• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Nuna x BMW Lancar Tiga Stroler Bayi, Harga Mula RM2,699!

Nuna x BMW Lancar Tiga Stroler Bayi, Harga Mula RM2,699!

August 7, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Nuna x BMW lancar tiga produk stroler bayi

JENAMA terkemuka global dalam inovasi kelengkapan bayi premium, Nuna Malaysia mengumumkan pelancaran tiga produk stroler bayi baharu hasil kolaborasi eksklusif bersama BMW. Usahasama itu menyatukan dua jenama berprestij yang sinonim dengan rekabentuk teliti, kualiti terbaik dan inovasi kelas dunia.

Barisan produk hasil kerjasama ini memperkenalkan gabungan estetik BMW yang sofistikated bersama inovasi pintar Nuna dalam setiap rekaan, sempurna untuk keluarga moden yang menuntut keselesaan, keselamatan dan gaya dalam satu pakej lengkap.

Sentuhan Rekabentuk, Cita Rasa Eksklusif

Nuna x BMW lancar tiga produk stroler bayi
Nuna x BMW lancar tiga produk stroler bayi

Tiga model utama dalam koleksi itu ialah stroler bayi MIXX™ next, TRIV™ next dan TRVL™ lx, yang menampilkan kemasan eksklusif yang diilhamkan daripada DNA rekabentuk BMW seperti corak roda rekaan BMW, kemasan kulit 'luxe leatherette' dan aplikasi logo BMW.

Berikut harga ditawarkan setiap produk berkenaan:

  • MIXX™ next: RM3,999, warna hitam karbon dramatik dengan corak BMW Trinity dan aksen kulit coklat mewah
  • TRIV™ next: RM3,699, kelabu grafit sederhana dengan kemasan logo BMW dan kulit hitam eksklusif
  • TRVL™ lx: RM2,699, kuning cair dengan corak BMW Crystal dan aksen kulit coklat.
  • Beg serbaguna (tambahan): RM1,299, eksklusif dengan logo logam BMW dan dompet (pouch) boleh tanggal.

Semua produk direka untuk disesuaikan dengan keperluan keluarga masa kini, memudahkan perjalanan harian dan keselesaan maksimum dengan gaya memukau.

Rekaan untuk Pengalaman Harian Premium

Nuna x BMW lancar tiga produk stroler bayi

Ketua Pegawai Pemasaran Nuna, Austin Hodges berkata, kolaborasi itu menggabungkan kekuatan dua jenama yang komited terhadap rekaan premium dan pengalaman pengguna unggul.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Korporat dan Kelestarian BMW Group Malaysia, Sashi Ambihaipahan pula berkata;

Dengan asas kepada rekaan dan ketukangan, kolaborasi ini membawa nilai tambah bukan hanya dari segi bentuk, tetapi juga fungsi."

Ketersediaan Barangan Eksklusif Nuna x BMW

Koleksi Nuna x BMW kini boleh didapati di ruang pameran Nuna Malaysia, Subang Jaya dan pengedar BMW terpilih seluruh negara. Maklumat lanjut boleh layari www.supremeglobal.com.my.

Nuna x BMW lancar tiga produk stroler bayi
Nuna x BMW lancar tiga produk stroler bayi
Nuna x BMW lancar tiga produk stroler bayi

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Auto Terkini, BMW Group Malaysia (BGM), Kereta Sorong Bayi, Nuna Malaysia, Nuna X BMW, Stroler Bayi, Stroller

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Jangan Main Taruk! Ini Minyak Enjin Sintetik Paling ‘Pintar’ untuk Kereta Hibrid Anda
    #TahukahAnda: Jangan Main Taruk! Ini Minyak Enjin Sintetik Paling ‘Pintar’ untuk Kereta Hibrid Anda
  • Laluan LRT3 Shah Alam Mungkin Tangguh Hingga 31 Oktober 2025?
    Laluan LRT3 Shah Alam Mungkin Tangguh Hingga 31 Oktober 2025?
  • Nuna x BMW Lancar Tiga Stroler Bayi, Harga Mula RM2,699!
    Nuna x BMW Lancar Tiga Stroler Bayi, Harga Mula RM2,699!
  • Penunggang Motosikal 'Naik Sheikh' Maki JPJ Sebab Disaman
    Penunggang Motosikal 'Naik Sheikh' Maki JPJ Sebab Disaman

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev