Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Land Cruiser 70 Series (2024) Kembali ke Jepun dengan Enjin 2.8L Diesel Turbo, RM151k!
Roda4

Toyota Land Cruiser 70 Series (2024) Kembali ke Jepun dengan Enjin 2.8L Diesel Turbo, RM151k!

Abang HirataBy Abang Hirata03/12/20231 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DI SEBALIK pelancaran Land Cruiser 250 Series yang membawa gaya klasik, Toyota juga memperbaharui model yang turut membentuk definisi ‘OG’ iaitu Land Cruiser 70 Series.

Toyota terlebih dahulu memperkenalkan trak pikap Land Cruiser 70 Series versi dipertingkat di Australia dan kini giliran pelanggan Jepun pula ditawarkan Land Cruiser 70 versi badan penuh.

Latar Belakang Land Cruiser

OG sebenar ialah Toyota BJ yang dilancarkan pada 1 Ogos 1951 dan siri Land Cruiser kini berusia lebih 70 tahun. BJ mencatat sejarah dengan menjadi kenderaan pertama berjaya mendaki semua enam stesen Gunung Fuji.

Land Cruiser 70 Series dilancar pada 1984 dan mencipta nama sebagai kenderaan paling reliabel dan tahan lasak. Reputasi juga boleh dilihat pada harga unit terpakai selain turut dibaik pulih banyak peminat kenderaan pacuan empat roda (4X4).

Setakat September 2023, lebih 11.3 juta unit Land Cruiser (termasuk Lexus LX dan GX) terjual di 170 negara dan rantau dunia.

Ciri Utama Land Cruiser 70 Series 2023/24

Model dipertingkat itu kekal dengan rekabentuk asas dan diberikan beberapa pembaharuan bahagian depan dan belakang seperti:

  • Lampu dan bampar baharu.
  • Bahagian kabin juga diperbaharui, kecuali kluster instrumen, unit infotainmen, stereng, tombol dan konsol gear.
  • Enjin menggunakan kod sama seperti Hilux, iaitu 1GD-FTV 2.8L diesel turbo dengan suntikan terus yang menghasilkan output kuasa 202hp dan tork 500Nm.
  • Enjin itu dipadan kotak gear automatik 6-kelajuan (6 Super ECT) dengan ciri pacuan empat roda (4WD) separuh masa.
  • Selain casis bentuk tangga (ladder frame) yang lasak dan kunci diferensial elektronik (EDL), model ini juga dilengkapi pelbagai fungsi kawalan dan pembrekan, seperti Kawalan Stabiliti Kenderan (VSC), Kawalan Traksi Aktif (A-TRC), Kawalan Bantuan Mula Daki (HAC), dan Bantuan Kawalan Turun Cerun (DAC).

Satu lagi teknologi penting ialah sistem bantuan pemandu Toyota Safety Sense (TSS) dengan ciri Keselamatan Pra-Pelanggaran (PCS), Amaran Tukar Lorong (LDW), Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB) dan lain-lain.

Mengenai harga, Land Cruiser 70 AX dijual pada 4.8 juta yen (RM151,580) dan Toyota mensasarkan jualan 400 unit sebulan. Model itu dipasang di Kilang Yoshiwara Plant, Toyota Auto Body Co Ltd.

Sebagai model popular dalam kalangan pengguna tempatan, adakah Land Cruiser akan dibawa masuk? Masih awal dan penulis yakin pengimport bebas boleh memberi jawapan kukuh.

Ciri Land Cruiser 70 Jepun

  • Dimensi: Panjang 4,890mm x Lebar 1,870mm x Tinggi 1,920mm, dan jarak roda: 2,730mm
  • Berat: 2,300kg
  • Enjin: 1GD-FT 2.8L diesel turbo suntikan terus
  • Kuasa: 202hp, 500Nm
  • Transmisi: Automatik 6-kelajuan (Flex Lockup Super Intelligent, 6 Super ECT)
  • Pacuan: 4WD separuh masa
  • Muatan: 5 penumpang
  • Kapasiti Tangki Minyak: 130 liter
Toyota Land Cruiser 70 Jepun
Siri Toyota Land Cruiser
Auto Terkini Roda4 Toyota Toyota Land Cruiser Toyota Land Cruiser 70 Series Trak Trak pikap
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

    12/03/2026
    Auto Terkini

    Ops Luxury: JPJ Selangor Sita Lamborghini Aventador

    12/03/2026
    Ferrari Amalfi diperkenal di Malaysia
    Roda4

    Ferrari Amalfi Diperkenal, Pengganti Roma dengan Enjin V8 Berkuasa 640hp

    12/03/2026
    Auto Terkini

    AKPS Perketat Kawalan Sempadan Bukit Kayu Hitam Susulan Kenaikan Harga Minyak Global

    12/03/2026

    1 Comment

    1. Ah Watt on 10/09/2025 22:05

      Pengimport bebas patut bawa masuk model 2025 klasik siri 70 Landcruiser ini ke Malaysia. Kat masih ada lagi peminat kereta pickup trak ini. 😁👍

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.