Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Suzuki Bakal Menggegar! Inilah ‘Game Plan’ Suzuki Malaysia untuk Pasaran Tempatan
Auto Terkini

Suzuki Bakal Menggegar! Inilah ‘Game Plan’ Suzuki Malaysia untuk Pasaran Tempatan

ShawkathBy Shawkath25/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


SUZUKI sudah kembali ke pasaran Malaysia selepas agak lama ‘menghilangkan diri’. Kini, jenama itu dikendalikan syarikat baharu, dipanggil Suzuki Malaysia Sdn Bhd (Suzuki Malaysia). Ada bertanya, mampukah jenama Jepun itu kembali berpaut dalam hati pengguna tempatan?

Sebagai permulaan, Suzuki Malaysia sudah melancarkan enam model dalam kelas sederhana dan kapasiti enjin besar. Semua model itu diimport dari Jepun dan boleh didapati di pihak pengedar seluruh negara.

Jom kita kaji apakah game plan (strategi) Suzuki Malaysia untuk pasaran tempatan:

BACA >>> Kawasaki Motors Malaysia (KMM) Beri Bayangan Suzuki Akan Muncul Semula
BACA >>> Kawasaki Hentikan Jualan di Malaysia, Tunggu JV Rasmi dengan Modenas?

Siapa Suzuki Malaysia?

  • Suzuki Malaysia mengambil alih bisnes daripada Suzuki Assemblers Malaysia. Wakil pengedar baharu itu kini menjadi pihak eksklusif selaku pengimport tunggal, pengedar dan pemasang motosikal Suzuki, ATV, alat ganti dan aksesori di Malaysia.
  • Syarikat itu diterajui Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Ahmad Faez Yahaya dan diketuai Datuk Jeffrey Lim selaku Pengarah dan Pengurus Besar Suzuki Malaysia.
  • Mereka dengan pasukan yang dibentuk memiliki pengalaman lebih 33 tahun dalam industri motosikal Malaysia. Masih ingat kekuatan Kawasaki Malaysia?

Misi Suzuki Malaysia?

  • Suzuki Malaysia berhasrat mahu membawa era baharu untuk jenama Suzuki di Malaysia dan menjadi pemain utama dalam industri motosikal tempatan.

Datuk Jeffrey Lim berkata;

Ini permulaan menarik bagi Suzuki. Kami bukan hanya kembali, tetapi bawa bersama komitmen lebih besar. Bukan sekadar menawarkan model motosikal terkini dan termaju Suzuki, tetapi juga meningkatkan pengalaman pemilikan dan tunggangan ke tahap lebih tinggi.

“Kami sedar ramai peminat Suzuki tidak sabar menanti pelancaran model baharu. Suzuki Malaysia ada rancangan memperkenalkan barisan produk lebih awal, tetapi pandemik Covid-19 semasa membataskan hasrat kami.

“Sebagai permulaan, kami melancar enam model terbaharu Suzuki dan ada lebih 70 pihak pengedar berpengalaman dan rangkaian khidmat selepas jualan.”

Apa Pula Strategi Produk dan Edaran?

Suzuki Malaysia bakal membuka  tiga kategori pegedar untuk pasaran Malaysia. Sebagai permulaan, syarikat akan memulakan bisnes menjual model import (CBU), dan ada model lain akan ditambah kelak.

1. Suzuki Big Bike World 
  • Ini ialah Kedai Konsep Eksklusif Suzuki (Suzuki Exclusive Concept Shop) dan pengedar bawah kategori ini ada bilik pameran penuh yang mempamerkan barisan lengkap model Suzuki.
  • Pengedar berstatus elit ini memiliki pengalaman luas dan menawarkan khidmat pelanggan cemerlang, barisan jualan cekap dan tahu semua aspek motosikal yang ditawarkan kepada pelanggan.
2. Suzuki Station Plus 
  • Kategori pengedar ini pula terletak di kawasan strategik seluruh negara dan memiliki pengetahuan setiap produk untuk membantu pelanggan memilih model paling sesuai mengikut kelayakan dan bajet.
  • Suzuki Station Plus akan menjual model motosikal hingga kelas 800cc. Bagaimanapun, tetapan kategori enjin tertakluk perubahan.
3. Suzuki Station 
  • Pengedar dalam kategori ini pula memiliki rangkaian lebih meluas bagi memenuhi keperluan pasaran massa. Kumpulan pengedar ini akan menumpukan kepada pelanggan yang mencari motosikal jenis ekonomi untuk kegunaan harian.
  • Suzuki Station akan menawarkan model motosikal membabitkan kategori hingga 250cc.

Apa Cerita Khidmat Selepas Jualan?

Ada dua kategori disediakan untuk pemilik motosikal Suzuki untuk perkhidmatan selepas jualan. Selain menjalankan servis penyelenggaran motosikal, mereka juga menguruskan soal tuntutan waranti dan produk baharu.

Soal alat ganti dan stokis juga akan dititikberatkan dengan fokus komponen tulen, tetapi bernilai untuk wang pelanggan. 

1. Pusat Servis Eksklusif Suzuki (Suzuki Exclusive Service Centre) 
  • Berfungsi menawarkan servis penuh perkhidmatan selepas jualan untuk semua model Suzuki.
  • Menggunakan khidmat juruteknik dan mekanik berpengalaman dan terlatih.
  • Fasiliti lengkap dengan semua jenis peralatan diperlukan.
1. Suzuki Service Corner 
  • Sama seperti Suzuki Exclusive Service Centres, tetapi pada skala lebih kecil.
  • Sasarannya, memastikan pelanggan mendapat akses servis lebih mudah.
  • Bengkel dikendalikan petugas mahir dan pengalaman.

Mana Ibu Pejabat Suzuki Malaysia?

  • Suzuki Malaysia terletak di Hicom Glenmarie Industrial Park di Shah Alam, Selangor, iaitu lokasi sama dengan Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd.

Jika melihat pada strategi, Suzuki Malaysia memiliki hasrat untuk menawarkan produk CBU dan menghasilkan produk pemasangan tempatan (CKD). Petanda ini dapat dilihat pada Suzuki Station yang akan menawarkan motosikal ekonomi hingga 250cc.

Jadi, memang ada kemungkinan Belang Fi dihasilkan semula? Lagipun, foto acah pun sudah lama dikeluarkan kan?

BACA >>> Suzuki Malaysia Siar Satu Lagi Foto Acah, Belang R150 Akan Kembali?
BACA >>> Kapcai Suzuki Muncul Semula, Kawasaki Jadi Pengedar di Malaysia?
BACA >>> CEO Modenas: Model Kawasaki-Modenas untuk Bawah 700cc Sahaja, Bajaj Kekal

Kawasaki-Suzuki Malaysia Kilang Suzuki Malaysia motosikal Suzuki Suzuki Malaysia Suzuki Malaysia Sdn Bhd
Shawkath

Artikel Berkaitan

QJMotor SRK450RR dan QJMotor SRK250RD
Roda2

QJMotor SRK450RR, SRK250RD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM21,888

16/01/2026
Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
View 1 Comment

1 Comment

  1. Jan on 27/08/2021 21:06

    motor2 besar suzuki dah biasa tengok, kita nak motor legend macam belang, ataupun suzuki van van

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.