TAYAR Bridgestone Potenza RE-71RS sekali lagi membuktikan keupayaan dengan menawarkan cengkaman, kawalan, dan kestabilan yang konsisten sepanjang hujung minggu perlumbaan Toyota GR86 Cup Malaysia Series Pusingan 2.
Kejuaraan itu bermula sebulan selepas penampilan sulung sebagai perlumbaan sokongan rasmi Super GT Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 25-27 Julai lalu.
Dua Kategori Persaingan
Toyota GR86 Cup Malaysia Series menampilkan dua kategori kompetitif: Pro-AM dan Clubman. Dalam Pusingan 2 itu, sebanyak 17 jentera Toyota GR86 bersaing dalam perlumbaan setara. Aksi pada Ahad itu menjadi tumpuan apabila beberapa insiden trek benar-benar menguji kemahiran pemandu dan ketahanan jentera.
Situasi menjadi lebih mencabar dengan suhu trek mencecah hampir 38°C yang memerlukan daya tahan fizikal dan fokus maksimum pelumba diperlukan untuk menamatkan perlumbaan dengan prestasi terbaik.
Bridgestone Potenza RE-71RS Bukti Ketahanan
Sepanjang perlumbaan, Bridgestone Potenza RE-71RS menunjukkan prestasi mantap dengan keupayaan mengekalkan cengkaman dan kestabilan walaupun dalam situasi panas terik dan tekanan persaingan tinggi. Ini menguatkan reputasi Bridgestone dalam membangunkan tayar prestasi tinggi hasil kepakaran berdekad dalam dunia perlumbaan.
Komitmen Bridgestone
Bridgestone sekali lagi menegaskan komitmenndalam menyokong perlumbaan, sama ada peringkat akar umbi atau profesional. Tayar Potenza RE-71RS bukan saja menjadi simbol ketahanan dan prestasi, tetapi juga mencerminkan misi Bridgestone untuk mengilhamkan keterujaan serta menyebarkan kegembiraan mobiliti kepada semua peminat permotoran.
Leave a Reply