Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Program A2Z Shell Malaysai Sasar Bantu Pemilik Flit Kenderaan untuk Optimum Bisnes
Auto Terkini

Program A2Z Shell Malaysai Sasar Bantu Pemilik Flit Kenderaan untuk Optimum Bisnes

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/09/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SHELL Malaysia menerusi bahagian mobiliti perniagaan, Shell Fleet Solutions secara rasmi melancarkan Program Accelerate to Zero (A2Z) di Malaysia.

Program A2Z direka untuk membantu pemilik flit (fleet) pengangkutan mengoptimum operasi, sekali gus mengembangkan perniagaan dan mencapai matlamat kemampanan syarikat.

Ini kerana sektor pengangkutan, terutama flit di Malaysia kini sedang berdepan situasi pasaran semakin mencabar.  Antaranya, gangguan rantaian bekalan, kekurangan jumlah pemandu, tekanan mengurangkan emisi karbon, dan usaha mengoptimum penggunaan kenderaan serta peningkatan kos.

Pelancaran Program A2Z bermaksud Shell Fleet Solutions akan beralih dari pembekal kad bahan api tradisional kepada rakan pilihan bisnes untuk solusi serba lengkap lebih mudah, pintar dan mampan seperti berikut:

  • Shell Card: Diperkemas untuk semua penyelesaian yang membolehkan integrasi perbelanjaan mobiliti harian flit pengangkutan seperti aspek perbelanjaan bahan api, sistem telematik, pelincir dan pengecasan kenderaan elektrik (EV) menerusi rangkaian Shell.
  • Shell Recharge: Ekosistem mengecas EV Shell menyediakan flit pengangkutan korporat dan pakej lengkap perkakasan, perkhidmatan perisian serta penyelesaian sokongan yang direka untuk keperluan infrastruktur EV.
  • Shell Telematics: Menggabungkan data Shell Card, penjejakan kenderaan masa nyata, pengawasan prestasi kenderaan untuk membekalkan data penting mengenai flit kenderaan korporat, termasuk risikan perniagaan untuk membantu pelanggan mencapai tahap kemampanan lebih tinggi.
  • Pemampasan Karbon: Pelanggan boleh memilih membuat pampasan pelepasan karbon daripada pembelian bahan api melalui kredit karbon yang dijana menerusi projek Shell.

Pengurus Besar Shell Fleet Solutions Malaysia, Joanna Lean berkata, penyelesaian bersepadu disediakan bertujuan memudahkan dan memperkasa pemilik flit kenderaan dalam membuat keputusan perniagaan lebih baik di peringkat domestik dan Asean.

Beliau berkata;

Mengurangkan pelepasan karbon flit kenderaan boleh menjadi usaha yang rumit, mahal dan mencabar. Pemilik flit kenderaan perlu berdepan perubahan landskap kawal selia, teknologi dan komersial sambil mengekalkan tahap perkhidmatan tinggi untuk perniagaan dan pekerja serta mengurus kos.”

Joanna berkata, Shell mahu menjadi rakan kongsi pilihan pemilik flit kenderaan di Malaysia apabila beralih ke arah pengurangan karbon dan mempercepat pertumbuhan, melibatkan perniagaan kecil atau perusahaan global besar.

Pada majlis tersebut, satu sesi perbincangan berjudul Navigating the Future of Fleet Mobility in Malaysia turut diadakan membabitkan perkongsian pandangan individu terhormat seperti:

Pengurus Besar Shell Fleet Solutions Asia, Veethara Trakulboon; Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei, Julian Neo; Pengarah Program (PMO Kenderaan Elektrik) Tenaga Nasional Berhad, juga Presiden ZEVA (Zero Emission Vehicle Association), Wan Ahmad Zam Zam Abd Wahab, danNaib-Presiden, Kemampanan Kumpulan AmBank, Datin Zameema Arif.

Maklumat lanjut Shell Card dan Program A2Z boleh didapati menerusi laman www.shell.com/fleetsolutions.

Auto Terkini Program Accelerate to Zero Program Accelerate to Zero (A2Z) program shell fleet solutions Shell Fleet Solutions Shell Malaysia
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.