Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Suzuki Fronx Hybrid 2025 Lancar di Malaysia, SUV Subkompak 5-Bintang Asean NCAP, Harga RM147.8k
Roda4

Suzuki Fronx Hybrid 2025 Lancar di Malaysia, SUV Subkompak 5-Bintang Asean NCAP, Harga RM147.8k

Han OthmanBy Han Othman19/11/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Suzuki Fronx Hybrid 2025 lancar di Malaysia

WAKIL pengedar kenderaan Suzuki di Malaysia, Naza Eastern Motors Sdn Bhd hari ini rasmi memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak, Suzuki Fronx Hybrid serba baharu yang menyasarkan pemandu muda, urban dan bergaya dengan gabungan rekabentuk atletik, keselamatan 5-bintang dan teknologi moden dalam satu pakej.

SUV itu menjadi bukti komitmen Suzuki untuk kembali lebih agresif dalam pasaran Malaysia yang semakin matang, terutama dalam segmen SUV kompak yang kini sangat kompetitif.

Suzuki Fronx Hybrid 2025 lancar di Malaysia
Suzuki Fronx Hybrid 2025 lancar di Malaysia

Rekabentuk: SUV Subkompak Gaya Besar

Suzuki Fronx Hybrid dibina atas platform ringan generasi baharu Suzuki, dengan kombinasi SUV profil rendah (stance) dan coupe siluet yang menjadikan model  itu lain daripada pesaing dalam segmen sama.

Antara sorotan rekabentuk:

  • Gril depan krom yang garang
  • Lampu LED multi-reflektor dan lampu siang (DRL) berserta lampu signal belok
  • Lampu belakang LED mendatar
  • Plat skid depan dan belakang
  • Gerbang roda tebal dan rel bumbung
  • Rim 16 inci
  • Pilihan warna dwi-tona

Suzuki Fronx Hybrid memiliki dimensi panjang 3,995mm, lebar 1,765mm, dan tinggi 1,550mm, manakala jarak roda 2,520mm.

Walaupun kompak, bahu badan maskular dan garis bumbung coupé memberi aura premium dan moden walapun kompak, tetapi bukan gaya biasa.

Kabin: Moden, Senyap dan Fokus Pemandu

Ruang dalaman Suzuki Fronx Hybrid menampilkan rekabentuk ringkas moden, yang menumpukan kepada keselesaan dan keterhubungan. Antara ciri utama dalaman SUV segmen-B itu adalah:

  • Unit infotainmen definisi tinggi (HD) 9 inci
  • Konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto
  • Paparan dongak (HUD)
  • Kamera  pandang keliling 360°
  • Stereng kulit dengan fungsi kawalan penuh
  • Pengecas wayarles
  • Tahap kesenyapan (NVH) kabin  (senyap seperti model premium)
  • Kerusi kontur tiga dimensi (3D) kontur dengan kemasan dwi-tona
  • Kapasiti but 308 liter dengan kerusi belakang boleh lipat 60:40
  • Ada tujuh ruang simpanan

Teknologi, Keselamatan: 5-Bintang Asean NCAP

Suzuki Fronx Hybrid hadir dengan pakej keselamatan menyeluruh, seperti:

  • 6 beg udara
  • Sisterm Brek Anti-Kunci (ABS), dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA)
  • Program Stabiliti Elektronik (ESP)
  • Kawalan Pegun Bukit (HHC)
  • Sokongan Brek Dwi-Sensor (DSBS) II
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Pemantau Titik Buta (BSM)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Bantuan Tukar Lorong (LCA), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Bantuan Lampu Suluh Tinggi (HBA)

Binaan casis berasaskan struktur badan TECT membolehkan model itu mencapai rating 5-bintang Asean NCAP, sebagai antara SUV kompak paling selamat di Malaysia.

Enjin Hybrid: Jimat, Responsif dan Pergi Lebih Jauh

Suzuki Fronx Hybrid 2025 lancar di Malaysia

Suzuki Fronx Hybrid dijana enjin hibrid 4-silinder 1.5L K15C dengan spesifikasi berikut:

  • Output kuasa 103ps @ 6,000rpm, dan tork 138Nm @ 4,400rpm
  • Transmisi automatik 6-kelajuan (6AT) dengan pedal syif
  • Bateri lithim-ion 12V-10Ah
  • Kapasiti tangki petrol 37 liter
  • Setangki mampu dipandu lebih 700km (ujian WLTP)

Sistem suspensi MacPherson di depan, dan torsion beam di belakang, manakala sistem brek jenis cakera ventilasi di depan bagi memastikan pengendalian stabil sama ada dalam pemanduan bandar atau lebuh raya.

Harga,  Waranti

Suzuki Fronx Hybrid dijual pada harga atas jalan, tanpa insurans RM147,888 dan dipakejkan waranti:

  • Waranti kenderaan 3 tahun / 100,000km
  • Waranti bateri 5 tahun / 100,000km

Suzuki Fronx Hybrid turut menawarkan harga pembeli awal hingga 31 Disember 2025.

  • Rebat RM4,000 ATAU pakej aksesori Suzuki (rak bumbung, raga bumbung, visor pintu)

Pengalaman Penuh di Pameran Jelajah Gaya Hidup Suzuki

Suzuki Fronx Hybrid 2025 lancar di Malaysia

Suzuki Fronx Hybrid akan dipamerkan sepanjang 19 – 23 November 2025 di Piazza, Pavilion Bukit Jalil.
Selain sesi pandu uji, pengunjung boleh menikmati:

  • Aktiviti gaya hidup
  • Paparan aksesori rasmi
  • Pilihan kenderaan terpakai
  • Kolaborasi eksklusif Ducati, GoPro, Eyez Optometry, Polaroid Eyewear dan Monster Energy


Suzuki Fronx Hybrid ialah SUV kompak lengkap dengan ciri bergaya, jimat, selamat dan canggih. Pada harga kompetitif dan rating keselamatan tertinggi, model itu mampu menjadi penanda aras baharu untuk segmen tersebut.

Kepada mereka yang mahukan SUV ‘kecil-kecil cili padi’, Suzuki Fronx Hybrid memang patut masuk senarai pendek anda.

Suzuki Fronx Hybrid 2025 lancar di Malaysia
Suzuki Fronx Hybrid 2025 lancar di Malaysia
Suzuki Fronx Hybrid 2025 lancar di Malaysia
Suzuki Fronx Hybrid 2025 lancar di Malaysia
Suzuki Fronx Hybrid 2025 lancar di Malaysia
Suzuki Fronx Hybrid 2025 lancar di Malaysia
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Naza Eastern Motors Sdn Bhd SUV SUV Hibrid SUV kompak SUV segmen-B SUV Segmen-C SUV subkompak Suzuki Fronx Hybrid Suzuki Fronx Hybrid 2025
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Kia Seltos 2026
Roda4

Kia Seltos 2026 Serba Baharu Umum Harga di India, Bermula RM47k

13/02/2026
Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Sasar 60,000 Unit, Lancar Enam Model Baharu Tahun 2026

By Shazwan Hisam11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.