• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Prasarana Terima Peruntukan RM1.9b untuk Beli 1,660 Bas Baharu

Prasarana Terima Peruntukan RM1.9b untuk Beli 1,660 Bas Baharu

March 28, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KEMENTERIAN Kewangan (MOF) memperuntuk RM1.9 bilion kepada Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) untuk membeli 1,660 bas baharu, termasuk bas diesel dan elektrik (EV), secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengumumkan 310 bas akan menggunakan enjin diesel, dengan penghantaran dijangka bermula Jun tahun ini.

Lagi 250 bas EV pertama akan dihantar menjelang akhir tahun ini, manakala 1,000 lagi bas EV akan ditambah dalam sistem secara berfasa.

Menurut Amir Hamzah, semua pembelian bas baharu itu adalah sebahagian inisiatif Kerajaan untuk memperkukuh infrastruktur pengangkutan awam.

Peruntukan RM55 juta juga disediakan untuk membeli 320 van tambahan untuk perkhidmatan Rapid KL On-Demand, yang dijangka beroperasi di 101 zon menjelang Jun tahun ini. Ini bertujuan memperbaiki kesalinghubungan perjalanan pertama dan terakhir dalam sistem pengangkutan awam.

Rapid KL On-Demand, yang dahulu dikenali sebagai Demand Response Team, kini mengendalikan 110 van di 37 zon di Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Dengan tambahan van dan bas baharu ini, Kerajaan berharap dapat menyediakan pengangkutan awam yang lebih mudah diakses dan lebih efisien untuk rakyat.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kementerian Kewangan (MOF), Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
    Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev