Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Indonesia Umum Tiga Siri Panggil Balik Libat Lima Model Popular
Auto Terkini

Toyota Indonesia Umum Tiga Siri Panggil Balik Libat Lima Model Popular

ShawkathBy Shawkath20/02/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Astra Motor (TAM) membuat beberapa siri panggil balik melibatkan lima model jenama itu di Indonesia, iaitu Avanza, Veloz, Yaris Cross, Vios dan Sienta.

Panggilan pertama membabitkan Toyota Sienta yang berisiko mengalami masalah dimasuki air di bahagian pilar depan (pilar-A). Model membabitkan model keluaran Jun 2016 hingga April 2020.

Pemilik terjejas diminta hadir ke bengkel atau pusat baik pulih Toyota untuk pemeriksaan dan menukar Front Garnish Pillar Clip. Laporan menyatakan kebocoran air boleh berlaku akibat kelemaham bahan tampalan (sealer).

Jika kebocoran terjadi, ia boleh menyebabkan kerosakan atau menjejaskan prestasi beberapa sistem elektronik seperti pintu gelangsar.

Pengarah Pemasaran TAM, Anton Jimmi Suwandy berkata, sebanyak 39,238 unit Toyota Sienta terlibat dalam kempen panggil balik berhubung isu itu, yang mana proses baik pulih mengambil masa antara dua dan tiga jam.

PANGGIL BALIK KEDUA

Kempen panggil balik kedua pula melibatkan model Avanza dan Veloz yang ada kaitan dengan skandal manipulasi Daihatsu di Jepun iaitu tiang rempuhan sisi pintu depan  (Front Door Side Impact Beam).

Di Indonesia, masalah dikatakan disebabkan isu ‘pemasangan tidak sempurna’ ketika kimpalan dilakukan. Jika tidak dibaik pulih awal, struktur keselamatan itu mungkin tidak berfungsi baik dan mengurangkan perlindungan ketika berlaku impak sisi.

Anton berkata, kes di Jepun berhubung isu homologasi, tetapi di Indonesia, ia masalah kimpalan melibatkan 4,378 unit model keluaran November 2022.

Kerja baik pulih dijangka mengambil masa antara tiga dan empat jam di bengkal baik pulih bertauliah Toyota.

PANGGIL BALIK KETIGA

Panggilan balik ketiga melibatkan empat model, iaitu Avanza, Veloz, Yaris Cross dan Vios disebabkan masalah nat absober depan longgar yang mungkin menjejaskan kestabilan pemanduan dan membahayakan nyawa pemandu dan penumpang.

Ada laporan menyatakan kempen sama sudah dilakukan di Malaysia dan Filipina sebelum ini. Jumlah kenderaan dikhuatiri terjejas di Indonesia, ialah 169,389 unit.

Model yang terlibat dengan tahun pengeluaran adalah seperti berikut:

  • Veloz keluaran Oktober 2021 hingga Ogos 2023
  • Avanza keluaran November 2021 hingga September 2023
  • Vios keluaran Jun 2022 hingga Ogos 2023
  • Yaris Cross keluaran Mei 2023 hingga September 2023

SUMBER: Kompas | GridOto

Auto Terkini Panggil Balik panggilan balik Toyota Recall Roda4 Toyota Astra Motor (TAM)
Shawkath

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.