Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Modenas Rasmi Buka Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) di Glenmarie
Auto Terkini

Modenas Rasmi Buka Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) di Glenmarie

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam22/10/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Modenas rasmi Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) di Glenmarie

SUBSIDIARI DRB-Hicom, Modenas meraikan pembukaan rasmi Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) dan ibu pejabat baharu Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) di Novus Business Park, Glenmarie, Shah Alam.

Majlis perasmian disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan, yang menyatakan premis baharu itu adalah langkah strategik dalam misi Modenas dan Kawasaki untuk memberikan perkhidmatan selepas jualan bertaraf dunia, kecemerlangan teknikal dan pengalaman pelanggan lebih baik kepada penunggang di Malaysia.

Roslan: Perkukuh Kolaborasi, Pengalaman Lancar

Modenas rasmi Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) di Glenmarie
Modenas rasmi Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) di Glenmarie

Bagi setiap penunggang Kawasaki, KTC adalah janji kami terhadap keyakinan selain prestasi, anda boleh bergantung kepada kebolehpercayaan, keselamatan dan sokongan masa depan.

“Dengan menggabungkan EMOS dan KTC bawah satu bumbung, kami memperkukuh kolaborasi, mempercepat masa respons dan mewujudkan pengalaman lebih lancar kepada pelanggan serta rakan niaga.”

Pengurus Besar Bahagian Jaminan Kualiti (QA) Kawasaki Motors Corporation, Go Nomura berkata;

Pusat Teknikal ini menghubungkan Malaysia terus ke jaringan perkhidmatan global Kawasaki, dan memastikan penunggang di sini menikmati standard kelas dunia yang sama seperti pasaran lain.”

Empat Teras Utama KTC

Modenas rasmi Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) di Glenmarie
Modenas rasmi Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) di Glenmarie

Premis KTC berperanan sebagai hab utama kecemerlangan teknikal dan sokongan selepas jualan di Malaysia yang dibina berasaskan empat teras utama:

  • Pusat latihan teknikal: Latihan teknikal dan produk secara tersusun untuk juruteknik pengedar
  • Hab operasi servis: Rujukan untuk panduan teknikal, piawaian proses dan penambahbaikan produk
  • Pengurusan alat ganti dan perkakasan: Memastikan kesiapsiagaan stok alat ganti, peralatan khas dan koordinasi logistik
  • Sokongan kualiti dan jaminan: Pusat rujukan bagi diagnostik, pemeriksaan dan penilaian tuntutan waranti

Pembangunan Bakat, Teknologi Tempatan

Modenas rasmi Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) di Glenmarie
Modenas rasmi Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) di Glenmarie

Selain operasi, KTC turut berperanan sebagai platform pembangunan bakat tempatan, yang mana juruteknik akan menerima latihan berterusan, pengedar ditingkatkan kemahiran, manakala bakat baharu dipupuk.

Semua itu selaras standard global Kawasaki dan aspirasi latihan dan pendidikan vokasional dan teknikal (TVET) Malaysia dalam industri teknikal bernilai tinggi.

KTC bukan sekadar mengenai mesin, ia mengenai manusia. Dengan melengkapkan pengedar dan juruteknik kami dengan ilmu bertaraf dunia, setiap penunggang Kawasaki mampu yakin yang perjalanan mereka sentiasa disokong sepenuhnya.” – Jin Inoue, Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Modenas

Komitmen Keselamatan, Kecemerlangan

Modenas rasmi Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) di Glenmarie
Modenas rasmi Pusat Teknikal Kawasaki (KTC) di Glenmarie

Sebagai bukti komitmen keselamatan, Modenas turut mengumumkan 12 model Kawasaki menerima rating lima bintang bawah MyMAP 2025, yang meletakkan jenama itu antara peneraju dalam mempertingkat standard industri motosikal tempatan.

Majlis pelancaran dihadiri Go Nomura, Pengarah MIROS, Ulhaidi Mohd Jawi, Roslan Roskan dan Jin Inoue.

Langkah tersebut mengukuhkan lagi peranan Modenas dalam menyokong pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia 2030 (NIMP 2030) melalui usaha lokalisasi, pembangunan bakat, dan peningkatan keupayaan teknikal peringkat nasional.

Dengan pelancaran premis moden itu, Modenas menegaskan komitmen untuk terus memacu industri motosikal tempatan ke arah standard global yang menjadikan Malaysia bukan saja pengguna, tetapi hab pembangunan teknologi motosikal serantau.

Auto Terkini Kawasaki Kawasaki Technical Centre Kawasaki Technical Centre (KTC) Modenas Motosikal dan Enjin Nasional (Modenas)
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

    12/03/2026
    Auto Terkini

    Ops Luxury: JPJ Selangor Sita Lamborghini Aventador

    12/03/2026
    Auto Terkini

    AKPS Perketat Kawalan Sempadan Bukit Kayu Hitam Susulan Kenaikan Harga Minyak Global

    12/03/2026
    PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter
    Auto Terkini

    PMX: Bekalan Petroleum Malaysia Cukup Hingga Mei

    12/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.