Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Polis Siasat Konvoi Motosikal Halang Trafik di Nilai, Boleh Didenda RM5k atau Penjara Setahun!
Auto Terkini

Polis Siasat Konvoi Motosikal Halang Trafik di Nilai, Boleh Didenda RM5k atau Penjara Setahun!

Han OthmanBy Han Othman14/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Konvoi motor halang trafik di PLUS dekat Nilai, NS
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) kini menyiasat insiden konvoi motosikal yang tular baru-baru ini kerana dipercayai mengganggu laluan pengguna jalan raya di KM285, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran Nilai, Negeri Sembilan.

Insiden itu mendapat perhatian ramai selepas video berdurasi beberapa saat dikongsi meluas di media sosial yang memaparkan sekumpulan penunggang motosikal bergerak secara konvoi sambil dikawal beberapa individu memakai vest keselamatan kuning, dipercayai bertindak sebagai marshal tidak rasmi.

Salah Di Sisi Undang-Undang – Boleh Didenda atau Dipenjara!

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, tindakan sedemikian satu kesalahan serius di bawah Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Tindakan boleh dikenakan hukuman denda antara RM1,000 hingga RM5,000, atau penjara sekurang-kurangnya setahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan media Khamis lalu.

Tak Boleh Ada Marshal Sendiri, Kena Beritahu Polis Dulu

Menurut beliau, setiap pergerakan konvoi atau berkumpulan di jalan raya wajib dimaklumkan lebih awal kepada pihak polis, khususnya JSPT, bagi tujuan penyelarasan dan menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya.

“Tiada penggunaan pengiring atau marshal dibenarkan untuk pergerakan secara konvoi. Mereka perlu menunggang dengan berhemah, berhati-hati dan fokus kepada pemanduan,” katanya lagi.

Ikut Peraturan Jalan Raya, Bukan Buat Peraturan Sendiri

Merujuk Peraturan 5, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas LN.165/59, sebarang bentuk pengiring atau kawalan trafik dilakukan pihak tidak bertauliah adalah dilarang sama sekali. Malah, menurut Kaedah 4, LN.166/59, kenderaan yang bergerak perlahan juga wajib berada di lorong kiri dan tidak boleh menghalang laluan kenderaan lain.

Konvoi Bukan Lesen Nak ‘Kawtim’ Undang-Undang

Budaya konvoi motosikal bukan sesuatu yang asing di Malaysia, tetapi perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Apa yang tular itu bukan lagi konvoi, tetapi halangan trafik yang boleh membahayakan nyawa orang lain.

Polis menyeru semua penunggang motosikal dan penganjur konvoi lebih peka terhadap peraturan jalan raya, dan tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh mencetuskan ketidakselesaan kepada pengguna jalan raya lain.

Auto Terkini Konvoi Motosikal Konvoi Motosikal Halang Trafik di PLUS Nilai
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda4

#BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

01/04/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#BIMS2026: BMW iX3 2026 Debut di Bangkok, Jarak 805 km WLTP, Harga Hampir RM450k

01/04/2026
Roda4

#BIMS2026: Mitsubishi Xpander HEV 2026 Kini Dengan ADAS, Harga Dari RM114k di Thailand

01/04/2026
Lepas L4 tayang di BIMS 2026
Roda4

#BIMS2026: Lepas L4 Sasar Segmen SUV Elektrik, Jarak Hingga 450km WLTP

01/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

By Han Othman01/04/2026
Ron95
Auto Terkini

Sekatan Kad Debit, Kredit Asing Beli RON95 Bermula 1 April

By Syafie31/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
Autotainment

Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

By Admin PanduLaju11/06/20166
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y L Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, SUV 6-Kerusi, Jarak 681km WLTP

By Syafie30/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Sabah Layak Terima Subsidi Diesel Penuh Sebagai Penyumbang Minyak

By Syafie27/03/2026
Auto Terkini

Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

By Syafie25/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.