Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Triumph Trident 660 dan Tiger Sport 660 Terima Perubahan Besar Untuk 2026, Kuasa Naik 14 PS
Auto Terkini

Triumph Trident 660 dan Tiger Sport 660 Terima Perubahan Besar Untuk 2026, Kuasa Naik 14 PS

Abang HirataBy Abang Hirata05/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TRIUMPH mengumumkan pembaharuan besar bagi rangkaian motosikal 660cc mereka. Model Trident 660 dan Tiger Sport 660 kini menerima peningkatan paling ketara sejak ia dilancarkan.

Kedua-dua model 2026 dijangka berada di pasaran terpilih bermula Mac 2026.

Untuk makluman, Triumph Trident 660 dan Tiger Sport 660 ada di pasaran tempatan dan masing-masing ditawarkan daripada RM46,900 dan RM50,900.

Rangkaian Kuasa

Nadi utama bagi kedua-dua model 2026 ini adalah evolusi terbaru enjin tiga silinder sebaris 660cc Triumph yang menawarkan hantaran kuasa lebih bertenaga pada julat tinggi serta sistem penyejukan yang lebih efisien.

  • Peningkatan Prestasi: Kuasa puncak mencecah 95 ps pada 11,250 rpm iaitu peningkatan sebanyak 14 ps manakala had putaran enjin (redline) ditingkatkan 20 peratus kepada 12,650 rpm.
  • Hantaran Tork: Tork maksimum berada pada tahap 68Nm pada 8,250 rpm dengan 80 peratus tork tersedia bermula dari 3,000 rpm sehingga hampir 12,000 rpm.
  • Sistem Pendikit: Peralihan daripada badan pendikit tunggal kepada tiga unit badan pendikit 44 mm bagi setiap silinder untuk tindak balas lebih sporti.
  • Sistem Ambilan & Ekzos: Kotak udara hadapan lebih besar untuk aliran udara dan bunyi induksi lebih mantap serta sistem ekzos 3 – 1 dengan peredam underslung yang mematuhi piawaian terkini.
  • Komponen Enjin: Kepala silinder direka semula dengan injap ekzos lebih besar dan profil aci lebih tinggi.
  • Transmisi: Kotak gear 6-kelajuan dengan nisbah gear yang disemak semula serta penggunaan slip and assist clutch untuk kawalan lebih ringan.

Penambahbaikan Casis dan Pengendalian

Kedua-dua model ini mengekalkan pengendalian lincah yang menjadi identiti mereka namun kini ditambah baik melalui kemas kini komponen utama casis bagi menjamin kualiti tunggangan yang lebih premium.

  • Kemas Kini Rangka: Trident 660 menggunakan rangka yang disemak semula manakala Tiger Sport 660 dilaraskan untuk memuatkan konfigurasi enjin baharu.
  • Suspensi Trident: Dilengkapi unit suspensi belakang Showa baharu dengan pelarasan prabeban dan lantunan serta fork depan terbalik (USD) Showa 41 mm SFF-BP.
  • Suspensi Tiger Sport: Fork depan USD Showa dan monoshock belakang Showa dengan pelarasan remote hydraulic preload.
  • Sistem Brek: Cakera berkembar 310 mm dengan kalioer Nissin dua piston di depan serta cakera tunggal 255 mm di belakang yang dilengkapi saluran brek braided.
  • Tayar dan Rim: Rim tuang aluminium ringan dengan tayar Michelin Road 5 yang memberikan cengkaman tinggi dalam pelbagai suhu dan cuaca.

Teknologi Penunggang dan Keselamatan

Triumph melengkapkan model 2026 dengan pakej teknologi yang komprehensif sebagai ciri standard bagi meningkatkan keselamatan dan kemudahan navigasi sepanjang perjalanan.

  • Mod Tunggangan: Sistem pendikit elektronik (ride-by-wire) menyediakan tiga mod iaitu Sport, Road dan Rain yang mengoptimumkan tindak balas enjin.
  • Sistem IMU: Penggunaan unit pengukuran inersia enam paksi membolehkan ciri Optimised Cornering ABS dan Optimised Cornering Traction Control berfungsi mengikut sudut rebah.
  • Bantuan Tunggangan: Triumph Shift Assist (penukar cepat) untuk penukaran gear naik dan turun tanpa klac serta kawalan jelajah satu sentuhan sebagai ciri standard.
  • Paparan: Gabungan skrin TFT berwarna dan LCD dengan sistem MyTriumph Connectivity untuk navigasi turn-by-turn, kawalan muzik dan panggilan.
  • Sistem Lampu: Lampu LED sepenuhnya dengan rekaan lampu depan baharu yang mengintegrasikan lampu siang (DRL).

Rekaan Luaran dan Ergonomik

Sisi visual kedua-dua jentera ini turut diberikan perhatian dengan gaya yang lebih moden serta peningkatan ciri praktikal untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jarak jauh.

