PROJEK pelebaran Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) yang akan bermula pada Januari 2025 ini telah menerima peruntukan sebanyak RM2.1 bilion dan dijangka mengambil masa selewat-lewatnya 48 bulan untuk siap sepenuhnya.
Projek ini juga merupakan salah satu komitmen AFA Infrasturcture and Development Sdn Bhd (AFA) bagi meningkatkan lagi kesalinghubungan dan keselamatan di lebuhraya tersebut.
Sehubungan itu, ia juga dapat menangani isu kesesakan dan cabaran keselamatan di salah satu lebuh raya paling sibuk di Malaysia.
Malah, projek ini juga berpotensi untuk meningkatkan kecekapan perjalanan, mengurangkan risiko kemalangan, dan meransang aktiviti ekonomi di sepanjang Pantai Timur.
Berikut merupakan penambahbaikan utama yang bakal dilaksanakan:
- Pelebaran dari tiga lorong dua hala kepada empat lorong dua hala dengan terowong dua lorong baharu dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah.
- Penambahbaikan dari dua lorong dua hala kepada tiga lorong dua hala dari Genting Sempah ke Plaza Tol Bentong.
- Memperkenalkan langkah keselamatan seperti penstabilan cerun, sistem pengurusan trafik yang dipertingkatkan, dan bahu jalan lebih luas untuk menyokong pengurusan insiden lebih baik.
Leave a Reply