SIME Darby Motor yang merupakan pengedar rasmi kenderaan jenama BYD mengumumkan rekod jualan kenderaan terkumpul jenama China itu sudah melepasi paras 10,000 unit di Malaysia.
Susulan pencapaian luar biasa itu, Sime Darby Motor menganjurkan satu program konvoi iaitu BYD Dream Drive Melaka 2024 yang disertai lebih 60 kenderaan BYD.
Peserta konvoi memulakan pergerakan untuk trip dua hari satu malam dari Ara Damansara, Selangor ke Melaka. Berdasarkan kenyataan dihantar, Melaka menjadi destinasi pilihan sebagai tanda memperingati dan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Kenderaan BYD yang dijual di Malaysia melibatkan kenderaan elektrik penuh (EV) dan sehingga kini, ada 26 premis dan bilik pameran BYD didirikan di negara ini melibatkan penyertaan 19 rakan pengedar.
Pecahan premis itu merangkumi 16 pusat 3S BYD dan 10 pusat 1S BYD di seluruh Malaysia untuk ketenangan pemilik kenderaan jenama itu.
Leave a Reply