Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»SAIC Motor Malaysia Umum Pasang EV MG CKD Pertama di Melaka, Operasi Mula 2026!
Auto Terkini

SAIC Motor Malaysia Umum Pasang EV MG CKD Pertama di Melaka, Operasi Mula 2026!

SyafieBy Syafie15/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SAIC Motor Malaysia rancang CKD EV pertama di Melaka, 2026.

SAIC Motor Malaysia hari ini mengumumkan rancangan memulakan pemasangan tempatan (CKD) kenderaan MG pertama di Malaysia separuh pertama 2026, hasil kerjasama strategik dengan EP Manufacturing Berhad (EPMB).

Langkah itu bakal menjadi tonggak penting kepada perkembangan MG di Malaysia, sekali gus memperkukuh kedudukan negara sebagai hab utama kenderaan tenaga hijau (NEV) di Asean.

Fokus Kenderaan Tenaga Hijau, Lokalisasi

SAIC Motor Malaysia rancang CKD EV pertama di Melaka, 2026.

Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory QiFeng berkata, CKD di Melaka akan menumpukan kepada tiga aspek utama seperti kemampuan milik (affordability), penghantaran pantas, dan tahap lokalisasi.

Fasiliti itu kalak bakal memasang pelbagai model seperti kenderaan elektrik (BEV), hibrid (HEV) dan enjin pembakaran dalaman (ICE) di bawah satu bumbung.

Pemasangan tempatan (CKD) akan menjadi detik penting yang membawa kami lebih dekat kepada pelanggan dan memperkukuh peranan Malaysia sebagai hab serantau MG.”

Kerjasama Strategik bersama EPMB

Sementara itu Pengerusi Eksekutif EPMB, Hamidon Abdullah berkata, kerjasama itu menjadikan SAIC Motor sebagai rakan OEM kedua syarikat itu selepas Proton, sekali gus menandakan kelahiran EV pertama yang akan dipasang di kilang EPMB Melaka.

Kami akan bekerjasama dengan pembekal tempatan termasuk dalam pemasangan pek bateri MG, sekali gus memperkukuh ekosistem vendor dan memberi nilai tambah kepada pasaran Malaysia.”

Setiap unit CKD MG akan melalui pemeriksaan ketat di bawah Program Kualiti SAIC bagi memastikan mutu pembuatan setanding piawaian global.

MG Perluas Rangkaian, Populariti di Malaysia

Sejak pelancaran rasmi jenama itu lebih setahun lalu, SAIC Motor Malaysia kini mempunyai 26 pengedar sah MG seluruh negara, termasuk tiga bilik pameran di Sarawak dan tiga premis bakal dibuka tidak lama lagi.

Antara model utama MG ketika ini ialah MG S5 EV dan Cyberster Roadster elektrik, dengan Cyberster mencatat jualan terbaik di Asia dan Oseania.

Malaysia Jadi Hab Baharu SAIC Asean?

SAIC Motor Malaysia turut menekankan beberapa faktor utama pemilihan Malaysia sebagai tapak pemasangan:

  • Hubungan dua hala erat Malaysia-China sejak 50 tahun lalu
  • Kedudukan strategik di Asean bagi pengedaran serantau
  • Potensi tenaga kerja mahir dan vendor tempatan yang menyokong ekosistem EV

Pelaburan tersebut bukan saja mewujudkan peluang pekerjaan baharu, tetapi menjadi pemangkin kepada pembangunan kajian dan pembangunan (R&D) automotif dan teknologi hijau di Malaysia.

Pengumuman ini hanya permulaan. Bersama rakan kongsi dan bakat tempatan, kami sedang membina masa depan lebih inovatif, mampan dan penuh peluang demi menggerakkan Malaysia ke depan bersama MG.”

Menerusi rancangan CKD, MG bukan saja memperkukuh kehadiran jenama itu di Malaysia, tetapi mengukuhkan lagi visi SAIC Motor untuk menjadikan negara ini hab utama NEV serantau menjelang 2030.

Auto Terkini EP Manufacturing Berhad (EPMB) Kenderaan Elektrik (EV) MG Motor Malaysia Pemasangan Tempatan (CKD) SAIC Motor Malaysia
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

    12/03/2026
    Auto Terkini

    Ops Luxury: JPJ Selangor Sita Lamborghini Aventador

    12/03/2026
    Ferrari Amalfi diperkenal di Malaysia
    Roda4

    Ferrari Amalfi Diperkenal, Pengganti Roma dengan Enjin V8 Berkuasa 640hp

    12/03/2026
    Auto Terkini

    AKPS Perketat Kawalan Sempadan Bukit Kayu Hitam Susulan Kenaikan Harga Minyak Global

    12/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.