• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tular Pemandu Gantung Ikan Kap Gergasi Belakang Kereta, Bakal Disaman

Tular Pemandu Gantung Ikan Kap Gergasi Belakang Kereta, Bakal Disaman

May 27, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Pemandu gantung ikan kap gergasi belakang kereta
SEORANG pemandu di selatan China mencuri perhatian netizen apabila tular video menggantung ikap kap gergasi di belakang kereta yang mencetuskan pelbagai reaksi lucu dan menghiburkan.

Insiden berlaku di Guigang dalam wilayah autonomi Guangxi Zhuang pada 15 Mei lalu apabila lelaki tersebut mengikat ikan sepanjang semeter dengan berat lebih 30kg itu di belakang keretanya sebelum memandu mengelilingi bandar.

Polis: Tindakan Langgar Peraturan

Pemandu gantung ikan kap gergasi belakang kereta
Pemandu gantung ikan kap gergasi belakang kereta

Bagaimanapun, aksi tersebut mendapat respon polis trafik tempatan yang mendakwa tindakan itu melanggar peraturan kerana boleh membahayakan keselamatan jalan raya.

Menurut saksi bernama Ji, ikan berkenaan dipercayai ditangkap dari Empangan Pingtianshan. Pemandu itu kemudian membuat pengakuan di media sosial yang ikan seberat 39.5kg itu sudah pun dijadikan bebola ikan untuk dinikmati bersama keluarganya pada hari sama.

Tidak Boleh Gantung Objek Lebih 0.5 Meter dari Kenderaan

Polis kini sedang menimbang mengenakan denda atau memotong mata demerit lesen lelaki berkenaan, selaras peraturan keselamatan jalan raya China yang melarang objek tergantung melebihi 0.5 meter dari kenderaan.

Bagaimanapun, netizen menganggap insiden itu sebagai gurauan dan tindakan itu satu kebanggaan kerana seluruh Guangxi bercerita tentang ikan pada hari sama.

Terdahulu, kes serupa pernah berlaku di Shandong pada 2023 apabila seorang lelaki didenda dan kehilangan sembilan mata demerit lesen kerana menggantung ikan seberat 10kg hingga menutupi nombor pendaftaran kereta.

SUMBER: SouthChinaMorningPost

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Global, Auto Terkini, China, Gantung Ikan Belakang Kereta, Guangxi Zhuang, Ikan Kap Gergasi, Kesalahan Jalan Raya, Polis China

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda
    BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev