PROTON Saga 2016 sudahpun dilancarkan pada 28 September lalu. Tidak sampai tiga minggu, Proton Saga 2016 sudah menerima 6,000 tempahan.
Daripada jumlah berkenaan, 1,000 unit Proton Saga 2016 sudah diterima oleh pelanggan manakala selebihnya akan dihantar secara berperingkat. Menurut Proton, varian standard terima paling banyak tempahan.
BACA>>> Proton Saga 2016 VS Saga FLX: 15 Perincian Interior Yang Perlu Anda Tahu
3 VARIAN
Sedia maklum, Proton Saga 2016 didatangkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium. Ia dijual pada harga bermula RM37,800 hingga RM48,000.
Hadir dengan enjin 1.3L VVT, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 93hp pada 5,750rpm dan tork puncak 120Nm (4,000rpm).
Kami kini berada di Ipoh, Perak bagi sesi pandu uji Proton Saga 2016. Nantikan ulasan pandu uji Proton Saga 2016 dalam masa terdekat.
Syabas Proton!
Leave a Reply