KERETA dengan gear automatik memang memudahkan pemanduan. Jadi tidak hairan transmisi jenis itu menjadi pilihan paling popular dalam kalangan pembeli kereta di Malaysia.

Selain memberikan fiil anjakan gear yang lembut dan lancar, gear automatik cukup mudah digunakan kerana tidak perlu menggunakan pedal klac dan menaik atau menurunkan tombol gear. Tetapi bagaimanakah hendak mengenal pasti transmisi automatik kereta kita sedang bermasalah?

BACA >>> #ApaNakBuat: Berhenti Lampu Isyarat Merah, Kekal Gear D atau Tukar N?
BACA >>> Siapa Cakap Gear Kena Ada Tombol? Peugeot Perkenal Gear Baharu Guna Punat Sahaja!

1. ANJAKAN GEAR TIDAK LANCAR

Bagi pemandu kereta automatik, anda tentu sedia maklum transmisi automatik memang direka untuk kelancaran. Namun, jika anda menyedari anjakan naik dan turun gear sudah tidak lagi lancar seperti biasa, itu tandanya gear automatik sedang bermasalah.

2. GEAR RASA TERSENTAK

Antara tanda transmisi automatik mula rosak adalah rasa sentakan ketika gear beranjak, terutama ketika baru memasukkan gear untuk mula bergerak.

Bagi gear konvensional, kereta yang bergerak lembut dan lancar ketika memijak pedal minyak. Mungkin ada sedikit sentakan, tetapi tidaklah sampai menggegarkan kabin atau berbunyi kuat.

3. GEAR LAMBAT BERANJAK

Transmisi automatik mungkin rosak jika gear lambat beranjak atau bertukar sama ada ketika memecut atau memperlahankan kereta. Enjin akan kedengaran mengaum kuat kerana gear gagal beranjak.

4. REV TAKOMETER NAIK TAK MENENTU

Berlaku situasi meter rev (takometer) naik ketika menekan pedal minyak, tetapi posisi pecutan kereta tidak selari dengan injakan pedal atau statik (pegun). Ini petanda berlaku situasi gelincir (slip) gear.

BACA >>> Lakukan 5 Tabiat Ini Jika Mahu Gear Automatik Anda Rosak
BACA >>> #RetroAuto: Cerita Menakjubkan di Sebalik Kotak Gear F1 McLaren

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Leave A Reply

Exit mobile version