Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
Auto Terkini

Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize24/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

ANAK syarikat Sharkgulf Technologies Group dan pembekal skuter elektrik pintar, Blueshark melancarkan skuter siri R Blueshark, iaitu R1 (RM9,390) dan R1 Lite (RM7,190) untuk pasaran Malaysia.

Blueshark R1 membawakan teknologi bateri yang siap dipaten dengan ciri perintis dan pelbagai pilihan pemilikan untuk menganjak paradigma kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

BACA >>> Skuter EV Yadea Voltguard VC181 E (2023) Lancar di Vietnam, 80kmj, 189Nm, Harga RM5.6k
BACA >>> Skuter EV dari Sepanyol, Silence S01+ Diperkenal di UK, Harga RM36k

Ketua Pegawai Operasi (COO) Kumpulan (ASEAN) Blueshark Ecosystem Sdn Bhd, Jin Chan berkata, visi syarikat adalah mengubah kehidupan orang ramai dengan mengubah kaedah pengangkutan sedia ada sambil memelihara kesihatan planet Bumi dan menggalakkan mobiliti urban hijau.

Menerui Blueshark R1, penunggang dapat menikmati jarak tunggangan sejauh 110km selepas dicas penuh (NEDC) dengan kelajuan maksimum 80kmj, manakala tork maksimum 201Nm.

Skuter itu dikuasakan motor magnet tetap elektrik 5000W berkelajuan tinggi selain dua pek bateri litium-besi fosfat (LFP) yang boleh tukar segera di mana-mana stesen tukar bateri Blueshark (BlueStation) atau dicas penuh dalam tempoh 3.5 jam.

Ada lima mod tunggang disediakan seperti Walk Assist Mode (WAM) dan mod Turbo. Malah, Blueshark R1 juga dilengkapi sistem operasi (OS) pintar ArkRide dengan sambungan Bluetooth, navigasi (GPS), pemain media, kemas kini atas talian (OTA), perakam tunggangan dan lain-lain yang dipaparkan pada skrin definisi tinggi (HD) IPS berwarna 10.4 inci.

Logo Petronas

Menerusi Program Rintis Blueshark, seramai 50 penunggang khidmat penghantaran barangan/makanan dipilih untuk membawa pulang dan menunggang uji sendiri skuter elektrik tersebut selama sebulan di jalan raya Malaysia. Ini termasuk menguji rangkaian stesen Blueshark BlueStation (stesen tukar bateri) yang terletak di stesen Petronas terpilih.

Program itu berhasrat mendedahkan kebolehlaksanaan platform elektrik Blueshark bagi kaedah pengangkutan singkat dan ekosistem serta memperkasa pelbagai jenis organisasi untuk mencapai matlamat rendah karbon masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) (ASEAN), Blueshark Ecosystem Sdn Bhd, Jeff Chong berkata;

Blueshark akan meletakkan teknologi, kemudahan dan estetika EV yang terunggul dalam capaian seluruh lapisan masyarakat, sambil menyelamatkan planet ini.

“Dan pastinya, menunjangi semua ini ialah skuter elektrik pintar R1 di samping BlueStations kami, yang dirumus untuk mengatasi isu waktu pengecasan yang membelenggu kenderaan elektrik, yakni dengan solusi penukaran bateri kami.” 

Menurutnya, skuter elektrik pintar siri R Blueshark adalah antara banyak produk yang bakal diperkenalkan bagi mencetus impak besar terhadap landskap mobiliti urban dalam dan luar Malaysia.

Bagi menaik taraf aksesibiliti ke atas mobiliti urban hijau buat seluruh rakyat Malaysia, skuter elektrik Blueshark R1 akan ditawarkan bersama pelbagai opsyen pemilikan seperti pembelian terus, pakej langganan menarik, dan pek bateri boleh tukar.

Harga dan Pelan Langganan Skuter Siri R Blueshark

Pakej Pembelian (kenderaan sahaja, harga atas jalan, tanpa insurans dan dengan pengecualian SST)

  • Blueshark R1 – RM9,390
  • Blueshark R1 Lite – RM7,190

* Harga termasuk satu pengecas, dua sangga pengecas, satu kunci Bluetooth. Bayaran tambahan RM79 sebulan untuk sewa dua pek bateri.

Pakej Sewaan Korporat (Kenderaan dan Bateri)

Harga atas jalan dengan pengecualian SST, termasuk penyenggaraan berjadual dan penggantian bahagian haus dan lusuh (wear-and-tear).

  • Blueshark R1 – RM547 sebulan
  • Blueshark R1 Lite – RM487 sebulan

* Termasuk dua bateri, satu kunci Bluetooth dan kad Sim Kit pengecasan rumah, opsyen dengan deposit dipulangkan RM250. Pelanggan perlu memilih pelan langganan bateri BlueSwap untuk melengkapkan sewa skuter siri R.

Pelan Langganan Bateri BlueSwap

  • BlueSwap Lite – RM59/bulan (36 kali tukar bateri)
  • BlueSwap Standard – RM99/bulan (70 kali tukar bateri)
  • BlueSwap Pro – RM139/bulan (120 kali tukar bateri)
  • BlueSwap Flex – RM1.95 (bayaran ikut pertukaran)

BACA >>> Skuter EV Yadea Voltguard VC181 E (2023) Lancar di Vietnam, 80kmj, 189Nm, Harga RM5.6k
BACA >>> Skuter EV dari Sepanyol, Silence S01+ Diperkenal di UK, Harga RM36k

Blueshark r1 Blueshark R1 Lite EV ev skuter r1 lite roda2 Sharkgulf Technologies Group skuter elektrik
Sharil Tarmize

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Honda X-ADV 2026
Roda2

Honda X-ADV 2026 Dapat Warna Baharu, Kini Lebih Mesra Alam

03/03/2026
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES
Roda2

BSH Beri ‘Nafas’ Baharu Buat Honda Africa Twin, Harga RM99,888

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.