Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#SembangDeras: Apakah itu OKU Masalah Pembelajaran? Bolehkah Dapat Lesen Memandu, Jadi Model?
Auto Terkini

#SembangDeras: Apakah itu OKU Masalah Pembelajaran? Bolehkah Dapat Lesen Memandu, Jadi Model?

Han OthmanBy Han Othman21/03/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ARTIKEL di bawah ini adalah antara sebab kenapa kami di PanduLaju tidak tergesa-gesa mahu mengejar hit dengan menyiarkan apa saja berita tular yang berlaku – merujuk insiden pemandu OKU memandu songsang di bawah pengaruh dadah dan terbabit kemalangan hingga menyebabkan seorang mangsa (suami dan bakal bapa) terbunuh.

Ramai kalangan kita mudah sangat melatah dan tidak fokus kepada isu. Lebih teruk, daripada masalah pengambilan dadah yang sepatutnya didebatkan dan diambil pengajaran, tetapi melencong jauh kepada bab rasuah, OKU tak boleh ada lesen memandu dan jadi model, serta akhir sekali semestinya hal-hal politik pula diheretkan. Kasihan, mudah benar kita membiarkan diri menjadi zombi politik.

Mujurlah ada pengguna Facebook, puan Aezza Masri yang masih tenang dan rasional mahu berkongsi kepada kita semua tentang apakah itu OKU yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran selain turut menjelaskan beberapa isu kontroversi berkaitan OKU masalah pembelajaran. Sebagai makluman, Aezza sendiri mempunyai ahli keluarga yang mengidap masalah sama. Malah, kami yakin kalangan pembaca juga ada ahli keluarga yang mengalami situasi serupa.

Mari kita baca penjelasan panjang lebar Aezza:

* Status sudah disunting mengikut format, tatabahasa dan gaya bahasa PanduLaju, tanpa menjejaskan maksud asal penulis. Harap maklum.

Sejak berlaku tragedi kemalangan akibat pemanduan melawan arus tempoh hari, saya menjadi silent reader di media sosial. Membaca berita-berita mengenainya, mengikuti perkembangan kes tersebut dan memerhatikan komen-komen ‘mendebarkan’ warga Malaysia di media sosial.

Alhamdulillah, hikmah di sebalik tragedi ini, ramai yang mencari fakta tentang masalah pembelajaran yang selama ini tidak begitu mendapat sambutan. Dan apabila diuar-uarkan tentang kemungkinan remaja itu mempunyai masalah gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (Attention Deficit Hyperactivity Disorder – ADHD), ia sebenarnya memberi peluang kepada kita, orang-orang yang arif dan faham tentang masalah ADHD untuk menyebarkan maklumat sebenar tentang ADHD.

Tapi sebelum itu, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sesekali mempertahankan kesalahan yang  dilakukan remaja berkenaan. Salah tetap salah. Itu yang pasti.

Namun, golongan masyarakat sempurna yang rancak mengomen di media sosial juga ada kesilapan tersendiri. Kalian meluahkan isi hati berasaskan pengetahuan zero tentang ADHD. Sehinggakan perkara ini menyinggung orang lain yang ada kaitan dengan masalah ADHD tanpa alasan jitu. Mengapa yang lain harus turut terpalit dengan kesalahan seorang individu yang tidak kami kenal itu? Ya, kesilapan yang demikian tidaklah sampai meragut nyawa orang lain. Tapi salah tetap salah bukan? Saya bentangkan di sini perkara-perkara yang dibangkitkan masyarakat sempurna di media sosial;

1. Dia OKU. Mana pelekat OKU?

Dia bukan OKU KURANG upaya. Dia OKU KELAINAN upaya. Biasanya, kami tak mohon pelekat ini. Malah, kami tak kisah pun kalau tak dapat parkir khusus untuk kami kerana memikirkan kami lebih mampu dari segi fizikal berbanding mereka – OKU berkod PH (fizikal). Sebagai pengetahuan, bukan pemandu OKU sahaja yang layak mohon pelekat itu, kalau mahu, orang yang selalu memandu untuk OKU juga boleh mohon pelekat OKU supaya urusan hal ehwal OKU dapat dipermudahkan. Tetapi, pelekat OKU tidak dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Mahu lebih jelas, sila baca pos saya dulu di SINI.

