• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perkhidmatan Kereta Api Terus KL-Bangkok Bakal Operasi Semula Tahun Ini

Perkhidmatan Kereta Api Terus KL-Bangkok Bakal Operasi Semula Tahun Ini

May 5, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


MALAYSIA dan Thailand bersetuju menghidupkan semula perkhidmatan kereta api terus antara Kuala Lumpur dan Bangkok tahun ini, menggunakan landasan sedia ada tanpa pembinaan trek baharu.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, KTMB dan State Railway of Thailand (SKT) diberi tempoh tiga bulan untuk membuat persiapan operasi, termasuk koordinasi sistem tiket dan pemasaran bersama.

Laluan kereta api itu akan menghubungkan Bangkok-Padang Besar-Butterworth-Kuala Lumpur, dan boleh dimulakan dalam masa terdekat.

Dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pengangkutan Thailand, Suriya Juangroongruangkit, Loke turut diberi taklimat mengenai operasi kereta api berkelajuan tinggi di Stesen Bang Sue Central Terminal.

Sementara itu, Thailand turut mencadangkan sambungan laluan dari Sungai Golok ke Rantau Panjang dan Pasir Mas. Loke menyambut baik cadangan tersebut, tetapi menekankan keperluan kerja pemuliharaan trek kerana landasan sedia ada sudah lama tidak digunakan.

Malah, sambungan laluan itu mampu membuka peluang ekonomi kepada penduduk setempat di kedua-dua negara.

SUMBER:  HMetro

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kementerian Pengangkutan (MOT), Kereta Api Terus KL-Bangkok, Malaysia, Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #MAS2025: GAC Motor, AION Lancar MPV PHEV Pertama Malaysia, Harga Anggaran RM333k!
    #MAS2025: GAC Motor, AION Lancar MPV PHEV Pertama Malaysia, Harga Anggaran RM333k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #MAS2025: Omoda | Jaecoo Rai Ulang Tahun Pertama di Malaysia, Perkenal C7 Neo dan Teknologi SHS
    #MAS2025: Omoda | Jaecoo Rai Ulang Tahun Pertama di Malaysia, Perkenal C7 Neo dan Teknologi SHS

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev