Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Polis Tidak Setuju, Terkilan dengan Peraturan Baharu Cermin Gelap
Auto Terkini

Polis Tidak Setuju, Terkilan dengan Peraturan Baharu Cermin Gelap

Han OthmanBy Han Othman08/05/20192 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

 


SELEPAS Kerajaan menerusi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan peraturan baharu cermin gelap, timbul pula kenyataan tidak bersetuju dan terkilan dengan keputusan tersebut daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias dipetik HMetro berkata, operaturan baharu cermin gelap untuk kenderaan persendiran akan menyukarkan polis melakukan tugas penguatkuasaan .

“Pihak polis sebelum ini tidak pernah dipanggil bagi membincangkan berhubung peraturan baru ini. Saya berasa terkilan, sebaik-baiknya mereka berbincang dan mungkin boleh ambil pandangan daripada kita,” katanya.

BACA >>> FAQ: Peraturan Baharu Cermin Gelap 2019 [Edisi Mudah Faham]

Menurut Azisman, faktor keselamatan pasukan keselamatan akan terjejas kerana tidak dapat melihat penumpang ketika pemeriksaan dijalankan.

“Sebelum ini, kita boleh nampak penumpang dan pemandu, tetapi peraturan baharu ini tiada had ketelusan cahaya dibenarkan.

“Agak sukar polis membuat pemeriksaan dan mengesan penumpang di bahagian belakang,” katanya.

SUKAR KESAN KESALAHAN KECIL

Menurutnya, peraturan baru itu juga menyukarkan pasukan penguatkuasaan mengesan kesalahan-kesalahan kecil seperti menggunakan telefon pintar ketika memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar berikutan penambahan peraturan ketelusan cahaya (70 peratus cermin depan, dan 50 peratus cermis tepi depan).

“Memang beberapa peraturan ditetapkan seperti mengenakan fi dan perlu memenuhi syarat lain antaranya tidak mempunyai rekod jenayah dan sebagainya, tetapi ia seperti lesen kenderaan juga.

“Ada pengguna jalan raya yang tidak mempunyai lesen dan boleh guna kenderaan itu,” katanya.

Anthony Loke mengumumkan tiada had ditetapkan untuk kadar ketelusan cahaya bagi semua cermin belakang, sisi atau belakang, berbanding peraturan lama 30 peratus.

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Kerajaan Caj RM5k untuk Cermin Gelap Atas Faktor Keselamatan

KOMEN KAMI

Agak mengejutkan juga jika betul seperti dikatakan yang pihak Kementerian Pengangkutan tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan PDRM. Tetapi seperti kami tulis dalam artikel sebelum ini, peraturan baharu ini asalnya bertujuan menghapuskan skandal orang tengah yang mendakwa ada caj sogokan dikenakan pihak Kerajaan.

Contohnya, pegawai Puspakom dan JPJ dituduh menetapkan bayaran tertentu jika mahu cermin gelap lulus pemeriksaan. Padahal orang tengah itu melakukan trik menukar cermin gelap dengan cermin cerah dan pergi buat pemeriksaan seperti biasa. Tetapi didakwa kononnya anggota minta dibayar, padahal wang itu menjadi habuan sendiri.

BACA >>> #SembangDeras: Oh, Mudahnya Buat Jahat Guna Nombor Plat Palsu, dan Kita Relaks Saja

Lagipun, peraturan cermin gelap juga standard untuk kenderaan di Jepun. Adakah  kerana Jepun kurang kes jenayah, maka cermin boleh digelapkan? Lagipun, peraturan lama cermin gelap pun sudah sedia dilanggar sesetengah pemilik kenderaan.

Apapun kita juga tidak dapat mengetepikan rasional polis yang mengatakan sukar melakukan operasi cegah jenayah. Ini kerana, ruang belakang sudah jadi tempat privasi yang tidak dapat dilihat orang luar.

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Datuk Azisman Alias PDRM Peraturan Baharu Cermin Gelap Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026

2 Comments

  1. Amir Azfar on 13/02/2020 23:35

    Saya berpendapat bagaimana kalau pihak PDRM membentangkan 1 SYARAT yang WAJIB harus dilakukan oleh SEMUA pengguna kenderaan di Jalan Raya Malaysia ketika memandu.
    Syaratnya adalah seperti berikut:
    -Kesemua kenderaan awam terutamanya kenderaan jenis Kereta dan Motosikal HARUSLAH MENYELARAS TURUN kesemuanya Tingkap kenderaan yang boleh diselaraskan dan pada Penunggang&Pemboncing Motosikal pula haruslah MELEPASKAN TOPI KELEDAR daripada kepala apabila keadaan Motosikal telah berhenti disebelah kiri bahu jalan apabila ada pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak berkuasa semasa berada di Jalan Raya…Hehe😅

    Reply
    • Amir Azfar on 14/02/2020 00:05

      Saya rasa dengan itu juga boleh mendidik untuk meningkatkan Disiplin diri dan tahap Kesabaran pada Pemandu&Penunggang yang ada di Malaysia ini.
      Bagaimana komen anda pada pendapat saya??😁
      Adapun ianya hanyalah untuk mengurangkan risiko pada pegawai² yang bertugas masa itu dengan memudahkan mengesan awal daripada mana-mana bentuk unsur kesalahan Jenayah sama ada dalam bentuk serangan Keganasan atau aktiviti Penyeludupan..
      – Itu contoh.

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.