Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto [SIRI 1]: Béla Barényi – Bapa Keselamatan Pasif dalam Automobil
Autotainment

#RetroAuto [SIRI 1]: Béla Barényi – Bapa Keselamatan Pasif dalam Automobil

Han OthmanBy Han Othman18/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


RAMAI yang tidak mengenali lelaki ini berbanding tokoh-tokoh automotif lain seperti Karl Benz, Henry Ford atau Gottlieb Daimler. Faktanya, Béla Barényi dalam sejarah automobil dunia dikenali dengan julukan ‘Bapa Keselamatan Pasif’ atas komitmen beliau membangunkan ciri keselamatan kenderaan sepanjang hayatnya.

Hasil ciptaan Barényi sudah menyelamatkan beribu-ribu nyawa dan kini masih menjadi standard keselamatan automotif hari ini. Ada lebih 2,500 paten yang berasal daripada ciptaannya. Malah, beliau turut dinobatkan sebagai salah seorang pereka paling hebat pada abad ke-20.

ANAK HARTAWAN TERBUANG

Béla Barényi atau nama penuhnya, Béla Viktor Karl Barényi dilahirkan di Hirtengberg dekat Vienna pada 1 Mac 1907. Jalan raya pada era itu didominasi kenderaan jenis kereta kuda, manakala jentera automobil masih lagi dianggap sesuatu yang asing. Namun, persamaan kedua-dua kenderaan itu adalah ia bukan aset yang mampu dimiliki orang kebanyakan.

Bagaimanapun, Barényi bertuah kerana dilahirkan dalam kemewahan, di mana ibu bapanya ialah keluarga hartawan Austria di Austria-Hungary yang membolehkan beliau menaiki kereta Austro-Daimler (gambar atas) sejak kecil lagi. Apabila Perang Dunia Pertama meletus, nasib Barényi yang masih kecil langsung berubah yang menyaksikan bapanya terbunuh ketika beliau baru berusia 10 tahun.

PELAKAR PERTAMA KERETA RAKYAT

bela-barenyi-lakaran

Kemelesetan ekonomi selepas perang memaksa Barényi berhenti sekolah kerana ibunya tidak lagi mampu membiaya kos pengajiannya. Namun, beliau menemui jalan untuk melayakkan diri sebagai pelajar kejuruteraan di Kolej Teknikal Vienna (kini Universiti Teknologi Vienna) atau TU Wien bagi kursus Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal pada 1924.

Salah satu projek pertama Barényi ialah rekaan hujung depan kereta (seperti bampar) yang berupa bahagian mendatar dan dibatasi dua penjuru mendatar di hujung. Bahagian berkenaan ialah elemen gaya utama yang dipanggil sebagai ‘Rupa Baharu’ dalam desain bagi beberapa tahun akan datang dan banyak digunakan dalam rekabentuk automobil.

Barényi juga sudah memikirkan tentang ‘kereta rakyat’, di mana lakaran yang dihasilkan pada 1924-1925 itu membuktikan beliau ialah bapa intelektual bagi ‘kereta rakyat’ atau ‘Volkswagen’ yang menjadi antara ciptaan penting kira-kira 20 tahun kemudian – era Adolf Hitler.

BACA >>> Inilah Satu-Satunya Legasi Adolf Hitler yang Disayangi Dunia…

TEKANAN ‘GREAT DEPRESSION’

bela-barenyi-dewasa
Béla Barényi

Barényi berjaya bergelar graduan pada 1926 dengan keputusan cemerlang. Tahun sama juga Daimler-Motoren-Gesellschaft (Daimler Motor Company, DMG) bergabung dengan Benz & Cie. Fasa ‘Great Depression’ masih berlarutan beberapa tahun kemudian, di mana banyak syarikat berdepan krisis bangkrap, dilarangkan merekrut pekerja dan bayaran gaji rendah walaupun dia ialah pereka hebat seperti Barényi.

Hingga pertengahan 1930-an, Barényi terpaksa menyara hidup dengan bekerja sebagai pelukis pelan sambilan atau pelukis buku-buku teknikal. Walaupun, menghasilkan pelbagai idea yang sering mendahului zaman, semua kepakaran itu masih tidak mampu menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa krisis ekonomi di Eropah.

Selepas hampir sedekad bergelar graduan, Barényi akhirnya ditawarkan pekerjaan tetap di Gesellschaft für technischen Fortschritt (GETEFO) atau Persatuan bagi Perkembangan Teknikal di Berlin dan kemudian di SOPROTEC, iaitu sebuah syarikat perkongsian di Paris, Perancis. Di sanalah beliau menamatkan zaman bujang dengan gadis idamannya, Maria Kilian.

Semasa bekerja sendirian dengan GETEFO/SOPROTEC, beliau mempatenkan lebih 150 rekaan, manakala ketika di GETEFO, jumlah ciptaan beliau adalah tidak terkira banyak. Mungkin disebabkan bosan dengan rutin dengan kekangan potensi diri, beliau mula mencari pekerjaan baru dan pada masa itulah beliau teringat impian kanak-kanaknya: Austro-Daimler.

.

BERSAMBUNG….

.

SUMBER: Mercedes-Benz.com

autotainment bapa keselamatan pasif Béla Barényi Daimler Motor Company Daimler-Motoren-Gesellschaft Great Depression Kolej Teknikal Vienna Mercedes-benz RetroAuto sejarah automobil TU Wien
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Toyota Hilux BEV offroad
Sembang Deras

#SembangDeras: Diesel Mahal, Mampukah Toyota Hilux BEV Jadi Penyelamat?

09/04/2026
Hap Seng Star Sambut 140 Tahun Mercedes-Benz
Auto Terkini

Hap Seng Star Balakong Rai 140 Tahun Mercedes-Benz dengan Acara Istimewa, 10-12 April Ini

10/04/2026
Roda4

Mercedes-Benz GLS 2027, S-Class Versi SUV 7-Kerusi yang Canggih dengan AI!

02/04/2026
Mercedes-Benz VLE
Auto Terkini

Mercedes-Benz VLE Elektrik dengan Jarak Pandu Lebih 700km, Kerusi Boleh Tanggal

16/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

By Syafie10/04/2026
Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
Aksesori

MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

By Syafie09/04/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

By Shazwan Hisam03/04/2026
Yamaha Tenere 700 2026
Roda2

HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

By Shazwan Hisam04/04/2026
Moto Morini X-CAPE 700 2026
Roda2

Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

By Shazwan Hisam03/04/2026
Proton X50 2026 Quartz Black
Roda4

Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

By Shazwan Hisam09/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

By Shazwan Hisam01/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.