
UMW Toyota Motor (UMWT) terus memperluas penawaran kenderaan elektrik (EV) menerusi pelancaran Toyota Urban Cruiser iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak elektrik penuh (BEV) dalam segmen-B.
Model itu dibangunkan sebagai pilihan mobiliti moden yang menggabungkan rekabentuk urban, teknologi canggih dan praktikaliti harian, selari strategi Multi-Pathway Toyota.
Toyota Urban Cruiser 2026 ditawarkan pada harga RM197,480, dengan harga atas jalan (OTR) tanpa insurans bermula RM198,000 bagi pembeli individu persendirian, manakala pembelian atas nama syarikat, RM198,200.
Harga itu merangkumi caj asas seperti pemeriksaan Puspakom (RM50), cukai jalan setahun (RM120), yuran pendaftaran dan fi pengesahan (endorsement) pemilikan.
Rekaan Moden ‘Urban Tech‘
Toyota Urban Cruiser menampilkan bahasa rekabentuk ‘Urban Tech’ dengan elemen futuristik dan dinamik.
Ciri luaran:
- Rekabentuk ikan yu tukut (hammerhead) yang menjadi signatur Toyota
- Lampu LED penuh depan dan belakang
- Bar lampu belakang penuh lebar
- Rim aloi 18 inci (225/55 R18)
- Rekabentuk aerodinamik untuk kecekapan tenaga
- Dimensi panjang 4,285mm, lebar 1,800mm dan tinggi 1,635m, manakala jarak roda 2,700mm
Saiz kompak itu sesuai untuk penggunaan bandar, tetapi masih menawarkan ruang dalaman luas.
Dalaman Premium, Praktikal
Kabin Toyota Urban Cruiser direka dengan gabungan rasa premium dan praktikal. Antara ciri utama ialah:
- Panel dwi-skrin kluster instrumen 10.25 inci, dan unit infotainmen 10.1 inci
- Apple CarPlay dan Android Auto
- Sistem audio JBL premium
- Lampu ambien pilihan 12 warna, tujuh tetapan
- Pengecas wayarles dan port USB
Fleksibiliti:
- Kerusi belakang boleh laras (gelongsor)
- Konfigurasi tempat duduk 40:20:40
- Ruang but 238 liter – 562 liter
Tambahan:

- Bumbung kaca panoramik
- Kabin warna premium dwi-tona
Prestasi, Jarak Pemanduan

Toyota Urban Cruiser menggunakan sistem gandar elektronik eAxle kompak untuk kecekapan maksimum.
Spesifikasi:
- Output kuasa 128kW (174ps), dan tork 193Nm
- Bateri litium-besi-fosfat (LFP) 61.1kWj
- Jarak pemanduan sehingga 426km
- Pengecasan DC 15 – 80 peratus mengambil masa 50 minit
- Pengecasan AC (7kW) mengambil masa 9.5 jam
- Mod pemanduan: ECO, NORMAL, dan SPORT
- Ciri mop pandu 1-Pedal
- Mod Salji (Snow) untuk jalan licin
Pengendalian, Keselesaan
Platform khas EV memberikan pemanduan lebih stabil dan selesa menerusi:
- Suspensi MacPherson (depan), dan multi-link (belakang)
- Radius pusingan 5.2 meter (senang diparkir dalam)
- Sistem brek cakera ventilasi dan Brek Parkir Elektronik (EPB)
Keselamatan, ADAS

Toyota Urban Cruiser dilengkapi sistem keselamatan aktif lengkap dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) seperti:
- Brek Kecemasan Autonomi (AEB)
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
- Bantuan Kekal Lorong (LKA)
- Monitor Titik Buta (BSM)
- Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
- Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHB)
Tambahan:
- Kamera 360º (paparan 3D)
- 7 beg udara
- Struktur badan serap hentakan
Waranti, Sokongan
UMWT turut menawarkan sokongan selepas jualan menyeluruh seperti:
- Waranti kenderaan lima [5] tahun tanpa had perbatuan
- Waranti bateri lapan [8] tahun tanpa had perbatuan


















































