Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PLUS Guna Sistem AI Dibangunkan Tapway, NVIDIA untuk Halang Pemandu Elak Bayar Tol
Auto Terkini

PLUS Guna Sistem AI Dibangunkan Tapway, NVIDIA untuk Halang Pemandu Elak Bayar Tol

WahidBy Wahid18/05/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PLUS Berhad
kini mula menggunakan sistem berasaskan kecerdasan buatan (AI) bagi mengurangkan kesesakan di lebuh raya bertol dan menghalang pengguna mengelak bayar tol dengan menggunakan kamera trafik untuk membaca dan mengesan ciri setiap kenderaan dengan pantas.

Sistem dinamakan ‘VehicleTrack’ itu dilancarkan syarikat berpangkalan di Kuala Lumpur, Tapway yang membolehkan kamera PLUS mengesan nombor, jenis, jenama dan warna kenderaan sepantas 50 milisaat (0.05 saat) walaupun sedang bergerak dalam halaju 40kmj ketika menghampiri Plaza Tol.

BACA >>> 2 Gadis Naik Motor Bermurah Hati Mahu Bayar Tol Pakai Touch ‘n Go

VehicleTrack dibangunkan Tapway bersama syarikat perisian antarabangsa, NVIDIA. Sistem itu mampu berfungsi sepanjang siang dan malam serta dalam apa jua kondisi cuaca dengan ketepatan 97 peratus. Sebagai makluman, NVIDIA ialah  pengeluar unit pemprosesan grafik (GPU) terkenal peringkat dunia.

Menurut Tapway, sistem VehicleTrack akan ditempatkan di lebuh raya PLUS bagi membantu proses pembayaran tol secara automatik, berbanding sistem lama yang memerlukan pemandu berhenti untuk membayar tol yang menyumbang kepada kesesakan trafik.

Selain itu, situasi pemandu yang cuba mengelak membayar tol dengan menukar kad lain juga dapat dielakkan. Salah laku itu dapat diatasi dengan memadankan nombor siri kad bayaran dan nombor kenderaan untuk mengesahkan kad sama digunakan ketika masuk dan keluar lebuh raya.

PLUS turut memasang 577 unit kamera daripada 900 unit di 92 Plaza Tol mengikut perancangan yang mula bekerjasama dengan Tapway sejak 2019.

Pada Januari tahun ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihak pengendali lebuh raya di Malaysia sudah diarahkan menggunakan sistem tol tanpa palang bermula 2025.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Negara Paling Tinggi Bayaran Tol Dunia
BACA >>> Motosikal Bawah 400cc Boleh Masuk Lebuh Raya Cebu-Cordova, Tapi Kena Bayar Tol

Auto Terkini NVIDIA plaza tol PLUS Berhad Tapway VehicleTrack
Wahid

Artikel Berkaitan

Roda4

Nissan Serena e-POWER C28 Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Mula RM154,800!

03/03/2026
Auto Terkini

MRT Putrajaya Line Tergendala Akibat Kecurian Kabel, Gangguan Seharian

03/03/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.