Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»SsangYong Rexton Baharu Rentas Laluan Sutera, dari Korea Selatan ke Jerman!
Roda4

SsangYong Rexton Baharu Rentas Laluan Sutera, dari Korea Selatan ke Jerman!

Abang HirataBy Abang Hirata21/09/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


JENAMA SsangYong pernah popular di pasaran Malaysia suatu masa dahulu sebelum perlahan-lahan menyepi kini, dan antara model paling popular ialah Rexton, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) 4×4 yang besar dan gagah perkasa. Jangan tidak tahu, SsangYong hari ini adalah milik konglomerat automotif dari India, Mahindra & Mahindra dengan pegangan saham 73 peratus.

Beberapa bulan lalu, SsangYong melancarkan Rexton generasi ke-4. Bagi membuktikan keampuhan SUV tersebut, lima unit Rexton dipandu dalam ekspedisi jarak jauh yang bermula dari kilang SsangYong di Pyeongtaek, Korea Selatan hingga menamatkan cabaran di Pameran Motor Frankfurt (IAA) 2017, Jerman.

Menarik tentang ekspedisi tersebut, laluan yang dipilih adalah merentasi Beijing dan Laluan Sutera (Silk Road) dengan jarak perjalanan sejauh 13,000km dan masa perjalanan selama 50 hari!

BACA >>> 7 Fakta Positif Ini Mungkin Buat Anda Tidak Risau Jika Proton Milik Asing?

CABARAN CUACA EKSTREM

Laluan Rexton Trans Eurasia sengaja dipilih bagi menguji kemampuan model baharu itu berdepan cuaca ekstrem, termasuk cabaran merentasi 10 negara seperti China, Kazakhstan dan Rusia sebelum tiba di Oxfordshire untuk acara berkuda SsangYong Blenheim Palace International Horse Trials.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SsangYong Motor, Johng-sik Choi yang berada di Blenheim Palace bagi menyambut ketibaan peserta konvoi berkata;

“Rexton generasi ke-4 baharu ini ialah langkah jauh SsangYong. Jelajah Trans Eurasia memberi peluang menguji Rexton pada tahap tinggi dan cara hebat untuk melancarkan Rexton di Eropah. Ia cabaran besar untuk Rexton dan pemandu, serta menjadi medan terbaik untuk menguji prestasi dan ketahanan SUV tersebut.”

SsangYong Rexton generasi ke-4 akan dilancarkan secara rasmi di Britain, bulan depan. SUV 4×4 tulen itu digerakkan enjin 2.2L diesel turbo berkuasa 178hp dan tork maksimum 420Nm bersama paduan transmisi manual 6-kelajuan manual atau automatik 7-kelajuan Mercedes-Benz. Daya tunda Rexton adalah sekuat 3.5 tan.

Di Britain, Rexton dipasarkan pada harga permulaan £27,500 (RM155,797). Hmm, harga yang memang berpatutan untuk sebuah 4×4 tahan lasak yang tulen.

GALERI

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Korea Selatan SsangYong SsangYong Rexton SUV
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
New Kia Carnival 2026
Roda4

Kia Carnival 2026 Baharu Rasmi Lancar di Malaysia, CKD dari Kulim, Harga Mula RM188,888

16/01/2026
View 1 Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.