JIKA dibuat pemerhatian, ada senario menarik untuk dikaji mengenai kereta lama di pasaran atau penghujung kitaran jualan.

Cuba lihat jualan Perodua Alza yang masih bagus atau Proton Saga dan Wira yang sudah bertahun lama dijual. Sedangkan ketika itu ada kenderaan pelbagai guna (MPV) lain lebih baharu berbanding Alza, manakala Proton sudah ada Gen2 dengan teknologi keselamatan lebih baik.

BACA >>> Kia Dedah Foto Awal Carnival Generasi Keempat dengan Gaya Lebih Kontemporari

Di Amerika Syarikat (AS), senario sama berlaku pada model kenderaan utiliti sukan (SUV) seperti Kia Sorento dan Sportage. Jualan Kia di sana pada Julai lalu ialah 52,749 unit yang juga menjadi prestasi runcit terbaik untuk Julai sepanjang sejarah pengeluar itu.

Model paling laris? Sorento (8,008 unit) dan Sportage (7,945 unit). Ini bukan Sorento serba baharu yang belum masuk pasaran, dan Sportage pula berada di sana sejak 2016 sebagai model 2017. Jualan Seltos yang baru di pasaran pula sebanyak 4,504 unit, manakala Telluride juga mencatatkan prestasi bagus dengan jualan 4,822 unit.

Perhatikan angka jualan Januari-Julai 2020 di bawah:

  • Sportage – 47,563
  • Sorento – 45,804
  • Telluride – 30,198
  • Seltos – 18,582

Ini menunjukkan Sportage adalah SUV Kia paling digemari pembeli AS walaupun sudah berusia berdasarkan kitaran hayat sesebuah model.

Jualan sedan pula tetap bagus berdasarkan prestasi jualan Januari-Julai 2020 seperti berikut:

  • Forte – 46,854
  • Optima – 43,774
  • Stinger – 7,778
  • K5 (model baharu) – 1,268

SUV adalah segmen kenderaan Kia paling digemari pembeli AS yang seiring populariti segmen itu sendiri. Namun segmen sedan kekal unggul seperti ditunjukkan angka jualan Forte dan Optima yang hampir dengan Sportage dan Sorento.

Berikut perbandingan jualan kenderaan Kia di AS antara Julai 2020 dan Julai 2019; dan Januari-Julai 2020 dan Januari-Julai 2019:

 JULAI JANUARI – JULAI
Model 2020 2019 2020 2019
Rio 2,056 2,266 13,803 14,712
Forte 7,410 9,172 46,854 57,585
Optima 4,949 8,732 43,774 59,201
Cadenza 100 75 770 838
Stinger 1,427 1,092 7,778 8,013
K5 1,268 N/A 1,268 N/A
K900 25 31 150 240
Soul 7,622 7,358 41,663 62,941
Niro 1,307 1,935 9,559 13,877
Seltos 4,504 N/A 18,582 N/A
Sportage 7,945 8,573 47,563 48,648
Sorento 8,008 8,256 45,804 55,274
Telluride 4,822 4,559 30,198 27,786
Sedona 1,036 1,356 8,050 9,134
Jumlah 52,479 53,405 315,816 358,249
Leave A Reply

Exit mobile version