Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Porsche 911 GT3 2025 Lancar di Malaysia dalam Pilihan Track atau Touring, Harga Mula RM2.29j!
Roda4

Porsche 911 GT3 2025 Lancar di Malaysia dalam Pilihan Track atau Touring, Harga Mula RM2.29j!

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam29/09/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Porsche 911 GT3

PENGEDAR rasmi jenama Porsche di Malaysia, Sime Darby Auto Performance (SDAP) hari ini rasmi memperkenalkan Porsche 911 GT3 baharu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), dalam dua pilihan varian pada harga bermula RM2,290,000.

  • 911 GT3 (fokus litar dengan sayap belakang)
  • 911 GT3 Touring Package (rekabentuk lebih ringkas dan elegan, tanpa sayap tetap)

Majlis pelancaran turut dihadiri Duta Jenama Porsche, Jörg Bergmeister bersama pelanggan, media dan peminat sukan permotoran tempatan.

Enjin Aspirasi Natural (NA) 4.0L

Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3

Nadi kepada Porsche 911 GT3 ialah enjin aspirasi natural (NA) 4.0L flat-six yang menghasilkan output kuasa 510ps dan tork 450Nm yang dipadankan transmisi automatik PDK 7-kelajuan atau manual GT 6-kelajuan.

Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 3.4 saat (PDK) atau 3.9 saat (manual), dengan kelajuan maksimum 311-313kmj, bergantung pilihan kotak gear.

Nisbah gear akhir kini 8 peratus lebih pendek berbanding model terdahulu yang menjadikan model baharu tersebut lebih responsif dan mengujakan untuk pemanduan jalan berliku atau litar.

Rekabentuk, Aerodinamik Dipertingkat

Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3

Model baharu itu menampilkan penambahbaikan aerodinamik seperti difuser depan direka semula, lip spoiler, dan sirip bawah badan. Suspensi gandar depan menggunakan lengan jejari aerodinamik berbentuk titisan air untuk meningkatkan daya mendap (downforce) dan penyejukan brek.

Lampu utama Matrix LED direka semula dengan pilihan sempadan putih, manakala bahagian belakang menampilkan difuser baharu dan sayap dengan plat sisi serong.

Tayar standard 255/35 ZR 20 (depan) dan 315/30ZR 21 (belakang), dengan pilihan tayar litar lulus pemanduan jalan raya.

Touring Package – Elegan, Praktikal

Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3

Buat kali pertama, Touring Package ditawarkan sejak pelancaran dengan mengekalkan garis elegan 911 bagi menggantikan sayap tetap kepada spoiler boleh laras automatik.

Ruang kabin menerima kemasan kulit penuh dengan sentuhan sporty klasik. Malah, buat kali pertama pembeli boleh memilih opsyen kerusi belakang untuk menambah praktikaliti harian. Touring turut tersedia dengan Leichtbau Package (pakej ringan) yang mengurangkan berat menerusi penggunaan CFRP dan rim magnesium.

Fokus Ringan, Prestasi

Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3

Berat minimum Porsche 911 GT3 kini hanya 1,420kg dalam konfigurasi paling ringan, hasil penggunaan komponen ringan seperti bateri lithium-ion baharu, rim aluminium, dan opsyen rim magnesium.

Tambahan pula, pakej Weissach (eksklusif untuk 911 GT3) menawarkan komponen CFRP seperti bar antioleng, bumbung, dan kerangka oleng yang menjadikan kereta itu lebih sesuai untuk pelanggan yang gemar turun litar.

Kabin Digital dengan DNA Motorsport

Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3

Bahagian dalaman hadir dengan kokpit digital baharu berasaskan rekabentuk Porsche 911 generasi terkini. Ciri Track Screen membolehkan paparan digital difokuskan kepada data penting seperti suhu, tekanan tayar dan meter rev yang boleh diligat hingga 9,000rpm pada posisi jam 12.

Kerusi buket CFRP ringan juga ditawarkan yang lengkap jenis boleh laras ketinggian elektrik, manakala fungsi lipatan belakang memudahkan akses ke ruang kerusi tambahan (Touring).

Edisi Eksklusif Jam Tangan Porsche Design

Pembeli Porcche 911 GT3 atau GT3 Touring juga boleh mendapatkan jam eksklusif 911 GT3 Chronograph, yang diilhamkan daripada rekaan rim dan panel instrumen model itu.

Harga Porsche 911 GT3 di Malaysia

Porsche 911 GT3

Porsche 911 GT3 dijual pada harga bermula RM2,290,000, dengan pelbagai pilihan pakej khas untuk kegunaan jalan raya atau litar.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Darby Auto Performance, Christopher Hunter berkata;

Sejak model pertama tiba di Malaysia, komuniti Porsche di sini sangat menghargai DNA perlumbaan kami. Dengan Porsche 911 GT3 baharu, kami yakin peminat akan lebih dekat dengan jiwa sebenar Porsche, sama ada di jalan raya atau di litar.”

Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3
Porsche 911 GT3
Auto Terkini Kereta Sport Porsche 911 GT3 (2025) Porsche 911 GT3 Touring (2025) Porsche Malaysia Sime Darby Auto Performance (SDAP)
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Kia Seltos 2026
Roda4

Kia Seltos 2026 Serba Baharu Umum Harga di India, Bermula RM47k

13/02/2026
Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman
Auto Terkini

Kakitangan Mercedes-Benz Jerman Dapat Bonus Sehingga Lebih €3,100

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.