Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Suzuki GSX-R1000R (2017) Guna Teknologi MotoGP dan Sentuhan Juara Superbike
Roda2

Suzuki GSX-R1000R (2017) Guna Teknologi MotoGP dan Sentuhan Juara Superbike

Abang HirataBy Abang Hirata12/02/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KILANG motosikal Suzuki Assemblers di Prai, Pulau Pinang sudah pun ditutup pada bulan Ogos 2016. Serentak itu tiada lagi operasi motosikal kecil buatan Suzuki di Malaysia. Mungkin ada yang bersedih kerana Suzuki bukan calang-calang jenama tetapi apakan daya, faktor persaingan dan jualan menyebabkan kilang itu ditutup. Ada juga khabar mengatakan Suzuki akan menumpukan pada pengeluaran motosikal berkuasa tinggi pula selepas ini.

BACA >>> 10 Motosikal Legenda Suzuki di Malaysia Dalam Kenangan

Namun, di dunia luar seperti tiada apa-apa yang berlaku. Terkini, Suzuki baru saja mengumumkan harga superbike ‘hot’, GSX-R1000R di Britain yang berharga £16,099 atau RM88,838.

TEKNOLOGI MOTOGP

Suzuki GSX-R1000R 2017.01
SUZUKI GSX-R1000R (2017)

Suzuki GSX-R1000R bukan calang-calang superbike kerana ia dibekalkan enjin baharu dengan teknologi yang diambil terus daripada jentera MotoGP GSX-RR. Paling menarik, penggunaan sistem pemasaan injap pintar (SR-VVT) yang pertama kali digunakan untuk segmen motor sukan (sportsbike sebenarnya). Output kuasa GSX-R1000R ialah 202hp pada 13,200rpm (okay, lagi berkuasa dari kereta abang) dengan tujahan 117.6Nm pada 10,800rpm.

DIBANGUNKAN JOHN REYNOLDS – JUARA 3 KALI SUPERBIKE BRITAIN

GSX-R1000R dibangunkan oleh pelumba dan juara tiga kali perlumbaan Superbike Britain, John Reynolds yang pastinya menambah lagi DNA lumba superbike itu. GSX-R1000R dilengkapi sistem pengesan inersia (gerakan) dengan 10-mod kawalan cengkaman, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) selekoh, kawalan mula (launch control), tukaran gear pantas dua arah (bi-directional quickshift) dan blip-auto (pendikit akan dibuka secara automatik apabila gear rendah dimasukkan).

Suspensi depan dan belakang menggunakan jenama terkenal Showa Balance Free untuk pengendalian tunggangan yang meyakinkan.

SUZUKI GSX-R1000 – ENJIN SAMA, HARGA LEBIH RENDAH

Suzuki GSX-R1000 2017.04
SUZUKI GSX-R1000 (2017)

Selain mengumumkan harga GSX-R1000R, Suzuki turut berkongsi harga GSX-R1000 yang menggunakan enjin sama seperti GSX-R1000R berkuasa 202hp dan dilengkapi kerangka serta lengan ayun baharu. Dipasarkan pada harga £13,249 (RM73,015), motosikal berkuasa tinggi itu turut dilengkapi 10-mod kawalan cengkaman dan sistem ABS yang mengawal tayar belakang semasa pembrekan kuat. Suspensi depan turut menggunakan jenama Showa dari model Big Piston.

Pengurus Pemasaran Suzuki Britain, Rob Cooper berkata, jangkaan memang tinggi untuk GSX-R1000R dan GSX-R1000, Suzuki berbesar hati dapat memasarkan kedua-dua model ini pada harga yang kompetitif. Suzuki GSX-R1000R direka dan dibangunkan dari kosong serta dilengkapi pakej elektronik lengkap seterusnya menambah baik prestasi model baharu ini.

“Kami juga gembira dapat mengumumkan model GSX-R1000 yang menggunakan enjin sama seperti GSX-R1000R tetapi pada harga yang lebih rendah. Falsafah jenama Suzuki ialah memberikan produk yang ada nilai untuk wang. Boleh dikatakan kedua-dua model baharu ini antara paling mampu milik di pasaran,” katanya.

Suzuki GSX-R1000 2017.03

Dengan tamatnya operasi motosikal Suzuki di Malaysia, apakah masih ada harapan superbike ini dipasarkan di sini? Operasi Suzuki di Malaysia sudah menjadi lipatan sejarah tetapi peminat Suzuki mungkin sedia untuk membuka lipatan itu kembali.

Auto Terkini John Reynolds Kilang Suzuki Prai MotoGP roda2 sportsbike superbike Suzuki Suzuki Suzuki GSX-R1000R (2017)
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.