KENDERAAN utiliti sukan (SUV) Hyundai, Santa Fe (2019) bakal memasuki generasi ke-4 pada penghujung tahun ini. Kali ini, imej awal rekabentuk SUV saiz pertengahan dengan 7-kerusi itu dipaparkan kepada umum dalam bentuk lakaran sebelum debut sepenuhnya pada Pameran Motor Geneva 2018, Mac nanti.

Berdasarkan imej lakaran, jelas menunjukkan rupa baharu Santa Fe ini mengambil ilham daripada rekabentuk crossover Kona. Lampu utama tampil langsing dan dipadankan dengan gril, manakala bampar depan dan lampu kabus LED menyerlahkan rupa depan yang lebih menarik berbanding model terdahulu.

BACA >>> Hyundai Kona Umum Harga di UK, Apakah Perbezaan dengan Kia Stonic?

Rim aloi nampak seperti tidak realistik kerana melampau besar, tetapi itu memang sudah jadi perkara biasa yang ditonjolkan dalam sesebuah lakaran model kereta, memang sengaja dibesarkan. Tetapi apa yang boleh dikatakan,  rekaan rim, plat kelincir (skidplate) krom dan perincian sil memang cukup sporty.

Apa pandangan anda?

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Leave A Reply

Exit mobile version