SELEPAS baru saja memperkenalkan skuter elektrik (EV) Honda CUV e: untuk Eropah pada November lalu,  Honda kini melangkah ke India dengan memperkenalkan bukan satu, tetapi dua skuter EV, iaitu Honda Activa e: dan QC1.

Bukan salinan 100 peratus, ketiga-tiga model itu tampil dengan rekabentuk tersendiri. Honda CUV e: dan Activa e: menggunakan bateri boleh ganti Honda Mobile Power Pack e:, manakala Honda QC1 dipasangkan bateri kekal.

Nampaknya sasaran Honda melancarkan 30 model elektrik menjelang 2030 dipegang kukuh. Activa e: (foto kiri) dan QC1 ialah model ke-12 dan ke-13.

Sebelum Eropah, Honda terlebih dahulu memperkenalkan skuter EV CUV e: dan CON e: di Indonesia pada Oktober lalu, termasuk merancang pengeluaran di sana. Selain Indonesia, kedua-dua skuter terbaharu ini akan dikeluarkan di India.

Lebih awal, iaitu pada 2023, Honda memperkenalkan EM1 e: di Eropah dan Indonesia (foto atas).

Honda Power Pack Energy India Private Limited (HEID) bertanggungjawab terhadap operasi khidmat perkongsian bateri Honda e:Swap di bandar utama di India seperti Bengaluru dan Wilayah Ibu Kota Nasional Delhi yang sudahpun dilancarkan dan seterusnya di Mumbai pada 2025.

Honda Activa e:

  • Model baharu dibangunkan berasaskan badan dan frem Activa, iaitu model Honda terlaris dunia dan India dengan jualan sekitar 2.5 juta unit setahun.
  • Setara model enjin pembakaran dalaman (ICE) 110cc.
  • Dua unit bateri boleh ganti Honda Mobile Power Pack e:.
  • Dilengkapi motor sisi roda (wheel side) 4.2kW, maksimum 6.0kW.
  • Jarak tunggangan 102km.
  • Ada tiga mod tunggang: STANDARD, SPORT dan ECON.
  • Pilihan khidmat konektiviti telefon pintar Honda RoadSync Duo.
  • Mula dijual di tiga bandar utama: Bengaluru, Wilayah Ibu Kota Nasional Delhi dan Mumbai menjelang musim luruh 2025 (Mac-Mei).

Honda QC1

  • Sesuai untuk jarak pemanduan harian yang singkat seperti sekolah dan sebagainya.
  • Pilihan buat pelanggan yang mementingkan kecekapan ekonomi.
  • Bateri jenis kekal 1.5kWj dengan ketumpatan tenaga tinggi dan jangka hayat kitaran panjang.
  • Boleh dicas di rumah menggunakan pengecas khas.
  • Motor dalam roda (in-wheel) 1.2kW, maksimum 1.8kW.
  • Jarak tunggangan hingga 80km.
  • Tiada brek cakera depan seperti Activa e:
  • Panel meter LCD 5 inci.
  • Apa port pengecas USB Type-C.
  • Ruang simpanan bawah pelana boleh memuatkan helmet dan barangan kecil.
  • Bakal dilancar khas untuk pasaran India menjelang musim luruh 2025.
Leave A Reply

Exit mobile version