Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Tentang Sistem Brek Automatik yang Perlu Anda Tahu
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Sistem Brek Automatik yang Perlu Anda Tahu

Han OthmanBy Han Othman15/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA sebelum ini anda mungkin hanya tahu mengenai Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), teknologi kenderaan masa kini sudah sedia memiliki satu lagi sistem ‘ABS’, iaitu Sistem Brek Automatik atau Automatic Braking System yang berfungsi mengaktifkan brek sebaik sahaja mengesan sebarang objek yang dijangka mampu menyebabkan perlanggaran.

BACA >>> Lompatan Kanggaru Kelirukan Kereta Prototaip Pandu Sendiri Volvo

Mahu tahu lebih lanjut? Mari baca maklumat lengkap mengenai ABS nombor dua ini:

APAKAH ITU SISTEM BREK AUTOMATIK?

kawalan-jelajah-adaptif
Kawalan Jelajah Adaptif

Sistem Brek Automatik ialah bahagian penting dalam teknologi keselamatan automobil, iaitu sistem termaju yang direka khas sama ada untuk menghalang kemungkinan perlanggaran atau mengurangkan kelajuan kenderaan bergerak yang berisiko terbabit kemalangan.

Sistem ini menggabungkan sensor seperti radar, video, inframerah atau ultrasonik untuk mengesan kehadiran objek di hadapan kenderaan. Selepas satu-satu kawasan itu diimbas, sistem akan mengawal brek untuk menghalang perlanggaran jika ada sebarang objek dikesan.

BACA >>> Tentang Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Yang Perlu Anda Tahu

Pembrekan automatik adalah salah satu daripada banyak ciri keselamatan kereta dan kerap diintegrasikan dengan teknologi lain seperti Sistem Pra-Perlanggaran (Pre-Collision) dan Kawalan Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control).

BAGAIMANA IA BEKERJA?

kawalan-jelajah-adaptif-2

Walaupun setiap pengeluar kereta mempunyai teknologi sistem brek automatik tersendiri, tetapi majoriti menggunakan input sensor sebagai pusat permulaan.

Bergantung kepada pengeluar, sistem akan menggunakan sensor seperti laser, radar atau data video untuk mengenal pasti sebarang kehadiran objek di hadapan kenderaan. Contohnya, sistem akan memantau lalu lintas di hadapan kereta dan mula menilai kemungkinan perlanggaran. Apabila objek dikesan, sistem menggunakan unjuran terus daripada data sensor terkumpul untuk mengenal pasti jarak antara kenderaan bergerak dan objek hadapan serta menganggarkan kelajuan relatif.

Jika sistem mengesan perbezaan kelajuan yang ketara (misalnya, kereta yang dipandu lebih laju berbanding kelajuan kenderaan hadapan), brek akan diaktifkan secara automatik bagi mengelak kemungkinan berlaku perlanggaran.

KEPELBAGAIAN SISTEM YANG BERBEZA

eyesight-subaru
EyeSight Subaru
volvo-city-safety
Sistem Volvo City Safety
ctba-honda
Sistem City-Brake Active Honda

Salah satu sistem brek automatik terbaik ialah sistem EyeSight yang dibangunkan Subaru. Sistem EyeSight menggunakan input video dalam bentuk dua kamera warna yang dipasang atas cermin hadapan. Input video itu akan membantu sistem mencari kontras latar belakang dan permukaan vertikal apabila mengimbas sesuatu kawasan. Kemudian, perisian akan mengecam perbezaan jenis imej seperti pejalan kaki, penunggang motosikal, atau belakang kenderaan lain.

Sementara itu, Sistem Volvo City Safety pula menggunakan kombinasi lidar (pengesan cahaya dan jarak) berupa sebuah kamera yang dipasang di bampar kereta. Lidar mampu melihat beberapa ratus kaki di hadapan kenderaan, tetapi tidak boleh mengecam jenis objek yang dilihatnya. Segalanya bergantung kepada penilaian kamera yang akan mengenal pasti potensi masalah.

Selain itu, sistem City-Brake Active (CTBA) ciptaan Honda menggabungkan sensor radar dan kamera, serta menggunakan data untuk mengenal pasti sebarang kemungkinan perlanggaran, termasuk memberi amaran kepada pemandu menerusi siri visual dan amaran audibel (suara). Jika pemandu mengabaikan amaran, sistem akan mengambil alih dan secara automatik mengaktifkan brek. Sistem ini juga boleh mengesan pejalan kaki dan memperlahankan brek, atau menghentikan keseluruhan kenderaan.

