SELAIN AX200S, MForce Bike Holdings (MForce Bike) juga melancarkan skuter SYM ADXTG400 2025 ke pasaran tempatan pada harga RM29,888.
Skuter advencer itu akan berada di pasaran Malaysia menjelang hujung bulan ini dalam tiga warna pilihan: putih, kelabu dan kelabu gelap.
Spesifikasi SYM ADXTG400 2025
- Rekabentuk agresif ke arah skuter advencer sebenar yang memiliki sifat seperti sebuah motosikal.
- Sistem lampu LED penuh dengan lampu siang (DRL) bentuk taring haiwan pemangsa prasejarah, Sabertooth.
- Sistem kunci pintar One Touch dengan tiga fungsi kawalan: butang penghidup enjin, butang buka pelana dan penutup tangki minyak.
- Ada port pengecas pantas USB QC3.0 bawah kluster butang kawalan One Touch.
- Panel meter LCD digital.
- Bar hendal boleh laras, panel letak kaki yang panjang dan selesa serta visor angin boleh laras manual 2-tahap.
- Pusat graviti (CoG) lebih baik kerana enjin, tangki minyak dan bateri disusun di tengah serta enjin dipasang pada frem.
Enjin dan Prestasi
- Enjin 4-lejang silinder tunggal 399cc SOHC penyejukan cecair 4-injap dengan sistem Hyper VVS dan sistem suntikan bahan api (FI).
- Output kuasa 34.5hp @ 7,000rpm dan tork 37.2Nm @ 5,500rpm.
- Sistem transmisi automatik CVT.
- Sistem suspensi fork terbalik (USD) dengan travel 41mm di depan, dan monoshock dengan pautan multilink (belakang).
- Swingarm aluminium tidak bersambung dengan enjin seperti skuter biasa, manakala sistem pacuan jenis rantai.
- Ruang simpanan bawah pelana 32 liter.
- Ada gad tangan dan kowl enjin.
- Pelana dua tahap.
- Dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan ABS Off-Road.
- Jika ABS Off-Road diaktifkan, roda belakang akan menyah aktif respons ABS, dan campur tangan ABS pada brek cakera depan dikurangkan. Ada Sistem Kawalan Traksi boleh nyah aktif.
- Sistem brek cakera tunggal 275mm di depan, dan brek cakera 233mm (belakang).
- Rim aloi 15 inci dengan tayar 120/70 di depan, dan rim 14 inci tayar 150/70 (belakang).
- Tinggi pelana 790mm.
- Kapasiti tangki petrol 13 liter.
- Dimensi panjang 2,166mm, lebar 920mm, dan tinggi 1,460mm, manakala jarak roda 1,535mm.
Leave a Reply