Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pusingan Kedua GR Vios Challenge Catat 3.7 Juta Tontonan Atas Talian
Auto Terkini

Pusingan Kedua GR Vios Challenge Catat 3.7 Juta Tontonan Atas Talian

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AKSI pusingan kedua GR Vios Challenge 2023 yang disiarkan menerusi semua platform media sosial Toyota Gazoo Racing Malaysia mencatat 3.7 juta tontonan atas talian!

Perlumbaan diadakan pada waktu malam di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) membabitkan dua siri perlumbaan: Race 1 pada 3 Jun (Sabtu), dan Race 2 pada 4 Jun (Ahad).

Pada perlumbaan Race 1, rata-rata pelumba berlumba secara berhati-hati, manakala Race 2 memaparkan barisan pelumba bersaing lebih sengit untuk memburu mata kejuaraan berharga.

DEBARAN RACE 2

Ada empat kategori dipertandingkan dalam GR Vios Challenge iaitu:

  • Super Sporting Class – pemandu elit
  • Sporting Class – pemandu amatur
  • Rookie Class – pemandu muda
  • Promotional Class – kumpulan selebriti

SPORTING CLASS

  • Pada Race 2, mantan pemandu Rookie, Sharique Zulqarnain yang bermula dari petak utama mensia-siakan peluang apabila pelumba Panglima City Racing Team, Kenneth Koh memintas untuk mendahului perlumbaan.
  • Bradley Benedict Anthony (Crestmax Motorsport) mengisi tempat ketiga, manakala Aaron Haikal (Distinctive Model) mengejar rapat di belakang.
  • Malangnya, Sharique terkeluar selepas tiga lap, meninggalkan saingan kepada Koh, Bradley dan
    Aaron untuk berebut tiga posisi atas.
  • Bradley kemudian memintas Koh pada lap ketujuh dan muncul juara dengan kelebihan masa 0.6 saat di depan, manakala Aaron melepasi garisan penamat di tempat ketiga untuk podium kedua minggu ini.

SUPER SPORTING CLASS

  • Dalam format grid terbalik, Naquib Azlan (Axle Sports) mendahului perlumbaan dari petak utama diikuti duo pelumba Telagamas Toyota, Freddie Ang dan Hayden Haikal.
  • Memasuki lap kedua, Hayden mendahului saingan dengan memintas Ang dan pelumba Laser Motor Racing,  Putera Adam naik ke posisi ketiga ketika Naquib tertinggal di posisi keenam.
  • Putera kemudian memotong Ang untuk posisi kedua pada lap kelima, tetapi kemaraan terbantut apabila bendera merah dikibarkan dan perlumbaan dihentikan pada lap ketujuh akibat satu insiden kemalangan.
  • Perlumbaan disambung dan dengan baki dua lap, Putera kekal di depan, manakala Ang kembali ke tempat kedua dan pelumba Prima Pearl TD Racing, Mitchell Cheah menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

ROOKIE CLASS

  • Kategori ini dimenangi Elson Lew selepas mempamerkan prestasi lebih baik berbanding aksi hambar ketika Race 1. Lew mencatat masa terpantas pada ujian kelayakan, tetapi mengakhiri Race 1 di tempat kelima.
  • Tempat kedua menjadi milik Iman Danish, manakala Azriel Azhar pelumba ketiga yang melepasi garisan penamat, iaitu podium kedua dalam tempoh dua hari.

PROMOTION CLASS

  • Perlumbaan kumpulan selebriti menyaksikan bendera merah dikibarkan dan perlumbaan dihentikan seketika pada lap ketiga apabila aktor Shukry Yahaya terbabas di depan laluan Hefny Sahad.
  • Selepas perlumbaan bersambung semula, aktor komedi Zizan Razak memecut di depan Ezzrin Loy dan Ahirine Ahirudin yang berada di posisi ketiga sebelum perlumbaan tamat.

Pusingan ketiga dan akhir GR Vios Challenge dan Toyota GAZOO Racing Festival akan diadakan di SIC bermula 29 September hingga 1 Oktober 2023.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web UMW Toyota Motor (www.toyota.com.my) dan laman sosial Toyota Gazoo Racing Malaysia.

KEPUTUSAN GR VIOS CHALLENGE MUSIM 6 PUSINGAN 2

RACE 1

SUPER SPORTING CLASS
  1. Mitchell Cheah – Prima Pearl TD Racing
  2. Eddie Lew  – Laser Motor Racing
  3. Putera Adam – Laser Motor Racing
SPORTING CLASS
  1. Nabil Azlan – Axle Sports
  2. Aaron Haikal – Distinctive Model
  3. Mohd Shafiq Samsudin – Race Rally KL
ROOKIE CLASS
  1. Nazmir Azlan
  2. Yazid Razak
  3. Azriel Azhar
PROMOTIONAL CLASS
  1. Shukri Yahaya
  2. Ezzrin Loy
  3. Ahirine Ahirudin
Auto Terkini Litar Antarabangsa Sepang (SIC) lumba kereta sukan permotoran TGR Vios Challenge Toyota Gazoo Racing Malaysia UMW Toyota Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lexus LM 2026 Untuk Jepun, Perubahan Kecil yang Signifikan

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

    12/03/2026
    Auto Terkini

    Ops Luxury: JPJ Selangor Sita Lamborghini Aventador

    12/03/2026
    Ferrari Amalfi diperkenal di Malaysia
    Roda4

    Ferrari Amalfi Diperkenal, Pengganti Roma dengan Enjin V8 Berkuasa 640hp

    12/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.