PETRONAS terus memperkukuh reputasi sebagai peneraju bahan api berkualiti di Malaysia dengan memperkenalkan PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive, iaitu bahan api generasi baharu yang direka khusus untuk memenuhi keperluan sebenar pemanduan dan sektor komersial.
Bahan api itu menampilkan teknologi terkini yang menawarkan gabungan kecekapan, kuasa, dan kelancaran, serta mendefinisikan semula standard pemanduan diesel moden.
Diformulasi tiga teras utama iaitu Efisien, Bersih dan Lancar, PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive memberikan pemanduan dan pikap enjin lebih responsif, dengan penjimatan bahan api hingga 20 peratus, serta kurang gegaran dengan lebih daya pecutan hingga 5 peratus.
Malahcturut membersihkan bahagian enjin diesel untuk pemulihan kuasa hingga 99 peratus, sekali gus memanjangkan hayat enjin untuk kekal responsif dengan baik. Tidak hairan bahan api itu menjadi pilihan utama pengguna yang mahukan pengalaman pemanduan optimum dan tahan lama.
#Ekspediesel dari KLIA 1 ke Melaka
Bagi menguji ketahanan sebenar bahan api itu, PETRONAS menganjurkan ekspedisi media dinamakan Dynamic Journeys: PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 with Pro-Drive Expediesel Experience.
Konvoi #Ekspediesel itu melibatkan beberapa kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang memulakan perjalanan dari Stesen Petronas KLIA 1 menuju Melaka Energy Park untuk lawatan eksklusif ke Malaysian Refining Company Sdn Bhd (MRCSB), iaitu sumber PETRONAS Dynamic Diesel dengan Pro-Drive dihasilkan di Melaka sebelum melalui laluan mencabar termasuk laluan off-road.
MRCSB: Fasiliti PETRONAS Hasil Pelbagai Produk Petroleum
Dengan kapasiti pengeluaran mencecah 300,000 tong sehari, MRCSB menghasilkan pelbagai jenis produk petroleum seperti minyak asas (base oil), petrol, dan diesel yang diagihkan ke seluruh negara. Base oil yang dihasilkan menerima pensijilan halal, selaras keperluan pengguna Muslim negara ini.
Fasiliti itu meliputi kawasan seluas 701 padang bola dan turut menyumbang kepada 60 peratus bekalan minyak tempatan, manakala baki 40 peratus diimport bagi memastikan kesinambungan dan kualiti bekalan.
Ekspedisi tersebut termasuk perkongsian pakar teknologi bahan api PETRONAS yang berkongsi bukan saja manfaat khas PETRONAS Dynamic Diesel, tetapi juga langkah-langkah diambil PETRONAS dalam formulasi dan kawalan kualiti semua produk bahan api.
Ini menunjukkan komitmen PETRONAS dalam memastikan kualiti diesel terbaik bagi memenuhi keperluan pengguna sama ada peminat 4x4 atau pemandu trak besar.
Selain menguji prestasi diesel dalam situasi ekstrem, peserta turut disajikan pengalaman budaya tempatan menerusi aktiviti makan durian yang menjadikan ekspedisi berkenaan bukan saja infomatif, tetapi penuh nilai tempatan unik.
Selari semangat bahan api itu, ekspedisi kali ini turut mengangkat slogan 'Pikap, Cekap ke Destinasi', sebagai simbolik kepada kuasa dan kecekapan sebenar PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive yang terbukti sepanjang perjalanan #Ekspediesel merentasi pelbagai rupa bumi mencabar.
PETRONAS Urania: Perlindungan Menyeluruh Enjin Diesel
Selain bahan api cekap dan berkuasa, PETRONAS juga mempunyai minyak enjin diesel berkualiti tinggi melalui siri PETRONAS Urania. Penggunaan bersama PETRONAS Dynamic Diesel akan memberi prestasi paling cekap untuk enjin dan kenderaan anda.
Diformulasi dengan teknologi StrongTech, minyak enjin berkenaan direka untuk memberikan perlindungan maksimum terhadap kehausan, enapan, dan haba tinggi yang biasa dialami enjin diesel tugas berat.
Antara kelebihan adalah:
- Mengurangkan haus dan lusuh pada komponen dalaman enjin.
- Meningkatkan kecekapan bahan api melalui pengurangan geseran.
- Memanjangkan tempoh servis, dan mengurangkan kos penyelenggaraan serta masa henti operasi.
Siri PETRONAS Dynamic Journeys
Bagi melihat kecekapan PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive, saksikan sendiri siri Dynamic Journeys yang mengupas kisah dinamik daripada pengembara 4x4, pemilik bisnes durian, hingga wira tempatan yang membangunkan komuniti dalam #Ekspediesel meredah laluan berlumpur, kawasan mencabar, hingga ke kebun durian.
Pikap Cekap ke Destinasi!
Leave a Reply