehe.

Hantaran kuasa nyata responsif hasil bantuan teknologi Aktuasi Injap Variabel (VVA) yang diaktifkan pada rev 6,000rpm. Ini membolehkan momentum pecutan dikekalkan daripada kelajuan rendah hingga kelajuan maksimum menghampiri 120kmj.

Ya, kelajuan maksimum NVX 155 cuma 120kmj. Mungkin sedikit mengecewakan buat mereka yang merancang menunggang jauh dan gilakan kelajuan. Tetapi bagi penunggang urban, saya rasakan kelajuan sebegitu sudah cukup kencang dan memuaskan.

Apa yang perlu diberi lebih perhatian ialah prestasi pengendalian. Dengan tayar depan selebar 110/80 dan 140/70 di belakang yang membalut rim 14-inci, NVX 155 memberikan respon kawalan yang cukup baik, dan saya dengan mudah hampir menyeret bahagian bawah skuter ketika mengambil selekoh 90° dalam kelajuan kira-kira 70kmj. Jika begini prestasi di jalan bandar, memang mudah skuter ini beraksi setanding jentera sportbike lain di mana-mana trek tidak rasmi dalam negara ini seperti litar Genting Sempah atau Kuala Klawang. 😛

Walaupun mungkin ada peminat yang mencemuh brek dram pada roda belakang (kata mereka menjejaskan imej sporty), tetapi tugasan membrek memang tiada kompromi kerana brek cakera depan sudah siap dilengkapi sistem brek anti-kunci (ABS), sekali gus memberikan kuasa henti yang mencukupi, termasuk menjanjikan kestabilan ketika membrek dalam kelajuan tinggi.

Sistem gantungan menggunakan suspensi teleskopik 26mm di depan dan sepasang absorber (sedikit keras) di belakang yang menghubungkan kerangka ke lengan ayun. Lantunan terasa sedikit kuat ketika melanggar bonggol dan lopak jalan, tetapi stabil apabila melayan selekoh dan tidak pula membuai walaupun terotel dipulas agresif. Inilah ciri wajib bagi sesebuah motosikal yang menumpukan kepada tunggangan sporty.

PRAKTIKALITI DAN TUNGGANGAN

Pertama kali menunggang NVX 155, saya kagum (dan kekok juga) dengan ciri-ciri canggih skuter ini yang begitu up-to-date dan sepadan perkembangan teknologi motosikal masa kini. Cara menghidupkan enjin tidak sama seperti skuter lain kerana anda diberikan ciri teknologi kunci pintar. Malah, kunci ini boleh mengesan lokasi skuter anda menggunakan fungsi ‘Answer Back’. Jadi, tiada soket atau lubang kunci disediakan.

Sebaliknya digantikan tombol dail yang hanya perlu dipulas untuk beralih daripada mod kunci kepada mod sedia sebelum butang penghidup ditekan. Ya, asalkan kunci dikesan dalam radius 1 meter, motosikal anda dapat dihidupkan. Sangat berguna kalau tiba-tiba perlu cari tandas kerana sakit perut. Tidak perlu kalut cari kunci, masuk dan pulas. Simpan saja dalam dompet.

Selain itu, NVX 155 turut dilengkapi ciri penjimatan bahan api, dipanggil Sistem Mula dan Henti yang mana enjin akan dimatikan dalam mod siap sedia atau standby ketika situasi melahu (idle) atau berhenti di lampu isyarat. Anda hanya perlu pulas terotel sedikit saja untuk menghidupkan semula enjin.

Ciri canggih tambahan lain ialah panel meter digital penuh dengan paparan LCD negatif 5.8-inci. Uniknya, selain paparan maklumat biasa seperti kelajuan dan kapasiti bahan api, NVX 155 turut memaparkan rev enjin (RPM) dan takat bateri. Maklumat tersebut memang penting kerana motosikal ini hanya boleh dihidupkan dengan fungsi elektronik disebabkan tiada penghidup tendang (kick starter) seperti skuter lama dahulu.

suspesi yamaha nvx 155 malaysia
meter yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia
yamaha nvx 155 malaysia

Melengkapkan lagi gaya hidup digital, skuter ini disiapkan dengan soket 12v yang diletakkan di ruang simpanan sekitar tombol kunci. Kini anda boleh mengecas telefon pintar dan peranti mudah alih pada bila-bila masa. Namun, saya berpendapat kehadiran ruang simpanan ini masih boleh dipertingkat. Antaranya, saiz ruang agak kecil yang menyukarkan telefon pintar bersaiz besar disimpan. Rekaan sudut ruang simpanan dan penutup pula kurang meyakinkan. Risau pula kalau telefon kesayangan tergelongsor keluar tanpa dikesan.

