KETIKA Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan Yamaha EZ115 (2023), ada berpendapat kapcai itu nampak seperti Yamaha E115M di Sabah dan Sarawak.
Sebagai makluman, Yamaha E115 diperkenalkan secara eksklusif untuk pasaran dua negeri Borneo tersebut pada 2015 dan tidak dijual di Semenanjung Malaysia.
BACA >>> #Perbandingan: Yamaha 135LC Karburetor (2021) vs 135LC Fi (2022), Apa Berubah?
BACA >>> Yamaha Lagenda 115Z (2020) Kini dengan Warna, Grafik Baharu, Harga Sama RM5,180
Artikel ini akan membandingkan rekabentuk Yamaha EZ115 (2023) dan Yamaha E115, termasuk menjawab persoalan mengenai saling kaitan kedua-dua kapcai tersebut.
REKABENTUK
Yamaha EZ115 (2023) yang menjadi pengganti Yamaha Lagenda 115Z ada beberapa perbezaan rekabentuk dengan Yamaha E115M seperti:
- Panel kepala dan lampu depan Yamaha EZ115 (2023) lebih besar.
- Yamaha EZ115 (2023) hadir dengan fairing depan lebih kemas dalam warna dwi-tona dan rekaan lebih kemas.
- Fairing depan-bawah Yamaha E115M lebih mengembang berbanding Yamaha EZ115 (2023).
- Yamaha E115 dilengkapi madgad lebih kompak dan kemas berbanding Yamaha EZ115 (2023).
- Yamaha EZ115 (2023) dipasang lampu signal albino pada panel hadapan dan bersaiz lebih besar.
- Yamaha E115M menerima lampu signal depan bentuk tirus, berwarna jingga yang lebih menarik.
- Kedua-dua model menggunakan lampu jenis mentol.
- Yamaha EZ115 (2023) memiliki bentuk cermin sisi bersegi, manakala Yamaha E115M pula bujur.
- Fork kedua-dua model nampak sama dan berwarna hitam.
- Pelekat nama model dipamer pada posisi sebelah fairing kiri depan.
Bahagian belakang kedua-dua model juga berbeza.
- Yamaha EZ115 (2023) memiliki ekor motosikal lebih kompak.
- Bentuk lampu belakang Yamaha E115M dalam bentuk lebih sporty daripada Yamaha EZ115 (2023).
- Kedua-dua model menggunakan lampu brek terpisah dari lampu signal.
- Yamaha E115M menggunakan lampu signal belok bentuk segiempat berwarna jingga, manakala Yamaha EZ115 (2023) mengekalkan bentuk lampu signal mirip Yamaha Lagenda 115z.
- Bar bonceng Yamaha EZ115 (2023) lebih bergaya berbanding Yamaha E115M.
- Reflektor Yamaha E115 diposisikan bawah nombor plat, sebaliknya Yamaha EZ115 (2023) bawah lampu belakang.
- Slot kunci pelana Yamaha E115M terletak bawah lampu belakang, Yamaha EZ115 (2023) pula disepadukan bersama slot masuk kunci penghidup.
- Yamaha E115M ada reflektor jingga di tepi madgad depan, Yamaha EZ115 (2023) juga ada reflektor sama, tetapi diletakkan di sisi madgad motosikal.
- Yamaha EZ115 (2023) memiliki bentuk ekzos lurus, manakala bentuk ekzos Yamaha E115M sedikit bengkok dan lebih pendek.
- Pelana Yamaha EZ115 (2023) lebih landai berbanding Yamaha E115M.
- Kedua-dua model menggunakan rekaan rim aloi sama.
- Yamaha E115M mempamerkan jenama Yamaha pada panel fairing sisi, dan Yamaha EZ115 (2023) pula cuma mempamerkan logo Yamaha.
SPESIFIKASI
TRENKUASA
- Yamaha E115M: Enjin patuh Euro3 jenis 4-lejang 2-injap silinder tunggal 114cc SOHC penyejukan udara dengan karburator Mikuni B451, menawarkan kuasa 7.64hp @ 7,260rpm dan tork 8Nm @ 5,480rpm.
- Yamaha EZ115 (2023): Enjin patuh Euro4 jenis 4-lejang 2-injap silinder tunggal 115cc SOHC penyejukan udara dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 8.58hp @ 7,000rpm dan tork 9.5Nm @ 5,500rpm.
GEREK X LEJANG
- Kedua-dua model memiliki ukuran gerek x lejang sama, iaitu 50mm x 57.9mm.
- Bezanya cuma nisbah mampatan: Yamaha E115M - 9.0:1; Yamaha EZ115 (2023) - 9.3:1.
KAPASITI TANGKI MINYAK
- Yamaha E115M memiliki kapasiti tangki minyak 4.2 liter.
- Yamaha EZ115 (2023) memiliki kapasiti lebih kecil, 3.9 liter.
DIMENSI
- Yamaha E115M: Dimensi panjang 1,930mm, lebar 660mm, tinggi 1,045mm. Jarak roda 1,235mm. Jarak tinggi bumi 127mm dan berat 96kg.
- Yamaha EZ115 (2023): Dimensi panjang 1,940mm, lebar 715mm, tinggi 1,090mm. Jarak roda 1,235mm. Jarak tinggi 155mm dan berat 98kg.
- Tinggi pelana Yamaha E115M (755mm), lebih rendah daripada Yamaha EZ115 (775mm).
SISTEM BREK
- Yamaha E115M: Brek dram untuk kedua-dua roda.
- Yamaha EZ115 (2023): Brek cakera tunggal dengan kaliper piston tunggal di depan, dan brek dram (belakang)
PERSAMAAN
- Enjin dihidupkan menggunakan butang pemula atau penendang kaki.
- Kedua-dua dilengkapi kotak gear klac automatik 4-kelajuan dengan klac basah multiplat.
- Sistem suspensi fork teleskopik di depan, dan dwi-absober di belakang.
- Panel meter analogi dengan indikator posisi gear.
- Ada ruang simpanan barang bawah pelana.
- Lampu signal belakang jenis capang. Sistem lampu jenis mentol.
- Frem underbone.
- Saiz tayar 70/90 (depan) dan 80/90 (belakang).
Di Vietnam, Yamaha EZ115 (2023) sebenarnya ada kembar di sana, dipanggil Yamaha Sirius FI dengan spesifikasi kedua-dua model itu sama.
BACA >>> Yamaha Sirius FI (2021) Lancar Di Vietnam, Harga Mula RM3.7k!
BACA >>> #Perbandingan: Yamaha 135LC Karburetor (2021) vs 135LC Fi (2022), Apa Berubah?
BACA >>> Perbandingan Rupa - Kawasaki Ninja 250 (2018) vs Honda CBR250RR vs Yamaha R25
BACA >>> 10 Nama Terbaik Motosikal di Malaysia, Senang Sebut dan Mudah Ingat
Leave a Reply