Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Putrajaya dalam Fasa Peralihan kepada Sistem Lampu Isyarat Berasaskan AI
Auto Terkini

Putrajaya dalam Fasa Peralihan kepada Sistem Lampu Isyarat Berasaskan AI

SyafieBy Syafie15/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PERBADANAN Putrajaya kini melaksanakan kerja menaik taraf sistem pengurusan trafik sekitar Putrajaya kepada sistem lampu isyarat berasaskan kecerdasan buatan (AI), selaras dengan usaha meningkatkan kelancaran aliran trafik di kawasan pentadbiran Persekutuan itu.

Menerusi pelaksanaan sistem baharu itu, Putrajaya menyasarkan aliran trafik lebih lancar dan efisien berbanding sistem konvensional sedia ada, terutama pada waktu puncak dan di persimpangan utama.

Kamera VA untuk Analisis Trafik

Bagi menyokong operasi sistem berasaskan AI tersebut, kamera analitik Video Analytics (VA) akan digunakan untuk menganalisis video secara masa nyata.

Teknologi tersebut membolehkan sistem mengesan jumlah kenderaan yang melalui persimpangan, selain mengukur jarak barisan menunggu dengan lebih tepat.

Masa Lampu Hijau Dilaras Dinamik

Berdasarkan data dikumpul, sistem AI akan melaraskan tempoh lampu hijau secara automatik mengikut situasi trafik semasa.

Selain itu, sistem juga berupaya meramal corak trafik, sekali gus membantu mengoptimum aliran kenderaan di setiap persimpangan.

Paparan Lampu Isyarat Lebih Seragam

Sistem baharu itu turut direka untuk menyeragam paparan lampu isyarat di seluruh Putrajaya bagi mewujudkan aliran trafik lebih berterusan tanpa henti, sekali gus mengurangkan keperluan pemberhentian kenderaan tidak perlu.

Dengan pelaksanaan sistem lampu isyarat berasaskan AI, aliran trafik dijangka menjadi lebih lancar dan cekap, seterusnya membantu mengurangkan kadar kesesakan jalan raya dan meningkatkan pengalaman pemanduan pengguna di Putrajaya.

Fasa Peralihan Sedang Dilaksana

Buat masa ini, Putrajaya masih berada dalam fasa peralihan sementara, sebelum sistem tersebut dinaik taraf sepenuhnya kepada sistem berasaskan AI dalam masa terdekat. Bagaimanapun, garis masa penuh pelaksanaan masih belum diumumkan pihak berkuasa.

Langkah berkenaan dilihat selari aspirasi Putrajaya sebagai bandar pintar (smart city), yang mengutamakan penggunaan teknologi terkini bagi meningkatkan kecekapan pengurusan bandar dan kualiti hidup penduduk.

SUMBER: AstroAwani

Auto Terkini Kecerdasan Buatan (AI) Lampu Isyarat Lampu Isyarat AI Perbadanan Putrajaya Putrajaya
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Versa 2026 Dilancarkan di Mexico Bersama Sentra, Almera Menyusul?

04/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

04/03/2026
Nissan Serena e-POWER C28
HEV

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

04/03/2026
MRT Laluan Putrajaya
Auto Terkini

MRT Laluan Putrajaya Terejas Sepanjang Hari Akibat Kecurian Kabel

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

By Shazwan Hisam01/03/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.