Juga mengecewakan kerana NVX 155 tiada cangkuk tambahan di depan untuk menggantung barangan runcit. Apapun, ruang simpanan bawah pelana agak besar dengan kapasiti 25 liter. Masalahnya pula, saiz ruang simpanan ini tidak cukup tinggi untuk menyimpan semua jenis helmet, hanya muat helmet jenis open face atau bersaiz lebih kecil. Jika menyimpan helmet bukan tujuan utama, ruang simpanan ini boleh dimanfaatkan untuk meletakkan aneka barangan peribadi seperti baju hujan dan kit perkakas tambahan (tools).

BACA >>> #Videotomotif: Mampukah Ciri-Ciri Yamaha NVX 155 Ini Pikat Hati Anda?

NVX 155 cukup selesa ditunggang memandangkan saiz pelana yang lebar mampu memberikan sokongan kepada bahagian pinggul. Cuma mungkin kurang selesa bagi pembonceng yang perlu memanjat seperti koboi kerana posisi pemijak kaki belakang agak ke hadapan.

Tidak banyak yang ingin diperkatakan mengenai penampilan tanpa mengulangi semula ulasan sama yang pernah disebut penunggang uji lain. Apa yang pasti, Yamaha NVX 155 memang tidak kekok jika dibariskan bersama jentera sportbike berkuasa tinggi. Selain sesuai untuk golongan muda yang mahukan jentera sporty mudah ditunggang, skuter ini juga sangat sesuai buat pemilik motosikal berkuasa tinggi yang mahukan ‘isteri kedua’ untuk kegunaan lebih praktikal atau berkonvoi santai pada hujung minggu.


KESIMPULAN

Menerusi Yamaha NVX 155, HLYM seakan mahu meluaskan lagi pasaran skuter automatik yang selama ini suram. Baik dari segi prestasi ataupun gaya, skuter ini benar-benar menarik perhatian peminat permotoran tanah air.

Namun satu saja penghalangnya. Pada harga jualan sekitar RM11,500 – RM12,000 (termasuk cukai dan insurans), model ini terasa jauh lebih mahal berbanding skuter NMAX yang berkongsi platform dan enjin sama walaupun pembeli sepatutnya mengambil kira ciri-ciri canggih ditawarkan NVX 155.

Namun, jika diperhatikan kepada prestasi kuasa dan pengendalian, tidak mustahil NVX 155 mampu menyaingi atau mengekori rapat jualan ‘raja kapcai‘ seperti Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R berdasarkan kelebihan transmisi automatik CVT yang mudah dikendalikan, juga ciri utama yang sentiasa dinilai bakal penunggang motosikal kecil berprestasi, tetapi kurang berminat bermain klac tangan.

Pro

  • Kuasa dan pengendalian lincah.
  • Teknologi terkini (meter digital penuh, pengecas telefon pintar).
  • Ada ABS untuk prestasi pembrekan mantap.
  • Transmisi CVT yang tidak perlukan kawalan klac tangan.
  • Penampilan sporty gaya Yamaha.

Kontra

  • Lebih mahal berbanding pesaing.
  • Kualiti panel plastik hitam dan kunci seakan murah.
  • Panel meter tidak jelas di bawah cahaya terik.
  • Brek belakang dram kurangkan imej sporty.
  • Kurang laju untuk jarak jauh.

BACA >>> 8 Sebab Kenapa Yamaha NVX 155 Lebih Mahal Berbanding NMAX

Dengan pengenalan NVX 155 untuk segmen skuter, dan penguasaan pasaran kapcai menerusi Y15ZR, mungkinkah kita berpeluang menerima peneraju utama kelas 150cc pula daripada sportbike R15 v3? 😉 Sama-sama kita nantikan.

GALERI

HLYM Hong Leong Yamaha Malaysia Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) motosikal roda2 skuter Tunggang Uji Yamaha Yamaha NVX 155
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.