2. OKU Jadi Model?

Ok, yang ini paling sakit hati. Apa masalah kalian sebenarnya? Tolong periksa hati masing-masing ye. Kenapa Albert Einstein (autism/disleksia) boleh diraikan sebagai legenda, selebriti Adam Levine (ADHD) boleh jadi penyanyi popular dunia? Tetapi di Malaysia, OKU Masalah Pembelajaran tidak boleh jadi model? Tahukah anda, Malaysia ada pilot bermasalah disleksia? Nah, mari saya perkenalkan anda dengan Kapten Anthony Tan.

Masya-Allah, istighfarlah. Kita semua jadi siapa kita hari ini dengan izin Allah semata-mata! Kenapa dipersoalkan takdir Tuhan ke atas orang lain, tak kisahlah Islam ataupun tidak.

3. OKU Ambil Dadah? Pergi Kelab? Minum Arak?

Maaflah nak cakap. Yang normal pun tidak terlepas masalah sosial seperti ini, apa lagi OKU seperti remaja itu yang lebih mudah dipengaruhi. Nak hairan apa? Rest your case now! Itu adalah kesilapan peribadi remaja berkenaan. Bukan gambaran untuk semua golongan kami secara am. Seharusnya, kesalahan inilah yang patut dibincangkan. Bukan mempertikaikan kenapa OKU masalah pembelajaran dibenarkan dapat lesen dan memandu.

4. Bagaimana OKU yang Ambil Ubat Boleh Dapat Lesen Memandu?

Ok, ini sangat subjektif. Kami semua ambil lesen macam orang lain juga. Kami lulus, kami dapat lesen pun macam orang lain juga. Tapi jika ada Kad OKU, sudah pasti dia dapat kelulusan daripada doktor untuk memandu. Perlu diingatkan, kita tidak boleh menilai masalah pembelajaran dengan sukatan yang sama untuk setiap orang bermasalah sama. Ada tahap-tahapnya. Mungkin doktor berpendapat dia boleh memandu dengan syarat makan ubat yang ditetapkan.

Jangan terkejut ye, golongan kami selalunya lebih baik dalam pemanduan berbanding yang tidak ada kad OKU. Baca sendiri kenyataan JPJ.

5. Overdose atau Penyalahgunaan Dadah?

Ada 3 ubatan popular yang digunakan untuk ADHD, iaitu Ritalin, Concerta dan Adderall. Ritalin dan Concerta ialah nama generik untuk metilfenidad (methylphenidate). Adderall pula amfetamina/dekstroamfetamina (amphetamine/dextroamphetamine).

Mari baca perbandingan ubat-ubatan itu di SINI dan SINI.

Anak-anak saya sendiri ambil ritalin dan concerta atas arahan doktor. Namun percayalah, kami ibu bapa tidak pernah mahu anak-anak kami terus bergantung kepada ubat-ubatan ini. Kebanyakan kami cuma berikan apabila perlu sahaja.

Contoh; waktu peperiksaan. Mereka perlu fokus lebih ketika guru mengajar topik susah, apabila travel atau perlu hadir ke majlis tertentu. Saya sendiri tidak beri anak makan ubat-ubat mereka apabila hanya berehat di rumah ketika cuti. Cuma, apabila perlu mengajar dan memerlukan mereka beri perhatian.

Selebihnya kami cuba latih mereka hingga mampu hidup tanpa perlu bergantung kepada ubat-ubatan itu. Ambil contoh, ubat ritalin anak saya, satu pil hanya 10mg. Doktor suruh makan setengah sahaja setiap kali makan ubat. Apakah amaun sebanyak itu boleh menyebabkan halusinasi?

Tidak. Jadi mungkin ada penyalahgunaan selain ubat khusus untuk dia, tetapi menggunakan bahan sama untuk pengubatan masalah ADHD. Jadi, hal ini kita serah sajalah kepada pihak berkuasa. Salah tetap salahkan? Tetapi, bukanlah ubat ADHD itu yang salah. (Baca pautan yang saya sertakan di atas. Ubatan itu sebenarnya membantu untuk memandu!)

Point yang Saya Ingin Tambah

Di Malaysia, tahap kesedaran tentang masalah pembelajaran masih tahap menyedihkan. Apa yang paling ‘glamer’ setakat ini ialah lembam, sindrom down, autisme dan disleksia. Hal ini sangat jelas dilihat pada jutaan komen Facebook (FB). Anda boleh cari dan baca sekarang di laman atau page yang memaparkan berita tragedi kemalangan berkenaan. Ada ramai tidak didiagnosis mana-mana pakar kerana masih ramai tidak tahu.

