Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Cerita Legenda Enjin V6 Alfa Romeo yang Diiktiraf Paling Merdu di Dunia
Autotainment

#RetroAuto: Cerita Legenda Enjin V6 Alfa Romeo yang Diiktiraf Paling Merdu di Dunia

ArifBy Arif09/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BANYAK pakar dan wartawan automotif mendakwa enjin V6 Busso buatan Alfa Romeo adalah antara enjin terbaik pernah dihasilkan pengeluar automotif.

Nama Busso bukan sekadar dikenali dengan keajaiban enjin semata-maya, tetapi juga terkenal sebagai ‘world’s best sounding V6’.

BACA >>> Alfa Romeo Tipo B: Kereta Lumba Enzo Ferrari Sebelum Asaskan Ferrari Akan Dilelong
BACA >>> Ferrari SP51 Ini Dibuat Seunit Sahaja, Khas untuk Pelanggan di Taiwan!

Giuseppe Busso

Gelaran Busso diambil Alfa Romeo sebagai tribut kepada mantan jurutera Ferrari, Giuseppe Busso yang menyertai Alfa Romeo dan kemudian membangunkan enjin ikonik itu pada awal 70-an untuk diletakkan pada Alfa Romoe Alfa 6.

Bagaimanapun, pengeluar model itu ditangguhkan sementara akibat krisis bahan api ketika itu. Jadi, ketika enjin 12-injap  2.5L V6 diperkenalkan pada 1979, model Alfa Romeo Alfa 6 ketika itu sudah berusia 6 tahun.

Alfa Romeo Alfa 6 (1979-1986)

Walaupun hampir dilupakan kewujudannya di pasaran, tetapi selepas dihasilkan semula enjin itu memberikan nafas baharu kepada Alfa Romeo Alfa 6 dengan menghamburkan kuasa setinggi 156hp. Model itu menjadi sedan terpantas buatan Itali dengan kelajuan maksimum mencecah 193kmj dengan diiringi kemerduan deruman enjin 6-silinder.

Enjin itu menjadi semakin bagus apabila Alfa Romeo Alfa 6 ditambah baik lagi dengan kehadiran enjin Busso. Bagaimanapun, model baharu seperti Alfa Romeo 6, Alfa Romeo 75, Alfa Romeo 90 dan Alfa Romeo Alfetta GTV6, pengeluar itu sekali lagi melakukan penambahbaikan dengan menggantikan enam enjin karburetor Dell’Orto kepada sistem suntikan bahan api daripada Bosch yang lebih moden dan reliabel.

Deruman V6 Busso memang memberikan kepuasan kepada pemandu. Ini ditambah agihan berat 50:50 sempurna menerusi kehadiran kotak gear transgandar (transaxle). Hasilnya, sedan Alfa Romeo itu mampu memecut 0-100kmj sepantas 8 saat dengan kelajuan maksimum 205kmj. Angka itu tidak jauh ketinggalan jauh daripada model Porsche ketika itu dan ditambah aspek pengendalian terbaik dalam kelas.

Alfa Romeo 75

Apabila model Alfa Romeo 75 dilancarkan, bakal pemilik boleh memilih enjin 3.0L V6 sama dengan pilihan varian berbeza. Sesetengah varian mampu meledakkan kuasa lebih 190hp!

Jika angka itu belum cukup memuaskan hati, Alfa Romeo juga menghasilkan enjin tersebut dengan penuh kesenian menerusi susunatur melintang untuk dijadikan model pacuan roda depan (FWD) pada Alfa Romeo 164. Alfa Romeo juga mahu tampil lebih istimewa dengan manifold enjin dikromkan yang menjadikan enjin Busso sebagai satu karya seni kejuruteraan.

Alfa Romeo 164 Cloverleaf

Menerusi Alfa Romeo 164 (1993) yang diperbaharui, model itu menampilkan varian Cloverleaf (foto atas)yang dikuasakan enjin V6 24-injap Busso serba baharu dengan kuasa kuda lebih tinggi hingga 230hp dan had rev lebih 7,000rpm. Kehadiran enjin baharu itu menjadikan Alfa Romeo kekal relevan dalam berdepan saingan jenama lain dari segi prestasi dan dinamik enjin.

Enjin Busso 24V

Bagaimanapun, deruman merdu asal V6 Busso kini mula perlahan-lahan hilang akibat perubahan not lebih agresif dan sporty. Namun, enjin tersebut masih menghasilkan bunyi epik yang tiada dapat dinafikan kemerduannya.

Pengeluaran enjin 24-injap (24V) diteruskan beberapa tahun kemudian pada Alfa Romeo 166, Alfa Romeo GTV V6 baharu dan Alfa Romeo Spider dengan trenkuasa 24V 2.5L yang dipasangkan pada Alfa Romeo 156, dan meledakkan kuasa setinggi 192hp.

Enjin Busso 3.2 GTA

Apabila peraturan emisi semakin ketat, perkembangan enjin V6 Busso mula melalui zaman suram, dan tinggal satu enjin saja, digelar ‘The Last Hurrah’, iaitu V6 3.2 GTA yang digunakan pada Alfa Romeo 147 dan Alfa Romeo 156 GTA dengan kuasa kuda = 250hp dan mampu memecut 0-100kmj sepantas  5.6 saat.

‘True gem’ adalah ungkapan disebut pakar automotif ketika itu untuk memuji enjin V6 3.2 GTA sebagai salah satu enjin terbaik dunia. Sebaik saja melepasi rev 6,000rpm, enjin itu mula mengeluarkan deruman menggiurkan seakan jentera lumba.

Selepas hampir tiga dekad, enjin ikonik tersebut masih menjadi antara pilihan enjin terbaik, terutama dari segi karakter enjin V6 itu yang tersendiri. Bagaimanapun, apa saja yang baik juga tidak kekal lama apabila sudah tiba masa walaupun gelaran Busso terakhir itu masih menepati syarat emisi Euro 4 baharu.

Alfa Romeo Brera
Enjin V6 GM Twin-Phaser

Alfa Romeo memutuskan menghentikan pengeluaran enjin V6 Busso pada 2005 dan memilih menggunakan enjin V6 GM Twin Phaser untuk generasi baharu seperti Alfa Romeo Brera dan Alfa Romeo 159. Maka berakhirlah perjalanan 32 tahun kecemerlangan kejuruteraan Alfa Romeo yang amat disegani pesaing automotif dunia.

Lebih menyedihkan, Giuseppe Busso dilaporkan meninggal dunia beberapa hari selepas pengeluaran enjin V6 Busso terakhir dikeluarkan dari barisan pemasangan. Ia pengakhiran cukup puitis kepada tokoh automotif disegani antarabangsa yang menghasilkan antara enjin terbaik dunia.

BACA >>> Alfa Romeo Giulia GTA – Supercar Tribut yang Serba Seksi
BACA >>> Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio – Inilah SUV Paling Pantas di Nürburgring!
BACA >>> #TahukahAnda: Rahsia Ular Telan Manusia dalam Logo Alfa Romeo dan Kaitan Perang Salib

Alfa Romeo autotainment Enjin Alfa Romeo V6 Busso Giuseppe Busso Retro Auto
Arif

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Caterpillar Perkenal Konsep Trak Heavy-Duty Berasaskan AI

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Geely Zhanjian 700, SUV Mewah dan Lasak, Fungsi Crab-Walk dan Redah Air 800 mm!

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

    By Han Othman06/02/20192
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Auto Terkini

    Semua Stesen Minyak di Bangladesh Mungkin Tutup Sepenuhnya

    By Syafie24/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.