PERANAN DALAM CIRI KESELAMATAN LAIN

Menurut Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuh Raya (IIHS), ciri-ciri mengelak kemalangan memiliki potensi untuk menghindar atau sekurang-kurangnya mengurangkan impak membabitkan 1.9 juta perlanggaran, dan mampu mengurangkan satu daripada tiga kematian akibat perlanggaran.

Sistem pembrekan automatik memainkan peranan penting tersebut kerana fungsi utama itu diaplikasi dalam Sistem Pra-Perlanggaran dan Kawalan Jelajah Adaptif. Sistem mengelak perlanggaran akan memberi amaran kepada pemandu mengenai risiko kemalangan, biasanya dengan kombinasi amaran visual dan audibel (suara), serta mengetatkan tali pinggang keledar.

honda-cmbs
Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS) Honda pada Acura MDX

Contoh terbaik sistem berkenaan terdapat pada model Acura MDX 2014 yang menggunakan beberapa amaran audibel bersama visual berupa kelipan lampu pada papan pemuka, dan perkataan BRAKE akan berkelip-kelip pada paparan multi-informasi. Kepelbagaian amaran keselamatan yang diberikan menyebabkan pemandu sukar mengabaikannya.

BACA >>> Kecoh Video Brek Auto Gagal Berfungsi, Volvo Tampil Beri Penjelasan

Jika pemandu tidak bertindak dengan amaran itu dan memutuskan tidak menekan brek, sistem akan membuat keputusan sendiri dengan mengaktifkan sistem pembrekan automatik. Sistem Brek Automatik juga digunakan dengan kawalan jelajah adaptif yang berfungsi mengukur kelajuan kenderaan hadapan dan cuba menyesuaikannya dengan kelajuan kereta dipandu. Sistem itu akan mengurangkan kelajuan dengan merendahkan terotel dan gear serta mengaktifkan brek.

MANFAAT MEMILIKI SISTEM BREK AUTOMATIK

Pemanduan pemandu yang dilengkapi Sistem Brek Automatik langsung tidak berbeza dengan pemandu lain. Sistem yang dibekalkan berfungsi secara mod siap sedia, tanpa mengganggu pemanduan atau memerlukan pemandu mengaktifkan sebarang suis. Sistem hanya aktif apabila situasi benar-benar memerlukan, dan jika tiada apa-apa berlaku, sistem tidak memerlukan apa-apa input daripada pemandu pun.

Agak menyedihkan kerana hanya kira-kira 40 peratus pemandu bertindak betul dengan menekan brek ketika kemalangan. Menerusi sistem brek automatik, pemandu masih memiliki kawalan mutlak ke atas kereta, di mana sistem cuma beroperasi apabila pemandu tidak menunjukkan sebarang respon terhadap amaran dikeluarkan. Kemudian barulah brek aktif. Sistem Brek Automatik mampu membantu mengurangkan kerosakan akibat kemalangan. Tetapi, apa yang lebih penting ialah menyelamatkan nyawa.

Sistem Brek Automatik ialah ciri keselamatan hebat yang mungkin jarang digunakan kebanyakan pemandu. Bagaimanapun, pemandu pasti rasa selesa apabila memandu dalam situasi diri mereka dilindungi.

brek automatik ciri keselamatan automobil EyeSight Subaru Honda city-brake system kawalan jelajah adaptif Sistem Brek Automatik Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS) sistem pembrekan automatik sistem pra-perlanggaran volvo city safety
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW Group Malaysia Terus Jadi Pilihan Utama Automotif Premium

18/01/2026
BMW Group, dan Universiti Malaysia (UM), bekerjasama untuk aplikasi bateri hayat kedua.
Auto Terkini

BMW, UM Meterai MoU untuk Pembangunan Aplikasi Bateri EV Terpakai

16/01/2026
TGR Vios Challenge 2025
Auto Terkini

Musim 8 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge Tutup Tirai dengan Tiga Juara Baharu

16/01/2026
New Kia Carnival 2026
Roda4

Kia Carnival 2026 Baharu Rasmi Lancar di Malaysia, CKD dari Kulim, Harga Mula RM188,888

16/01/2026
View 1 Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook397K
  • Instagram194K
  • YouTube589K
  • TikTok991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.