Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Inilah Lima Motosikal Terpantas 2023
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah Lima Motosikal Terpantas 2023

Firdaus KhamaruddinBy Firdaus Khamaruddin18/12/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMAKIN pantas semakin teruja! Tidak dapat dinafikan ramai peminat sukan permotoran Malaysia gilakan kelajuan. Kelajuan juga dititikberatkan atas faktor jarak perjalanan yang memberikan kelebihan kepada mereka yang memerlukan pergerakan efisien.

Berdasarkan sejarah permotoran, motosikal jalanan terpantas sangat sukar ditemui dan mahal, tetapi tidak banyak yang mampu mencapai kelajuan 300kmj. Jenama terkenal seperti BMW, Ducati dan Kawasaki antara pengeluar yang sudah meningkatkan had kelajuan jentera masing-masing kepada 290-300kmj. Berikut lima motosikal terpantas 2023 yang masih berada di pasaran, termasuk Malaysia:

5. Suzuki Hayabusa 2023

Rekabentuk motosikal ini dinamik dan menarik. Hayabusa menjadi motosikal terpantas pernah dihasilkan dunia, dan terus mengekalkan kedudukan teratas dalam kategori sepanjang 20 tahun lalu hasil prestasi cemerlang dan respons pantas model itu.

  • Berat: 221kg
  • Enjin: 4-lejang 4-silinder sebaris 1,340cc DOHC penyejukan cecair
  • Kuasa: 215hp
  • Tork: 149Nm
  • Kelajuan maksimum: 299kmj

SUMBER: WebBikeWorld.com

4. Ducati Panigale V4 SP2 2023

Panigale V4 SP2 ialah superbike yang direka untuk tunggangan trek dan penunggang amatur.

Model ini tampil dengan liveri ‘Ujian Musim Sejuk’, fairing hitam kusam, rim karbon dan sayap, serta Desmosedici Stradale yang diilhamkan daripada trek MotoGP, kaliper brek Brembo Stylema R, silinder induk MCS, klac kering, rantai 520 dan peg kaki bilet.

  • Berat: 203kg
  • Enjin: 4-lejang 4-silinder V4 1,103cc Desmosedici Stradale V4
  • Kuasa: 210hp
  • Tork: 124Nm
  • Kelajuan maksimum: 299kmj

SUMBER: WebBikeWorld.com | FastestLaps.com

3. Aprilia RSV4 1100 Factory 2023

RSV4 menawarkan superbike kelas atasan, direka untuk penunggang yang mahukan prestasi dan keselamatan maksimum, menggabungkan keseronokan tunggangan trek dan pecutan sekitar selekoh.

  • Berat: 204kg
  • Enjin: 4-lejang 4-silinder Aprilia longitudinal 65° V4  1099cc DOHC penyejukan cecair
  • Kuasa: 217hp
  • Tork: 125Nm
  • Kelajuan maksimum: 304kmj

SUMBER: MotorcycleSpecs.co | WebBikeWorld | aprilia.com

2. BMW M 1000 RR Competition 2023

Kuasa M RR dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) mencatatkan kelajuan rev maksimum 15,100rpm dengan penggunaan komponen swingarm ringan, injap titanium, camshaft (aci sesondol) yang dioptimum, port ambilan canai CNC, piston ringan dan rod penyambung titanium Pankl. Teknologi BMW ShiftCam berfungsi mengoptimum kitaran pengecasan pada kelajuan tinggi.

  • Berat: 170kg
  • Enjin: 4-lejang 4-silinder sebaris 999cc penyejukan minyak/cecair
  • Kuasa: 205hp
  • Tork: 113Nm
  • Kelajuan maksimum: 314kmj

SUMBER: Bennetts.co.uk

1. Kawasaki Ninja H2R 2023

Walaupun susah mahu nampak Ninja H2R atas jalan raya tempatan, rekabentuk model ini memang cukup ganas yang pasti menggerunkan pesaing lain di jalanan dan trek.

  • Berat: 216kg
  • Enjin: 16-injap 4-lejang 4-silinder sebarus 998cc DOHC penyejukan cecair
  • Kuasa:  310hp
  • Tork: 165Nm
  • Kelajuan maksimum: 386kmj

SUMBER: WebBikeWorld.com

Motosikal terpantas dalam senarai ini datang pada harga tinggi yang mencecah enam angka. Bukan modal membeli saja yang penting, tetapi kos penyelenggaraan juga tidak kurang penting.

Namun, model dua roda yang mampu menandingi supercar ini, tidaklah sukar untuk diperoleh.

Aprilia Auto Terkini autotainment BMW Ducati Kawasaki roda2
Firdaus Khamaruddin

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

    12/03/2026
    Auto Terkini

    Ops Luxury: JPJ Selangor Sita Lamborghini Aventador

    12/03/2026
    Auto Terkini

    AKPS Perketat Kawalan Sempadan Bukit Kayu Hitam Susulan Kenaikan Harga Minyak Global

    12/03/2026
    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    PMX: Bekalan Petroleum Malaysia Cukup Hingga Mei

    12/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.