• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTMB Sedia Tren Khas ke Pantai Timur Sempena Raya, Tawar 1,864 Tiket

KTMB Sedia Tren Khas ke Pantai Timur Sempena Raya, Tawar 1,864 Tiket

March 31, 2023 By Sharil Leave a Comment

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan Tren Khas Ekspres Lambaian Aidilfitri ke Pantai Timur sempena sambutan Aidilfitri dengan 1,864 tiket ditawarkan.

Sebanyak empat perjalanan tren ekspres disediakan yang bermula dari Stesen KL Sentral ke Stesen Tumpat dan sebaliknya.

BACA >>> KTMB Sedia ETS Tambahan Sempena Aidilfitri, Hari Pekerja, Tiket Mula Jual Hari Ini
BACA >>> Menteri, KTMB Cadang Tren Percuma untuk OKU, Pelajar

Menurut KTMB, tiket akan mula dijual bermula hari ini (1 April) pada harga RM55 hingga RM83 untuk perjalanan sehala. Pengguna disarankan melakukan pembelian melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau menerusi laman web KTMB.

Perkhidmatan itu adalah alternatif kepada pengguna yang hendak pulang beraya ke Pantai Timur menggunakan jalan darat yang sering sesak setiap kali musim perayaan.

Inisiatif itu juga adalah kepada mereka yang mahu pulang ke kampung dengan selesa, selamat dan tambang berpatutan.

Tren Khas Lambaian Aidilfitri ini akan berhenti di 16 stesen iaitu di Stesen Bandar Tasik Selatan, Kajang, Seremban, Gemas, Mentakab, Jerantut, Kuala Lipis, Gua Musang, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah, Wakaf Bharu, Tumpat dan beberapa stesen lain," katanya.

Ada dua jadual bagi tren, iaitu:

PERJALANAN PERTAMA:  Pada 19 April bermula jam 11 malam dan berakhir jam 3.53 petang, dan pada 24 April bermula jam 10.50 malam dan tiba jam 3.10 petang.

PERJALANAN KEDUA: Pada 20 April bermula jam 11 malam dan tiba jam 3.53 petang dan pada 25 April jam 10.50 malam dan tiba jam 3.10 petang.

Tren dilengkapi kemudahan koc katil, koc tempat duduk premier, koc tempat duduk superior, koc buffet dan koc chillax.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengucapkan terima kasih kepada KTMB atas inisiatif berkenaan.

Kementerian Pengangkutan berterima kasih kepada KTMB kerana memberikan penyelesaian kepada warga Pantai Timur untuk pulang ke kampung halaman."

Kita sedia maklum kesesakan ketika musim perayaan adalah masalah utama negara kita. Perkhidmatan ini dapat memberikan keselesaan kepada orang ramai, kanak-kanak dan warga emas," katanya.

BACA >>> Kerajaan Lancar MyRailLife, Percuma Naik Komuter, Shuttle KTM untuk Pelajar Sekolah, OKU
BACA >>> Stesen KTMB Kajang 2 Mula Operasi Isnin Depan, 13 Mac

SUMBER: BHarian

Related

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke, Auto Terkini, express, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), KTMB, MoT, Raya aidilfitri, tren khas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #MAS2025: GAC Motor, AION Lancar MPV PHEV Pertama Malaysia, Harga Anggaran RM333k!
    #MAS2025: GAC Motor, AION Lancar MPV PHEV Pertama Malaysia, Harga Anggaran RM333k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev