PROTON e.MAS 7 terus mengukuhkan kedudukan sebagai kenderaan elektrik (EV) paling laris di Malaysia apabila 2,716 unit sudah dihantar kepada pelanggan sejak Januari 2025.
Dengan purata satu unit terjual setiap jam, SUV elektrik itu mengekalkan takhta jualan tertinggi untuk empat bulan berturut-turut, termasuk 863 unit yang dijual pada April.
Bukti Rakyat Malaysia Terima EV
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pro-Net, Zhang Qiang menyifatkan pencapaian itu sebagai bukti rakyat Malaysia bersedia menerima mobiliti elektrik.
Sokongan kukuh pengguna membuktikan Proton e.MAS 7 memenuhi keperluan pasaran tempatan melalui gabungan inovasi, praktikaliti, dan harga berpatutan.
Permintaan tinggi ini turut didorong ekosistem pengecasan yang semakin luas. Buktinya, lebih 2,500 poin pengecasan kini tersedia seluruh negara melalui Peta Pengecasan Langsung Bersepadu.
1,000 Pengecas di Kediaman Bertingkat
Selain itu, lebih 1,000 pengecas sudah dipasang di 397 lokasi kediaman bertingkat yang memudahkan pemilik yang tinggal di kondominium dan apartmen.
Perkhidmatan selepas jualan turut diperkasa dengan 24 pusat 3S dan 10 pusat Badan dan Cat sedia memberikan penyelenggaraan berkala.
Pro-Net turut merancang membuka lebih banyak pusat perkhidmatan untuk menyokong pertumbuhan pengguna EV.
Pakej Menarik untuk 6,000 Tempahan Pertama
EV nasional pertama itu ditawarkan pada harga bermula RM105,800 untuk varian Prime dan RM119,800 untuk varian Premium, yang bukan saja menawarkan teknologi canggih, tetapi menjadikan pemilikan EV lebih mampu milik buat rakyat Malaysia.
Pakej harga tersebut sah untuk 6,000 tempahan pertama, termasuk insurans.
Leave a Reply