Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Kenapa Kereta Saya Tidak Boleh Pecut Macam Biasa?
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Kereta Saya Tidak Boleh Pecut Macam Biasa?

TalibBy Talib19/09/20211 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SITUASI ini jarang berlaku, tetapi apabila terjadi memang boleh mengganggu pemanduan. Bayangkan, kereta tiba-tiba tidak dapat memecut atau tidak selaju seperti biasa. Ada  pelbagai kemungkinan situasi tersebut terjadi. Jika isunya lebih buruk dan ruit, ia memerlukan kita segera berkunjung ke pusat servis atau mana-mana bengkel terdekat.

APAKAH PUNCA KERETA TIDAK MEMECUT?

Penyenggaraan berkala adalah kunci utama meminimumkan peluang berlaku pelbagai isu terhadap kereta anda. Bagaimanapun, usia kenderaan yang sudah tua kadangkala menyebabkan kereta  tidak dapat mengelak daripada kerosakan.

Sebenarnya, kenderaan berkilometer tinggi mungkin juga memiliki masalahan memecut ini. Jadi, apakah yang anda perlu buat kepada jika kereta tidak dapat memecut?

Apabila berlaku situasi itu, anda hanya mampu memandu dengan bertenang kerana kereta masih boleh bergerak, cuma kurang daya pecutan. Cuba elakkan memotong kenderaan panjang, memandulah dengan selamat. Anda boleh pergi ke pusat servis atau jika gemar menyenggara sendiri, bolehlah buat cara di bawah ini:

1. Periksa Klac

Hampir 90 peratus kes berpunca daripada klac kereta. Apabila klac tidak berjaya menyambungkan sistem transmisi dengan baik kepada enjin, kereta anda akan mengalami masalahan pecutan dan halaju. Masalahan mungkin berlaku kerana pedal klac menipis atau bacaan bendalir klac tidak mengikut spesifikasi.

Bendalir klac sepatutnya tidak kurang daripada paras minimum atau melebihi paras maksimum. Perhatikan pergerakan klac, jika rasa longgar atau enjin berubah halaju walaupun tidak memecut atau nyahpecutan, masalahan itu pasti datang daripada klac.

Klac yang lusuh adalah punca biasa kepada masalah pecutan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Jangan Beli Kereta Terpakai Sebelum Buat 6 Tip Pandu Uji Ini

2.Masalah Sistem ECU

Masalah yang berlaku dalam unit kawalan elektronik (ECU) mungkin juga menjadi punca kereta tidak mahu memecut apabila memijak pedal minyak.

Contohnya, ralat bacaan pencemaran boleh menipu sistem komputer untuk menganggap kereta anda sudah menghasilkan jumlah bahan bahaya dalam gas ekzos secara berlebihan. Responnya, ECU akan membuatkan enjin mengalami nyah kuasa secara perlahan sebelum secara berperingkat menyebabkan masalah ke atas sistem pecutan.

ECU boleh memberikan bacaan salah apabila ada satu atau banyak sensor tidak berkerja dengan baik. Alat diagnostik diperlukan untuk memastikan masalah ECU supaya lebih mudah ke pusat servis bagi mengetahui isu berkenaan.

BACA >>> #Videotomotif: Sepantas Manakah Kereta F1 Memecut Atas Trek?

3. Penapis Bahan Api Kotor

Bahan api boleh mengumpulkan mendapan kotor sepanjang masa yang biasanya datang dari tangki minyak atau formula tambahan dalam bahan api yang tidak sesuai.

Mendapan itu membuatkan bahan api jadi lebih berat dan sukar bergerak bebas dari tangki ke ruang bakar enjin. Pelinciran bahan api baik adalah asas atau perkara penting bagi menghasilkan pecutan terbaik. Periksa penapis bahan api yang kebiasaannya terletak di bawah kerusi penumpang belakang. Anda boleh membersihkannya atau menukar penapis bahan api baharu untuk menyelesaikan masalah tersebut.

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Petrol Rosak atau Mengalami Degradasi?

 4. Timing Belt Rosak

Tali sawat pemasaan (timing belt) usang dan rosak juga boleh memberikan kesan kepada pecutan kereta. Tetapi, timing belt baharu pun boleh jadi punca. Kenapa berlaku?

Ini disebabkan pemasangan timing belt yang tidak sempurna dan tidak selari. Pilihlah mekanik profesional untuk melakukan kerja menukar timing belt supaya komponen itu dapat dipasang sempurna. Jika, anda sudah biasa menukar timing belt, pastikan pasang dengan alatan yang betul. Jangan seperti tikus membaiki labu.

5. Kebocoran Paip Saluran Vakum

Enjin kereta memiliki pelbagai paip salur vakum di dalam. Paip itu menghantar bahan api dan udara dari luar dan ke dalam enjin menerusi penyambung dan saluran berbeza.

Kereta anda tidak akan memecut jika  saluran itu bocor atau berlaku mendapan. Masalah itu boleh dikatakan paling sukar diselesaikan sendiri tanpa bantuan mekanik berkemahiran dan alatan mencukupi. Kereta anda perlu dihantar dan diperiksa di pusat servis atau bengkel untuk menyelesaikan masalah tersebut.

6. Masalah Lain

Selain masalah di atas, kereta anda juga boleh mengalami isu kehilangan kuasa pecutan disebabkan kehabisan bahan api atau tiada kuasa mencukupi. Antara punca yang mungkin menyebabkan kehilangan kuasa ialah:

  • Gangguan ke atas aktuator (actuator) seperti kerosakan pada palam pencucuh, pam bahan api dan sistem injektor.
    Gangguan ke atas sensor seperti sensor oksigen, sensor MAF, sensor aci engkol (crankshaft), sensor lokasi syaf pacu (camshaft) dan sensor lain yang berkaitan sistem suntikan bahan api elektronik (EFI).
  • Isu mekanikal seperti: manifold ekzos tersumbat, penapis udara kotor, penapis bahan api tersumbat dan tekanan udara rendah.

Jika simptom itu berlaku, anda tidak patut mengabaikan masalah itu. Masalah pecutan tidak akan pulih begitu saja tanpa ada  penyenggaraan dan baik pulih. Semakin lama mengabaikan masalah tersebut, maka peratusan kemalangan semakin meninggi.

Jadi, pastikan hantar kereta anda  ke pusat servis atau mekanik terlatih dan boleh dipercayai. Walaupun anda perlu mengeluarkan sedikit kos tambahan, tetapi itu lebih baik daripada terbabit kemalangan kerana malang memang tidak berbau!

BACA >>> Pasangan Kekasih Main Kejar-Kejar dengan Polis, Tetapi Minyak Pula Habis

autotainment Kereta Tetiba Tidak Boleh Pecut Kereta Tidak Boleh Pecut masalah kereta tahukah anda
Talib

    Artikel Berkaitan

    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: 4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    28/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    28/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    26/06/2026

    1 Comment

    1. senarai harga kereta Proton on 06/03/2023 18:39

      nampak simple.. tapi, bagus. tq for sharing info

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.