• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor

Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor

March 29, 2023 By Shawkath Leave a Comment

117
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS menahan 78 remaja kerana disyaki menyertai aktiviti lumba haram di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor pada malam semalam.

Menurut laporan, antara ditahan polis ialah remaja sekolah semuda 13 tahun yang menggunakan motosikal milik keluarga untuk berlumba haram di Persiaran Tan Sri Low Yow Chuan, Bandar Tasik Puteri di Rawang.

BACA >>> 5 Kawan Rempit Kena Jel Sehari, Denda RM5k Tunggang Motor Berbahaya di KESAS
BACA >>> JPJ Reviu Motor Rempit Kena Sita, Siap Belanja Bunyi Ekzos Perang

Aktiviti lumba haram diadakan hampir setiap malam hingga 1 pagi sejak 1 Ramadan lalu. Justeru Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Daerah Gombak mengadakan satu operasi pada jam 9 malam tadi.

HMetro melaporkan;

Operasi diketuai Inspektor Shahidan Ab Wahab, Inspektor Zharif Zakaria dan Inspektor Suharman Che Musa selain 32 anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Balai Polis Rawang dan Balai Polis Kundang.

"Hasil penyamaran dilakukan, pihak polis menahan 56 motosikal selain 78 penunggang dan pembonceng motosikal."

"Ada segelintir penunggang motosikal melarikan diri dan meninggalkan lima motosikal dalam belukar berhampiran lokasi 'garis permulaan'."

Jurucakap polis berkata;

Ada juga peserta lumba haram hampir melanggar anggota polis ketika cuba memecut melarikan diri."

Antara kesalahan dikesan ialah berlumba haram, menunggang motosikal tanpa lesen dan cukai jalan, tidak memakai helmet, tiada nombor plat, modifikasi motosikal termasuk penggunaan tayar sotong dan ekzos perang,

Sebanyak 102 kompaun dikeluarkan ke atas penunggang dan pembonceng motosikal, manakala 40 motosikal disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

BACA >>> Dua Remaja Merempit Sampai Langgar Kereta Peronda Polis
BACA >>> Polis Cari Drebar Lori Langgar Lampu Merah, Tiga Mat Motor Kalut Nak Rempit di Seri Manjung

Related

117
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Auto Terkini, Isu Keselamatan Jalan Raya, JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), mat rempit

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #MAS2025: GAC Motor, AION Lancar MPV PHEV Pertama Malaysia, Harga Anggaran RM333k!
    #MAS2025: GAC Motor, AION Lancar MPV PHEV Pertama Malaysia, Harga Anggaran RM333k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev