Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Toyota Crown Estate RS THE 70th dan Crown Estate Z THE 70th Sempena Ulang Tahun ke-70 Model Ikonik
Roda4

Toyota Crown Estate RS THE 70th dan Crown Estate Z THE 70th Sempena Ulang Tahun ke-70 Model Ikonik

Abang HirataBy Abang Hirata09/12/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

TOYOTA melancarkan model edisi khas Crown Estate bagi meraikan ulang tahun ke-70 siri Crown yang ikonik.

Edisi ini juga merupakan siri keempat ulang tahun ke-70 dan melengkapkan edisi khas Crossover, Sport, Sedan yang terlebih dahulu ditawarkan di Jepun.

Pelanggan diberi dua pilihan iaitu ESTATE RS THE 70th dan ESTATE Z THE 70th.

Toyota Crown ESTATE RS THE 70th

Varian RS menampilkan unit hibrid plug-in (PHEV) berprestasi tinggi, manakala varian Z merupakan model Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV).

Ciri-ciri Eksklusif Edisi Ulang Tahun

Model edisi khas ini dilengkapi beberapa sentuhan reka bentuk dan kemasan yang unik, baik di bahagian luaran mahupun dalaman.

Luaran

Aspek luaran diserlahkan melalui skema warna yang direka khas agar berharmoni dengan persekitaran Jepun.

Pelanggan ditawarkan pilihan dua tona Precious Metal x Precious White Pearl dan Precious Metal x Black.

Turut dilengkapi roda aluminium 21 inci dalam warna hitam kusam dan disempurnakan dengan grafik sisi eksklusif yang memaparkan logo “THE 70th”.

Dalaman

Bahagian dalaman dihiasi kemasan premium dan perkakasan khas yang memaparkan logo ulang tahun.

Warna dalaman istimewa yang ditetapkan ialah Black Luster, sama seperti model edisi khas ESTATE RS “THE LIMITED-MATTE METAL”.

Perkakasan dengan Logo THE 70th:

  • Tombol gear premium.
  • Panel instrumen (hiasan laser eksklusif).
  • Kunci eksklusif Crown.
  • Lampu Sambutan
  • Sarung buku manual.

Perkakasan Sporti Tambahan (ESTATE RS THE 70th Sahaja)

  • Stereng: 3 jejari balutan kulit dengan tekstur lekukan kecil (ciri standard pada ESTATE RS).
  • Tempat Duduk: Kerusi sport dibalut kulit asli dengan kemasan sporty dan jahitan merah.
  • Pedal: Aluminium untuk pemecut dan brek.

Rangkaian Kuasa

Crown Estate dikuasakan enjin A25A-FXS bersesaran 2,487cc dan dipadan bersama transmisi eCVT dan E-Four (Pacuan Semua Roda Elektrik).

Model ini dibahagikan kepada dua jenis hibrid iaitu PHEV bagi RS dan HEV untuk Z dengan perbezaan utama pada output enjin dan jenis bateri yang digunakan.

RS PHEV

  • Kuasa Maksimum Enjin: 190 ps @ 6,000 rpm
  • Tork Maksimum Enjin: 236Nm @  4,300–4,500 rpm
  • Kuasa Maksimum Motor Hadapan (5NM): 134 kW (182 ps)
  • Tork Maksimum Motor Hadapan (5NM): 270Nm
  • Jenis Bateri: Litium Ion (51 Ah)

Z HEV

Toyota Crown ESTATE Z THE 70th
  • Kuasa Maksimum Enjin: 177 ps @ 6,000 rpm
  • Tork Maksimum Enjin: 219 nm @ 3,600 rpm
  • Kuasa Maksimum Motor Hadapan (5NM): 134 kW (182 ps)
  • Tork Maksimum Motor Hadapan (5NM): 270Nm
  • Jenis Bateri: Nikel-Metal Hidrida (5 Ah)

Peningkatan dan Pilihan Aksesori Tambahan 

Toyota turut menawarkan pilihan selepas pembelian melalui perkhidmatan KINTO FACTORY, selain barangan pilihan daripada pengedar untuk meningkatkan keselesaan kabin.

Barangan Pilihan (Pengedar)

  • Lampu Siling Kabin dengan Penulen Udara nanoe X (Putih dan Dark Silver)
  • Tersedia dalam 2 warna: Putih dan Dark Silver.

Naik Taraf UPGRADE SELECTIONS by KINTO FACTORY

  • Barangan Khas Ulang Tahun Ke-70 (Untuk Crown Estate): Nyalaan sambutan, tombol gear premium dan grafik sisi.
  • Naik Taraf Tali Pinggang Keledar: Pilihan untuk menukar tali pinggang keledar kepada warna pilihan pelanggan (Crossover, Sport dan Estate).

Harga

Harga bagi model edisi khas ini ialah 8,200,000 yen (RM 216,388) untuk ESTATE RS “THE 70th” (PHEV) dan 6,420,000 yen (RM169,444) bagi ESTATE Z “THE 70th” (HEV).

Kedua-dua model ditawarkan di Jepun bermula 20 November 2025.

Toyota Crown ESTATE RS THE 70th
Toyota Crown ESTATE Z THE 70th
Toyota Crown Toyota Crown Estate Toyota Crown ESTATE RS “THE 70th Toyota Crown ESTATE Z “THE 70th
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

23/01/2026
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Kekal Hingga 2026

24/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y Long Range RWD Kini di Malaysia, Jarak 661km WLTP, Harga RM216,450

24/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.