Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Kekal Raja Pasaran Australia Tahun ke-23 Berturut-turut, RAV4 Paling Laris
Auto Terkini

Toyota Kekal Raja Pasaran Australia Tahun ke-23 Berturut-turut, RAV4 Paling Laris

Abang HirataBy Abang Hirata06/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Toyota RAV4 Australia

TOYOTA mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju pasaran automotif Australia dengan merekodkan 239,863 unit jualan kenderaan baharu sepanjang 2025. Kejayaan tersebut menandakan tahun ke-23 berturut-turut pengeluar Jepun itu menerajui pasaran Australia.

Pencapaian tersebut ialah rekod jualan kedua tertinggi Toyota di Australia, selain melepasi sasaran awal tahun sebanyak 9 peratus.

Dominasi Segmen Utama, Hampir 1/5 Kenderaan Jenama Toyota

Toyota teraju automotif Australia tahun ke-23 berturut-turut

Dengan pegangan pasaran 19.3 peratus, hampir satu daripada lima kenderaan baharu dijual di Australia pada 2025 ialah model Toyota, juga satu angka yang mencerminkan kepercayaan berterusan pengguna terhadap jenama Jepun itu.

Prestasi kukuh Toyota turut diterjemah melalui penguasaan pelbagai segmen utama pasaran, dengan lapan model Toyota muncul sebagai peneraju segmen masing-masing, iaitu:

  • Corolla
  • Camry
  • RAV4
  • LandCruiser Wagon
  • HiLux 4×2
  • HiAce Commuter Bus
  • Coaster
  • HiAce Van

Toyota teraju automotif Australia tahun ke-23 berturut-turut

RAV4 Kekal Model Terlaris

Toyota RAV4 sekali lagi membuktikan populariti apabila muncul model paling laris Toyota pada 2025 dengan 51,947 unit terjual, selain menjadi kenderaan kedua paling laris keseluruhan pasaran Australia.

Bagi tahun keenam berturut-turut, RAV4 turut mengekalkan status sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) paling laris di Australia.

Prestasi RAV4 Hybrid juga mencatat sejarah tersendiri apabila November 2025 menjadi bulan jualan terbaik pernah direkodkan, dengan 6,390 unit diserahkan dalam tempoh sebulan.

Hilux Generasi Baharu

Toyota teraju automotif Australia tahun ke-23 berturut-turut

2025 turut menyaksikan pengenalan Toyota Hilux generasi kesembilan, iaitu model yang sudah menjadi sebahagian landskap dan budaya automotif Australia.

Bagi tahun itu, Hilux mencatat 51,297 unit jualan, dengan mengekalkan kedudukan sebagai antara kenderaan paling penting dalam pasaran tempatan.

Corolla Teraju Kenderaan Penumpang

Dalam kategori kenderaan penumpang, Toyota Corolla muncul sebagai model paling laris di Australia, dengan 18,968 unit jualan sepanjang 2025.

Hampir Separuh Jualan Toyota ialah Hibrid

Toyota teraju automotif Australia tahun ke-23 berturut-turut

Sebagai peneraju teknologi hibrid, 48.6 peratus daripada keseluruhan jualan Toyota sepanjang 2025 terdiri daripada model hibrid yang menunjukkan peranan penting teknologi elektrifikasi dalam strategi jangka panjang pengeluar itu di Australia.

Rangkaian Sokongan Terbesar di Australia

Kejayaan Toyota Australia turut disokong rangkaian pengedar terbesar di negara i tu dalam memastikan reputasi jenama dalam aspek Kualiti, Ketahanan dan Reliabiliti (QDR) dikekalkan pada setiap peringkat interaksi pelanggan.

Barisan model Toyota

Selain itu, Toyota juga memiliki rangkaian pengedaran alat ganti tulen dan perkhidmatan paling luas di Australia.

Pada 2025, Toyota turut membuka pusat pengedaran alat ganti baharu di Perth, dengan sebuah lagi di Brisbane dijangka menyusul, melengkapkan rangkaian sedia ada di Sydney, Melbourne dan Darwin.

Toyota teraju automotif Australia tahun ke-23 berturut-turut
Toyota teraju automotif Australia tahun ke-23 berturut-turut
Toyota teraju automotif Australia tahun ke-23 berturut-turut
Toyota teraju automotif Australia tahun ke-23 berturut-turut
Toyota teraju automotif Australia tahun ke-23 berturut-turut
Toyota teraju automotif Australia tahun ke-23 berturut-turut
Toyota teraju automotif Australia tahun ke-23 berturut-turut
Toyota teraju automotif Australia tahun ke-23 berturut-turut
Toyota teraju automotif Australia tahun ke-23 berturut-turut
Auto Terkini JUalan Toyota Australia 2025 Toyota Toyota Australia
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Versa 2026 Dilancarkan di Mexico Bersama Sentra, Almera Menyusul?

04/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

04/03/2026
Nissan Serena e-POWER C28
HEV

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

04/03/2026
MRT Laluan Putrajaya
Auto Terkini

MRT Laluan Putrajaya Terejas Sepanjang Hari Akibat Kecurian Kabel

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.