  • Gaya Trident: Tampil lebih sasa dengan tangki bahan api lebih lebar serta pelana terpisah antara penunggang dan pembonceng.
  • Gaya Tiger Sport: Panel hadapan dan kowl radiator baharu untuk perlindungan cuaca yang lebih baik serta gaya yang lebih tajam.
  • Kapasiti Bahan Api: Tiger Sport 660 kini dilengkapi tangki lebih besar berkapasiti 18.6 liter untuk jarak perjalanan lebih jauh.
  • Penghadang Angin: Unit pada Tiger Sport boleh dilaraskan ketinggiannya secara manual antara 1,312 mm sehingga 1,395 mm dengan satu tangan.
  • Pilihan Warna: Warna premium baharu termasuk Cosmic Yellow dan Stone Grey untuk Trident serta Interstellar Blue dan Silver Ice untuk Tiger Sport.

Spesifikasi Teknikal

Trident 660

  • Jenis Enjin: 660cc, 3 silinder sebaris, penyejukan cecair, 12 injap, DOHC
  • Kuasa Maksimum: 95 ps @ 11,250 rpm
  • Tork Maksimum: 68Nm @ 8,250 rpm
  • Sistem Suntikan: Multipoint sequential electronic fuel injection dengan electronic throttle control
  • Ekzos: 3 ke 1 keluli tahan karat dengan peredam satu sisi rendah
  • Klac: Basah, berbilang plat, jenis slip and assist
  • Kotak Gear: 6-kelajuan
  • Rangka: Tubular perimeter frame, keluli
  • Lengan Ayun: Dua sisi
  • Rim Depan: Rim aloi tuang 5 jejari, 17 x 3.5 inci
  • Rim Belakang: Rim aloi tuang 5 jejari, 17 x 5.5 inci
  • Tayar Depan: 120/70 R 17
  • Tayar Belakang: 180/55 R 17
  • Suspensi Depan: Showa 41 mm USD (SFF-BP), jarak gerak roda 120 mm
  • Suspensi Belakang: Showa monoshock RSU dengan pelarasan prabeban dan lantunan, jarak gerak roda 130 mm
  • Brek Depan: Cakera tetap berkembar 310 mm, kaliper sliding 2 piston, OCABS
  • Brek Belakang: Cakera tetap tunggal 255 mm, kaliper sliding satu piston, OCABS
  • Tinggi Pelana: 810 mm
  • Berat Basah: 195 kg
  • Kapasiti Tangki: 14 liter
  • Selang Servis: 16,000 km atau 12 bulan

Tiger Sport 660

  • Jenis Enjin: 660cc 3 silinder sebaris, penyejukan cecair, 12 injap, DOHC
  • Kuasa Maksimum: 95 ps @ 11,250 rpm
  • Tork Maksimum: 68Nm @ 8,250 rpm
  • Sistem Suntikan: Multipoint sequential electronic fuel injection dengan electronic throttle control
  • Ekzos: 3 ke 1 keluli tahan karat dengan peredam sisi tunggal rendah
  • Klac: Basah, berbilang plat, jenis slip and assist
  • Kotak Gear: 6-kelajuan
  • Rangka: Tubular perimeter frame, keluli
  • Lengan Ayun: Dua sisi
  • Rim Depan: Rim aloi tuang, 5 jejari, 17 x 3.5 inci
  • Rim Belakang: Rim aloi tuang, 5 jejari, 17 x 5.5 inci
  • Tayar Depan: 120/70 R 17
  • Tayar Belakang: 180/55 R 17
  • Suspensi Depan: Showa 41 mm USD separate function cartridge, jarak gerak roda 150 mm
  • Suspensi Belakang: Showa monoshock RSU dengan pelarasan remote hydraulic preload, jarak gerak roda 150 mm
  • Brek Depan: Cakera tetap berkembar 310 mm, kaliper sliding 2 piston, OCABS
  • Brek Belakang: Cakera tetap tunggal 255 mm, kaliper sliding satu piston, OCABS
  • Tinggi Pelana: 835 mm
  • Berat Basah: 211 kg
  • Kapasiti Tangki: 18.6 liter
  • Selang Servis: 16,000 km atau 12 bulan

Triumph Trident 660 2026

Triumph Tiger Sport 660 2026

Triumph Triumph Tiger Sport 660 Triumph Trident Triumph Trident 660
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Volkswagen Transporter Sportline 2026 Tampil Ala GTI!

05/02/2026
Auto Terkini

#BikinAuto: Singer Guna Khidmat Red Bull Advanced Technologies, Porsche Klasik Jadi Lebih Kuat!

05/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

05/02/2026
Auto Terkini

Batal Lesen PSV Serta Merta Terhadap Pelaku Gangguan Seksual

03/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie05/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Denza D9 2025
Kenderaan Elektrik (EV)

MPV EV Mewah Denza D9 2025 Kini Fasa Akhir Jualan Sebelum Harga Naik

By Han Othman27/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.