Kenalilah ADHD. Kenapa penting mengenali ADHD? Ini kerana ADHD ada di mana-mana. Seseorang yang bermasalah ADHD mungkin juga ada masalah autisme, disleksia, lembam atau Asperger. Tetapi seseorang yang bermasalah lembam, autisme, disleksia atau Asperger belum tentu ada masalah ADHD. Malah, ada juga tiada masalah autisme, lembam, disleksia atau Asperger, tapi bermasalah ADHD.

Saya akan berumur 40 tahun pada tahun ini. Ada ramai sebaya saya yang mungkin ada masalah pembelajaran, tapi kami tiada diagnosis daripada mana-mana pakar kerana Malaysia dulu tiada kesedaran sekurang-kurangnya seperti yang ada sekarang. Saya berani katakan, yang lebih tua daripada saya pasti lebih ramai kerana pada era Tanah Melayu/Malaysia Baharu, kesedaran mengenai masalah pembelajaran adalah pada tahap ZERO.

Ada yang lebih muda daripada saya masih ramai terbiar, tanpa diagnosis kerana tiada kesedaran yang sampai kepada mereka, atau mungkin juga malu mengakui masalah masing-masing. Entah berapa ramai lagi ADHD sedang memandu tanpa ubat atas jalan raya kita hari ini. Sedangkan, jika dibawa berjumpa pakar, mereka akan menerima preskripsi seperti kami sekarang.

Nasihat saya, berhentilah berterusan bersuara sumbang. Biarlah siasatan dan hukuman dijalankan oleh pihak berwajib. Jika dia didapati bersalah, semoga dia mendapat iktibar yang sesuai dan akur dengan kesilapan-kesilapan sendiri. Kita faham masalah dia, tetapi bak kata saya sejak awal lagi, salah tetap salah.

Buat ibu bapa anak-anak ADHD, bertabahlah. Semoga kita terus gagah dalam berusaha dan berdoa agar kita mampu terus menggalas tanggungjawab diamanahkan Allah kepada kita. Agar anak-anak kita mampu berfikir dan bertindak dengan baik apabila sudah dewasa nanti dan perlu berdikari sendiri. I know you understand what I really mean here-kan? *group hug*

Buat masyarakat sempurna lain. Stop Talking, Read more! #RaiseAwareness

Al-Fatihah buat mangsa kemalangan terkorban dan seluruh keluarga yang kehilangan allahyarham. Semoga dapat bertabah dengan ujian Allah yang hebat ini. Semoga Allah letakkan dia dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang terpilih.

Amin….

Nak tahu apa orang lain kata tentang ADHD? Mari baca lagi

1. Pos daripada seorang terapi cara kerja atau dipangggil  occupational therapist
2. Pos daripada seorang doktor.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

** KEMAS KINI 21/03/2017

“To dispel the myths about learning disabilities, Malay Mail Online spoke to clinical psychologist Dr Chua Sook Ning, mental health advocate Hasbeemasputra Abu Bakar, and Aezza Masri, a 39-year-old woman whose family members have attention deficit hyperactivity disorder (ADHD)” – MalayMail Online 

SUMBER: Aezza Masri

Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Perdana Menteri DS Anwar Ibrahim, turunkan harga RON95 1.99 seliter mula 30 September ini.
Auto Terkini

MOF: Salah Guna Subsidi BUDI95, MyKad Individu Terlibat Disekat

24/03/2026
PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
Auto Terkini

Subsidi Bahan Api Melonjak RM3.2 Bilion Susulan Krisis Minyak Global

24/03/2026
Auto Terkini

Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

24/03/2026
Petrol RON97
Auto Terkini

Lebih 400 Stesen Minyak di Filipina Ditutup Susulan Kenaikan Harga Bahan Api

24/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Autotainment

Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

By Admin PanduLaju12/05/2021
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
Auto Terkini

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

By Shazwan Hisam18/03/2026
Honda Rebel 2026
Roda2

BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

By Shazwan Hisam13/03/2026
QJMotor AX200s recall
Auto Terkini

Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

By Shazwan Hisam17/03/2026
Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
Trak dan Lori

Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

By Shazwan Hisam18/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.