Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Crown Sport PHEV Ditawarkan di Jepun, Mod Elektrik Sehingga 90 KM! RM247 Ribu
Auto Terkini

Toyota Crown Sport PHEV Ditawarkan di Jepun, Mod Elektrik Sehingga 90 KM! RM247 Ribu

Abang HirataBy Abang Hirata20/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JIKA sebelum ini Toyota menawarkan Crown Sport Hybrid (HEV) di Jepun, kini giliran Crown Sport Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV) untuk pelanggan di sana.

Pengembaraan Crown memang menarik melalui Crown Crossover HEV, Crown Sport HEV, Crown Sedan HEV dan juga Crown FCEV yang menggunakan teknologi sel bahan api hidrogen.

Penawaran tersebut merupakan strategi pelbagai pendekatan Toyota di dalam agenda elektrifikasi dan tidak tertumpu pada kenderaan elektrik bateri (BEV) sahaja.

Crown Sport PHEV menggunakan enjin sama seperti Crown Sport Hybrid iaitu A25A-FXS 2.5 liter Dynamic Force.

Enjin itu dipadan bersama motor pacuan output densiti tinggi dengan keseluruhan sistem menghasilkan 225 kilowatt (kW) atau 306 ps.

Bateri litium-ion kapasiti tinggi dipasang di bawah lantai pada bahagian tengah kereta dan satu keistimewaan PHEV ialah mod elektrik penuh untuk pemanduan harian.

Cas penuh bateri Crown Sport PHEV boleh digunakan sehingga 90 kilometer (km) dan mod hibrid mempunyai kadar penggunaan bahan api 20.3 kilometer per liter (km/l).

Dibekalkan tangki petrol 55 liter, Toyota memaklumkan kereta ini boleh dipandu sehingga 1,200 km atau lebih. Menarik bukan?

Crown Sport PHEV menggunakan sistem pacuan 4WD elektrik E-Four dan kuasa yang dihasilkan sistem hibrid plug-in dibahagikan sepenuhnya kepada keempat-empat roda.

Sistem itu meningkatkan lagi kestabilan di selekoh dan juga ketika memandu di dalam hujan atau salji.

Crown Sport PHEV diasaskan dari Crown Sport Hybrid Sport Z namun berbeza dari segi perkakasan pengendalian.

Sebagai contoh, Toyota menambah pendakap pada terowong lantai untuk mendapatkan keseimbangan ketegaran badan yang optimum.

Karakteristik geseran dan daya redaman penyerap hentak depan dan belakang juga dioptimumkan.

Selain itu, sistem Adaptive Variable Suspension (AVS) yang mengawal daya redaman penyerap hentak setiap roda secara bebas mengikut keadaan jalan dan input pemandu memberikan pemanduan lancar dan stabil.

Crown Sport PHEV juga dilengkapi pedal penukar gear untuk pemanduan mengasyikkan. Set brek terdiri daripada cakera 20 inci dan kaliper enam omboh warna merah dan dilindungi rim 21 inci.

Kedudukan kedua-dua angkup depan dan belakang diletakkan pada kedudukan sama iaitu secara depan – depan.

Bahagian dalam kereta sama menyerlah dengan bahagian luar. Toyota menggunakan skema warna hitam dan merah dan pemandu serta penumpang sisi dipegang kerusi sport.

Berikut ciri-ciri kefungsian elektrik Crown Sport PHEV:

  • My Room Mode – Penumpang dapat menikmati penyaman udara dan sistem audio dari punca kuasa luar semasa kereta sedang dicas. Enjin tidak perlu dihidupkan.
  • Dilengkapi pembekalan kuasa luar 1,500W (AC 100V) yang boleh digunakan semasa berkhemah atau kecemasan seperti terputus bekalan elektrik.
  • Pengecasan pantas 80 peratus dalam tempoh 38 minit.
  • Fungsi Vehicle to Home (V2H) untuk membekalkan tenaga elektrik kepada kediaman.
  • Selain mod pembekalan BEV untuk perkakasan luar, mod pembekalan luar HEV juga boleh menguasakan perkakasan elektrik.
  • Di dalam mod HEV, tenaga elektrik dibekalkan dari bateri sehingga tahap yang ditetapkan dan selepas itu enjin mengambil alih sebagai pembekal kuasa elektrik.
  • Dengan cas penuh bateri dan juga setangki penuh petrol, sistem kereta mampu menyediakan tenaga elektrik sekitar 6.5 hari (10 kWj/400W per jam).

Toyota menyasarkan jualan Crown Sport PHEV sebanyak 300 unit sebulan dan satu-satunya varian iaitu SPORT RS ditawarkan pada harga JPY¥7,650,000 (RM247,443).

Toyota Crown Sport PHEV:

Toyota Crown Sport Hybrid:

 

Toyota Toyota Crown Toyota Crown Sport Toyota Crown Sport PHEV
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lexus LM 2026 Untuk Jepun, Perubahan Kecil yang Signifikan

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

    12/03/2026
    Auto Terkini

    Ops Luxury: JPJ Selangor Sita Lamborghini Aventador

    12/03/2026
    Auto Terkini

    AKPS Perketat Kawalan Sempadan Bukit Kayu Hitam Susulan Kenaikan Harga Minyak Global

    12/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.