Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pembeli Bezza Bidas Balik Kenyataan Balas Perodua
Auto Terkini

Pembeli Bezza Bidas Balik Kenyataan Balas Perodua

Han OthmanBy Han Othman04/01/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMALAM, Perodua mengeluarkan kenyataan menjawab kes tular seorang pembeli Perodua Bezza baharu yang mendakwa keretanya rosak hanya selepas lapan jam dipandu.

Dalam kenyataan itu (foto bawah), Ketua Pegawai Operasi (CEO) Perodua Sales Sdn Bhd, JH Rozman Jaafar mendakwa sudah berkomunikasi dengan pemilik Bezza berkenaan, Nagakanni Subramiam berikutan masalah keretanya itu sejak Oktober 2023.

Beberapa langkah juga diambil seperti menawarkan kereta sementara dan pilihan membeli semula kereta Bezza tersebut.

Namun, dalam status terbaharu yang dikemas kini, Nagakanni  membidas kenyataan Perodua itu dengan mengatakan masih tiada penyelesaian diberikan.

Dia turut membetulkan sedikit fakta penyelesaian secara pembelian kereta ditawarkan Perodua seperti didedahkan dalam kenyataan itu.

Saya dimaklumkan Perodua dah jawab, tapi saya nak betulkan sedikit fakta.

“We have taken several actions to resolve the matter including by offering her a courtesy car and we have proposed to buy back her car” – Perodua

Solusi Perodua adalah untuk saya beli kereta kedua dengan cara submit loan kereta kedua.

Ada jaminan secara black and white tak yang kata kereta pertama saya akan dibeli semula dan saya tak perlu bayar loan pertama? Takde. Dah lebih 2 bulan masih belum ada apa apa maklumat secara detail mengenai pembelian balik , tempoh pembelian balik, pembayaran loan dan semua tu.

Nagakanni menjelaskan, isu berkenaan sebenarnya mudah yang mana Bezza baharu yang baru dibelinya itu mengalami kerosakan enjin yang menurut mekanik Pusat Servis terdapat material asing seperti gula.

Namun, isunya pilihan membeli kereta baharu itu masih tiada sebarang dokumen diberikan Perodua kepadanya hingga hari ini.

Isunya mudah. Saya beli kereta dengan Perodua – Engine rosak kononnya sebab ada material asing seperti gula – Saya tak dapat replacement kereta baru – Saya masih kena bayar kereta tu setiap bulan.

“Kalau betul Perodua kata nak beli kereta saya, silakan.

“Tapi mana black and white tu? Sehingga hari ini saya masih belum ada…

“Jangan buat media statement hanya untuk redakan suasana tapi sebenarnya tak selesaikan pun masalah saya. Saya nak penyelesaian, bukan nak cari gaduh atau viral.”

Auto Terkini Nagakanni Subramaniam Perodua Perodua Bezza Perodua Bezza Rosak Enjin Masuk Gula
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dengan Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

26/01/2026
Auto Terkini

Guna Nombor Pendaftaran Palsu Elak AWAS, Enam Kereta Mewah Bernilai RM1.5j Kena Sita

26/01/2026
Frauscher x Porsche 790 Spectre
Kenderaan Elektrik (EV)

Frauscher x Porsche 790 Spectre – Bot Guna Trenkuasa Porsche Macan!

26/01/2026
Lepas L8
Autotainment

#TahukahAnda: Bagaimanakah Cara Sebut ‘Lepas’ yang Betul?

25/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.