Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Pos Malaysia Lancar Kenderaan Autonomi (AV) Pertama Negara
Kenderaan Elektrik (EV)

Pos Malaysia Lancar Kenderaan Autonomi (AV) Pertama Negara

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam22/01/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pos Malaysia lancar kenderaan autonomi (AV)

SYARIKAT Pos Malaysia Berhad mencipta detik bersejarah dalam landskap logistik tempatan apabila melancarkan kenderaan autonomi (AV) pertama di Malaysia, sekali gus menandakan peralihan penting ke arah logistik pintar dan lestari.

Inisiatif itu sebahagian agenda transformasi digital dan automasi Pos Malaysia, yang seiring aspirasi untuk muncul sebagai peneraju logistik berdaya digital di peringkat nasional.

Pelancaran berkenaan turut memperlihatkan komitmen Pos Malaysia dalam meneroka teknologi masa depan yang mampu meningkatkan kecekapan operasi, mengurangkan kos dan menyokong matlamat kelestarian jangka panjang industri logistik negara.

Kerjasama Strategik Pos Malaysia, ALS

Pos Malaysia lancar kenderaan autonomi (AV)
Pos Malaysia lancar kenderaan autonomi (AV)

Majlis pelancaran disempurnakan dengan kehadiran Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil  yang  menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama strategik antara Pos Malaysia dan Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS).

Pos Malaysia diwakili Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Charles Brewer, manakala ALS diwakili Pengarah Urusan, Alan Chong.

Kerjasama itu membuka laluan kepada pembangunan dan penggunaan keupayaan logistik autonomi yang lebih cekap dan mesra alam, sekali gus meletakkan Malaysia sebaris negara yang sudah mula mengadaptasi teknologi autonomi dalam operasi logistik sebenar.

Zelos: Kenderaan Logistik Autonomi Sifar Emisi

Pos Malaysia lancar kenderaan autonomi (AV)
Pos Malaysia lancar kenderaan autonomi (AV)

Teras utama inisiatif tersebut adalah pengenalan Zelos, iaitu kenderaan logistik autonomi tanpa pemandu sepenuhnya, dijana tenaga elektrik 100 peratus dan sifar emisi karbon.

Zelos dibangunkan khas untuk operasi penghantaran B2B (business-to-business) kapasiti besar, dan titik-ke -titik (point-to-point) yang sesuai untuk keperluan logistik moden.

Sebagai rakan kongsi eksklusif di Malaysia, ALS bertanggungjawab membawa masuk, menyesuaikan dan menggerakkan Zelos di pasaran tempatan. Langkah itu memberi akses kepada platform logistik autonomi terbesar dan paling meluas digunakan secara komersial di dunia.

Pandangan Kepimpinan Industri

Pos Malaysia lancar kenderaan autonomi (AV) | Tan Sri Syed Faisal Albar

Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Syed Faisal Albar menyifatkan pelancaran Zelos sebagai pencapaian penting dalam transformasi syarikat ke arah penyedia logistik moden dan lestari.

Beliau berkata, teknologi autonomi bukan saja memperkenalkan inovasi, tetapi berpotensi mengurangkan penggunaan bahan api, mengoptimum laluan penghantaran dan meminimum pembaziran operasi.

Sementara itu, Brewer menegaskan pelancaran tersebut melangkaui pengenalan teknologi baharu, dan membawa Malaysia ke era baharu logistik.

Beliau melihat inisiatif berkenaan sebagai langkah awal kepada perjalanan jangka panjang yang bakal mengubah landskap industri logistik negara.

Autonomi Tahap 4, Sokongan 5G

Pos Malaysia lancar kenderaan autonomi (AV)

Pengarah Urusan ALS, Alan Chong berkata, kerjasama bersama Pos Malaysia membuktikan Autonomi Tahap 4 kini bersedia digunakan untuk aplikasi dunia sebenar. Integrasi Zelos ke dalam aliran kerja sedia ada menunjukkan potensi besar teknologi autonomi untuk digunakan secara meluas dalam industri.

Inisiatif itu turut diperkasa sambungan 5G yang dibekalkan Digital Nasional Berhad (DNB).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DNB, Datuk Azman Ismail menekankan kepentingan rangkaian 5G prestasi tinggi dalam menyokong aplikasi autonomi, daripada IoT hingga robotik dan kenderaan tanpa pemandu.

Memacu Logistik Mampan Negara

Pos Malaysia lancar kenderaan autonomi (AV)
Pos Malaysia lancar kenderaan autonomi (AV)

Pengenalan AV elektrik itu seiring Pelan Hala Tuju Kemampanan Pos Malaysia yang menekankan penyahkarbonan, kecekapan tenaga dan inovasi hijau. Penggunaan AV berpotensi mengurangkan emisi karbon secara signifikan selain meningkatkan kecekapan penghantaran.

Ketika ini, Pos Malaysia mengendalikan flit kenderaan elektrik (EV) terbesar dalam negara, merangkumi lebih 1,500 motosikal dan van elektrik, dengan 25 peratus daripada keseluruhan flit terdiri daripada EV penuh.

Langkah ke Arah Masa Depan Logistik Pintar

Pos Malaysia lancar kenderaan autonomi (AV)

Sebagai langkah awal, Pos Malaysia dan ALS akan melaksanakan konsep pembuktian (proof of concept, PoC) selama enam bulan dalam persekitaran operasi sebenar.

Fasa itu penting sebelum penggunaan di jalan raya awam, dengan sokongan dan pelarasan bersama Kementerian Pengangkutan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) danFuturise.

Menerusi pendekatan berfasa dan kerjasama pelbagai pihak, Pos Malaysia dilihat berada di landasan tepat untuk memacu transformasi logistik pintar Malaysia, sekali gus menyokong agenda nasional ke arah digitalisasi, mobiliti hijau dan ekonomi masa depan lebih mampan.

Auto Terkini Autonomous Logistic Solutions Sdn. Bhd Charles Brewer elan Hala Tuju Kemampanan Pos Malaysia Kenderaan Autonomi Kenderaan Elektrik logistik Pos Malaysia Pos Malaysia Berhad Syarikat Logistik YB Dato’ Fahmi Fadzil Zelos
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lexus LM 2026 Untuk Jepun, Perubahan Kecil yang Signifikan

    13/03/2026
    Auto Terkini

    Porsche Rancang Model Flagship Baharu Di Atas 911, Cayenne

    12/03/2026
    Auto Terkini

    Ops Luxury: JPJ Selangor Sita Lamborghini Aventador

    12/03/2026
    Ferrari Amalfi diperkenal di Malaysia
    Roda4

    Ferrari Amalfi Diperkenal, Pengganti Roma dengan Enjin V8 Berkuasa 640hp

    12/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Autotainment

    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

    By Admin PanduLaju11/06/20166
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.