Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
Auto Terkini

Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!

SyafieBy Syafie11/11/20251 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Proton Saga 2026 Serba Baharu buka tempahan

PROTON secara rasmi membuka tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu yang menandakan lembaran baharu bagi sedan paling ikonik Malaysia yang kini hadir dengan rekabentuk moden, kejuruteraan pintar dan teknologi lebih canggih hasil kepakaran anak tempatan.

Dibangunkan atas platform Arkitektur Modular Termaju (AMA) baharu, Proton Saga 2026 Serba Baharu menjadi model pertama yang direka, dibangunkan dan disahkan sepenuhnya di Malaysia dengan kerjasama teknikal Geely.

Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu

Era Baharu Kejuruteraan Nasional

Ini memperkukuh keupayaan kajian dan pembangunan (R&D) Proton, termasuk pemilikan penuh hak harta intelek (IPR) dan kesediaan terhadap teknologi pintar serta autonomi masa depan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Ir Abdul Rashid Musa berkata;

Proton Saga Serba Baharu menyerlahkan kematangan kejuruteraan Malaysia yang mengubah Proton daripada simbol kebanggaan negara kepada pesaing automotif global.”

Rekabentuk Lebih Canggih, Gaya Lebih Segar

Mengangkat slogan baharu ‘Intelligence That Thrills‘, Proton Saga 2026 Serba Baharu menggabungkan gaya, keyakinan dan inovasi dengan menumpukan kepada keselamatan, keselesaan dan konektiviti digital.

Ia dibangunkan berasaskan falsafah I.C.O.N., iaitu:

I – Impressive Performance

  • Dikuasakan enjin i-GT 1.5 baharu dengan transmisi CVT, sedan ini menawarkan pemanduan lancar dan efisien dengan penggunaan bahan api sekitar 4.9L/100 km (MDC).
  • Sistem Stereng Berkuasa Elektrik (EPS) baharu memberikan kawalan lebih responsif dan stabil, disokong talaan casis PROTON untuk pengendalian mantap.

C – Comprehensive Safety

  • Menampilkan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) dengan sembilan fungsi keselamatan pintar, enam beg udara serta struktur PROTON Reinforced Safety Structure (RESS) menggunakan teknologi Hot Press Forming (HPF) untuk perlindungan maksimum.

O – Optimised Intelligence

  • Menawarkan dwi-skrin bersepadu 16-inci yang menggabungkan paparan meter digital dan sistem infotainmen, lengkap dengan sokongan Apple CarPlay® dan Android Auto™ secara wayarles.
  • Turut dilengkapi ciri moden seperti lampu utama automatik, Follow-Me-Home, serta pelarasan aras lampu utama.

N – Next-Gen Style

  • Menampilkan lampu utama projektor LED Penuh, Bar Lampu Belakang LED dan rekaan gril bermotif Sulaman Songket, ia tampil lebih segar dan elegan dengan rim aloi dua tona 15 inci.
  • Bahagian kabin juga diperbaharui sepenuhnya dengan sentuhan lebih moden dan premium.

Harga, Varian Proton Saga 2026 Serba Baharu

Proton Saga 2026 Serba Baharu ditawarkan dalam tiga varian: Standard, Executive dan Premium dalam lima warna pilihan seperti Marine Blue (biru), Space Grey (kelabu), Ruby Red (merah), Armour Silver (perak) dan Snow White (putih).

Harga anggaran bermula RM40,000 hingga RM50,000.

Tawaran Eksklusif Pembeli Awal

Pelanggan yang membuat tempahan pada 10 November hingga tarikh pelancaran rasmi dan mendaftar kenderaan sebelum 31 Disember 2025 akan menikmati ganjaran eksklusif, seperti:

  • Servis percuma 1 tahun atau 20,000km (termasuk alat ganti dan upah)
  • Kad Touch ‘n Go Edisi Terhad Proton Saga Serba Baharu

Jelajah ‘IKONIK TOGETHER-GATHER’

Menjelang pelancaran rasmi, Proton akan mengadakan siri jelajah ‘IKONIK TOGETHER-GATHER’ di seluruh negara bermula 14 hingga 23 November 2025.

Acara itu menggabungkan elemen gaya hidup, makanan dan komuniti bagi meraikan kehadiran Proton Saga 2026 Serba Baharu bersama rakyat Malaysia.

Proton Saga 2026 Serba Baharu bukan sekadar kereta rakyat, tetapi lambang kemajuan industri automotif tempatan yang terus menggerakkan Malaysia ke depan dan dicipta rakyat, untuk rakyat.

Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Proton Saga 2026 Serba Baharu buka tempahan
Auto Terkini Geely Kereta Nasional Proton Proton Saga 2026 Proton Saga 2026 Serba Baharu Roda4 Sedan Segmen-A tempahan proton saga
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Kia Seltos 2026
Roda4

Kia Seltos 2026 Serba Baharu Umum Harga di India, Bermula RM47k

13/02/2026
Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026

1 Comment

  1. Panichelvam on 13/11/2025 22:04

    I m a pensioner.age 62.can I buy by loan

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.