• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Škoda Felicia Model 'Pertama' Selepas Berada Di Bawah Kumpulan Volkswagen, Kini Berusia 30 Tahun

#TahukahAnda: Škoda Felicia Model 'Pertama' Selepas Berada Di Bawah Kumpulan Volkswagen, Kini Berusia 30 Tahun

October 23, 2024 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

ŠKODA adalah satu daripada contoh pengeluar kereta yang berada di bawah naungan kumpulan automotif yang besar.

Kumpulan Volkswagen mula memiliki pegangan di dalam Škoda pada 1991 dan semakin dominan pada 1994. Seperti biasa, langkah awal menjadi detik penting bagi menyaksikan strategi yang diambil.

Škoda Felicia menjadi kereta pertama yang dibangunkan dengan kerjasama Kumpulan Volkswagen. Dari segi sejarah, Felicia pernah dikeluarkan dari 1959 sehingga 1964 dan model yang diperkenal pada 1994 merupakan kemunculan semula selepas berpuluh tahun tanpa pengganti.

Felicia diperkenal secara rasmi pada 26 Oktober 1994 di lokasi yang ikonik di Prague iaitu Jambatan Charles.

Pengeluaran Felicia dimulakan lebih awal iaitu pada September di kilang Vrchlabí sebelum disusuli kilang Mladá Boleslav pada 17 Oktober 1994.

Felicia sebenarnya dibangunkan dari Škoda Favorit sebelum itu dan menggunakan rekaan baharu dengan model hatchback 40 milimeter (mm) lebih panjang dan 15 mm lebih lebar. Kapasiti but juga meningkat sebanyak 21 liter kepada 272 liter.

Enjin 1,289cc petrol empat silinder mempunyai dua kuasa iaitu 54.4 ps dan 68 ps. Pada 1995, Felicia dibekalkan enjin 1.6 MPI dengan kuasa 74.8 ps dan enjin diesel 1.9 D 63.9 ps.

Kerjasama yang rapat bersama Kumpulan Volkswagen membolehkan Felicia dilengkapi perkakasan moden seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), stereng kuasa, penyaman udara, kerusi depan dengan pemanas dan sehingga empat beg udara.

Kehebatan Felicia diperakui dan dinamakan sebagai Kereta Tahunan Republik Czech pada 1994.

Pada Jun 1995, Škoda memperkenalkan model wagon (combi) dengan ukuran panjang 4,205 mm dan ruang bagasi 477 liter. Bulan Ogos berikutnya kilang Kvasiny mengeluarkan versi utiliti iaitu Pickup dan Vanplus.

Daripada model Pickup, lebih daripada 4,000 buat varian unik Felicia Fun dikeluarkan. Varian ini menyerlah dalam warna kuning dan kerusi 2+2 yang boleh dianjak keluar dari kabin.

Pada Februari 1998, Felicia versi rupa baharu diperkenal dan selari dengan gaya bahasa Škoda yang terkini dan dimulakan oleh Octavia. Ukuran juga bertambah sebanyak 28 mm dan 32 mm untuk model wagon selain warna badan baharu dan tambahan pilihan perkakasan.

Sepanjang pengeluarannya, Felicia ditawarkan dalam pelbagai versi dan edisi istimewa. Pada 1995, varian teratas Laurin & Klement diperkenalkan buat kali pertama untuk Felicia.

Pada 1996, edisi Atlanta sempena Sukan Olimpik Musim Panas mengambil tempat. Lagi edisi yang menarik seperti Sport Line, Color Line, Excellent dan beberapa lagi. Sukan permotoran juga tidak dilupakan dan Felicia bersaing di dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC) dari tahun 1995 sehingga 1997 dan berjaya mencatatkan keputusan yang baik.

Semasa pengeluaran tamat pada Jun 2001 sebanyak 1,401,489 buah Felicia berjaya dikeluarkan.

Škoda Felicia.02
Škoda Felicia and Škoda Felicia Combi
Škoda Felicia.04
Škoda Felicia.01
Škoda Felicia Combi.01
Škoda Felicia Combi.04
Škoda Felicia Combi.02
Škoda Felicia Combi.03
Škoda Felicia.03
Škoda Felicia Fun
Škoda Felicia Fun 01

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kumpulan Volkswagen, ŠKODA, Škoda Felicia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev